Monday, March 1, 2010

Purdah : Antara Yang Tersurat dan Tersirat

Isu purdah suatu yang hangat dibelakang tabir masyarakat Malaysia di Mu'tah dahulu dan kini. Isu ini sering dibincangkan tentang tujuan dan salah guna pemakaiannya.

Namun, jarang sekali di'rasmi'kan mungkin kerana sensitif. Hinggalah penulis blog ini menulisnya mungkin ada pengajaran yang ingin diluahkan oleh beliau. Sebelum ini sudah lama beliau meminta saya menulis tentang isu pemakaian purdah dikalangan mahasiswa.

Namun persoalannya, menulis dari sudut apa?

Hukum fiqh?

Niat?

Sikap?

Menulis hukum fiqh hanyalah perkara yang tersurat, namun yang diharapkan adalah secara tersirat. Menulisnya secara umum untuk menembak beberapa induvidu juga bukan tindakan yang sepatutnya.

Dalam membincangkan hukum memakai purdah, kita perlu melihat perbicangan ulama terhadap wajah wanita, adakah aurat ataupun tidak.

Mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan wajah adalah aurat. Manakala Mazhab Maliki dan Hanafi menyatakan bukan aurat.

Semua ini berpunca daripada tafsiran berbeza surah Nur, ayat 31 dan surah Ahzab ayat 59.

"Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya" ( An-Nur )

"Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ( Ahzab )

Beberapa hadith juga dijadikan sandaran, namun ianya lemah dan tidak jelas untuk dijadikan hujjah.

Kemudian beralih kepada hukum memakai purdah. Ada yang mewajibkan secara mutlak dan ada yang meletakkan syarat mewajibkan pekaian purdah apabila muncul fitnah.

Persoalannya bagaimanakah yang dikatakan fitnah itu? Dr Muhammad Said Hawa menyatakan meletakkan syarat fitnah adalah tidak dhabit ( tetap ). Boleh jadi yang memakai itu fitnah seperti yang pernah ditimbulkan oleh Ustaz Fakhrurrazi ( MA Tafsir Universiti of Jordan ),

" Jika 9 orang tidak memakai purdah dan seorang memakainya menyebabkan semua lelaki menumpukan kepadanya hingga menimbulkan fitnah wajib dia tanggalkan"

Manakala pendapat yang agak kontroversi baru-baru ini menyatakan pemakaian purdah hanyalah uruf dan adat masyarakat setempat, bukannya daripada agama.

Akhir sekali saya merasakan pendapat yang paling, jelas, tepat adalah pemakaian purdah adalah satu fadhilat ( kelebihan ).

Soal niat, tujuan mereka yang memakai itu, terpulanglah kepada individu, fiqh tidak menghukumkan perkara yang tersirat. Cuma mereka yang memakainya harus sedar bahawa mereka lebih diperhatikan. Jika akhlaknya buruk, maka yang mendapat nama adalah pakaian islam juga.

Apa pun ini adalah masalah khilafiyah dikalangan ulama. Sebelum membincangkannya, lihatlah dahulu aurat yang menjadi kata putus oleh ulama.

Sebab itulah kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi, sebelum memperjuangkan pemakaian purdah, perjuangkan dahulu pemakaian yang menutup aurat.

Wallahua'lam.

p/s : Esok sudah menjadi cikgu..

1 ulasan:

  • March 3, 2010 at 7:46 PM

    article yg menarik
    harap sahabat2 wanita lebih teliti dan x pandang remeh masalah aurat.

    kerna itu yg membezakan antara wanita islam yg sygkan maruah dri dn agama mahupun bkn ...

    delete
 

Bayu Timur Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger