Apabila bercakap tentang agama dengan seseorang, 2 perkara yang perlu anda teliti terlebih dahulu.
Yang pertama dari sudut politik adakah yang sedang bercakap itu mereka yang menyokong kerajaan atau pembangkang.
Yang kedua dari sudut aliran akidah adakah mereka seorang salafi, khalaf ataupun tidak mahu mengambil berat langsung isu ini.
Jika anda tidak berhati-hati dalam hal ini kesannya cukup negetif. Kerana masyarakat lebih cepat menghukum orang daripada kata-kata. Maksudnya, pandangan pertama.
Perkara yang pertama tadi ( politik ), tidaklah begitu sukar sebab anda sendiri tahu mereka yang meminati agama sangat pelik jika memilih perjuangan itu. Jadi, anda tidak perlu lama untuk membaca mereka.
Namun, isu kedua sebenarnya lebih sensitif. Sebab yang bertelingkah itu adalah ulama. Maka, isu ini melibatkan ilmu, adab, akhlak dan pelbagai lagi.
Perkara yang sangat mendukacitakan adalah sikap orang-orang yang bergelar ustaz dalam isu ini kerana apa keadaan yang berlaku, masyarakat akan merujuk mereka.
Terkejut saya apabila ada golongan yang menghina dan tidak boleh menerima langsung Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Mohammad Bin Abdul Wahab, kaum muda...
Ibnu Taimiyah sendiri ada kesilapannya. Syeikh Qaradhawi begitu terkesan dengan manhaj dan fatwa Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim hingga mempengaruhi fatwa moden beliau. Siapa kita untuk merendahkan mereka?
Syeikh Al-Bani, walaupun fatwa dan penilaian hadith beliau dikritik, namun ketekunan beliau menyusun kembali hadith-hadith kutub sittah memudahkan semua orang. Anda pula, apa yang sudah dilakukan untuk ummah?
Begitu juga sejarah kaum muda, seruan mereka kembali kepada Al-Quran dan As-sunnah bukan membicarakan isu talqin, qunut, tahlil, namun untuk menyuntik semangat masyarakat bangkit menentang penjajah.
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
Ish, pening betul masalah orang-orang dewasa ni.
Kanak-kanak fitrah.
Cuti sekolah sudah bermula, saya tidak melepaskan peluang bertemu Mohammad Mohsen, Kadir dan Ustaz Said di Seremban. Teruja melihat kapten Kadir yang berambut pendek dengan pakaian seragam tenteranya. Ustaz Said pula sudah mula sibuk kerana zaman bujangnya bakal berakhir tidak lama lagi.
Saya mengikuti Amad ( mohammad mohsen )ke surau untuk ceramah Maulidur Rasul. Pendekatan ceramah beliau cukup mengkagumkan. Maklumat, dalil, cerita tidaklah begitu banyak, namun mesej kesedaran yang disampaikan cukup bagus untuk masyarakat.
Hanya bercerita perbezaan Nabi dan Manusia agar manusia sedar siapa diri mereka jika dibandingkan Nabi s.a.w dan perjuangan baginda.
Esoknya beliau mengendalikan kem motivasi kanak-kanak. Dengan membawa pistol air sebagai senjata untuk pelajar yang nakal, suasana begitu ceria. Ini satu pengalaman yang bagus untuk saya belajar tentang pendidikan kanak-kanak.
Untuk slot terakhir adalah kapal karam. Saya merasakan objektifnya agar kanak-kanak ini menyesal dengan kesalahan yang mereka lakukan terhadap ibu bapa mereka dan berubah menjadi anak yang soleh.
“Ifwat,ko jadi nakhoda kapal. Kalau ko tengok budak-budak tu tak serius, ko jangan bagi naik”
Glup.. Macam mana ni. Dengan berwajah yang lebih serius dan sedih saya kehadapan. Kanak-kanak ini perlu bertemu dengan saya seorang demi seorang untuk ber'sua' dengan ibu bapa mereka. Yang penting mereka mesti menunjukkan keinsafan.
Tiba kanak-kanak yang pertama..
“ Huwa!! saya nak jumpa mak”
Belum apa-apa lagi sudah menangis. Mejoriti daripada mereka semuanya menangis. Yang tidak menangis, ntah apa yang saya cakap, akhirnya semua menangis. Berpeluh saya dibuatnya.
Hari ini satu pelajaran yang baik untuk membentuk masyarakat bermula daripada kanak-kanak. Kata-kata Amad yang paling penting dalam motivasi jangan hanya menimbulkan kesedaran, namun mengajar mereka apa yang perlu dilakukan setelah sedar.
P/S : Sekarang di UIA. Terkenang nostalgia di sini.
0 ulasan:
Post a Comment