Tuesday, March 9, 2010

Mengubah Manusia

Genap satu minggu saya berada di MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Apabila membaca blog rakan-rakan di Mu'tah, masing-masing semakin baik penulisan terutamanya kepada 2 orang harapan saya, Jemer dan Azmudin. Gaya tulisan fiqh yang diadun dengan fikrah baru sangat bagus menyuntik minat pembaca.

Saya juga ingin menulis fiqh, namun sumber bahan yang terhad di sini. kalau ingin menulis artikel fiqh dengan maklumat internet tidaklah begitu sukar, namun saya lebih berminat merujuk sumber asal.

Saya masih lagi fresh dengan kata-kata ulama tanah arab. Kata Ustaz Shah, ketua warden di sini, sejak beliau mengajar di sekolah, ilmu beliau seolah-olah ter'stuck'. Ustaz Kamal yang merupakan graduan di Azhar pula begitu seronok mendengar cerita saya berkenaan fiqh muasirah dan fiqh al-aqaliyyat, 2 bidang yang begitu saya minat. Yang pasti kadang kala apabila kita mengajar bukan pada levelnya, maklumat kita akan lembab terutama berkenaan dengan ilmu-ilmu syariah.

Namun, jangan lupa, keperluan masyarakat kadang kala memerlukan kita melakukan pengorbanan.

Tiba-tiba Mizi menelefon.
" Ifwat, hang jangan wat pening ajar budak-budak khilaf fiqh"

Sehingga kini, hubungan saya dengan Tarmizi begitu akrab. Kami saling berkongsi pengalaman dan cerita sejak di Mu'tah lagi. Alhamdulillah beliau menjadi guru lebih awal dari saya.

Culture Shock

" Assalamualaikum ustaz" sapa sekawan pelajar perempuan dengan gaya malu-malu.

Di sini, nasihat pertama yang saya terima daripada ustaz-ustaz adalah jangan terkejut dengan suasana.

Percampuran antara pelajar lelaki dan perempuan jauh berbeza berbanding sekolah agama. Di padang, di kelas sewaktu prep, di cafe...

Kata Cikgu Suhairi, kita sebagai guru MRSM tidak sekadar mengajar, kita perlu bertindak seperti ibu bapa mereka, sebagai tempat mengadu pelajar. Kena banyakkan senyum dan bergurau.

Suasana ini jauh berbeza dengan sekolah agama saya sebelum ini yang mana pelajar lelaki dan perempuan mesti bercakap disebalik dinding atupun langsir. Suasana ini kemudian berterusan di Universiti Mu'tah, namun hanya setahun pada zaman saya.

Mengapa begitu syadid, kemudiannya pasti akan berubah atas nama uruf dan biah?

Penat 'menjaga' sejak daripada sekolah agama hingga ke Universiti tanah arab akhirnya kita akan berubah hanya kerana uruf apabila memasuki alam universiti dan pekerjaan ( istilah yang dicipta? )

Bukan maksud saya untuk menyindir mereka yang memperjuangkan isu ini, cumanya mengapa kita tidak boleh beserdahana dan lebih menyeluruh.

Isu yang tidak perlu dihurai dengan panjang..

Mengubah Manusia.
Minggu lepas, saya mengajar berkenaan subjek sirah. Kisah Saidina Umar yang memeluk islam terus berubah peribadi beliau

" Kamu tau tak manusia boleh berubah hanya dengan 3 perkataan?"

Apa ustaz? Macam mana tu?

Contohnya kalau kamu cakap pada seseorang..
" saya sayang awak"
" awak nampak hebat"

Pasti mereka berubah dan ianya bermula dari hati.

Mereka yang hebat mampu untuk memberi nasihat dengan begitu pendek,namun penuh dengan hikmah kata-katanya hingga mengubah manusia.

Seperti nabi kita Muhammad s.a.w.

Seorang sahabat hanya bertemu dengan baginda hanya beberapa jam, tapi mampu untuk mengislamkan seluruh kampungnya. Kamu sudah berapa tahun belajar pendidikan islam?

Kalau kamu hanya mempunyai 5 minit untuk bercakap tentang islam dengan bukan islam, apa yang ingin kamu katakan?

Tapi jangan lupa ada juga manusia yang bertahun-tahun bersama Nabi s.a.w namun masih juga ingkar dengan syariat baginda seperti bapa saudara beginda sendiri. Hidayat itu Allah yang kurniakan, namun semua itu bergantung kepada kehendak hati manusia sendiri.

Belajarlah pendidikan islam ini mestilah dengan kesedaran hati dan akal.

Jangan samakan pendidikan islam dengan matematik ye..

0 ulasan: