Wednesday, March 3, 2010

Jangan Tanya Belalang Ketinggian Pokok

Alhamdulillah, kelas pertama hari ini berlangsung dengan baik. Pelajar MRSM bukanlah calang-calang pelajar, mereka adalah yang terpilih. Begitu juga dengan sistem di sini. Semalam saya bercakap tentang solat sunat awwabin di surau kepada pelajar tahun satu. Sungguh membosankan. Saya sendiri menyedari.

Beberapa jam tadi saya mengajar subjek pendidikan islam.

Memulakan persoalan bagaimana untuk menerangkan islam kepada bukan islam dalam masa 5 minit. Siapa tahu?

" Allah itu esa"
" Islam itu bagus"

Berebut-rebut ingin menjawabnya. Namun apabila saya menyatakan sesuaikah jawapan itu untuk bukan islam yang tidak mengetahui apa-apa? Semua mendengus.

Saya menimbulkan persoalan lagi berkenaan apa beza islam dan agama lain. Semuanya pening. Yang terakhir saya menimbulkan persoalan wujudnya makhluk lain yang menyerupai manusia sebelum kita ( manusia adam )

Akhirnya..

" Ustaz ngajar sains islam la ni"

Ops.. Saya terlajak. Teringat kata-kata..

" Untuk mengetahui tingginya pokok tanyalah helang bukannya belalang"

Tidak mengapa saya meneruskan pengajaran dengan menceritakan kisah saidina Umar dan saidina Uthman. Untuk hari ini hanya 3 orang sahaja pelajar yang tumbang. Itu pun kerana kelas saya yang terakhir sebelum rehat.

Saya tidaklah berminat menjadi guru dengan merebut apa sahaja peluang. Namun, kadang-kadang keperluan kita untuk mencari sumber periuk nasi membataskan kehendak daripada keperluan.

Namun, matlamatnya tetap sama, cuma caranya sentiasa berubah. Orang yang bijak adalah mereka yang tidak menyalahkan persekitaran. Orang yang paling bijak adalah mereka yang mampu membentuk persekitaran.

Semalam saya mengajar rakan-rakan di Mu'tah.
Hari ini saya mengajar pelajar MRSM.

Esok..

Moga menjadi manusia yang memberi rahmat..

Terima kasih cikgu-cikgu yang membimbing..

1 ulasan:

Abdul Munir Sanusi said...

Bertuah budak-budak dapat tenaga pengajar yang mampu menjana otak mereka. Budak sekarang perlu dilajukanotak-otak mereka