Monday, March 8, 2010

Guru Sempurna

Hampir satu minggu saya di sini. Semuanya berjalan lancar. Cikgu Suhairi dan Kauselor Farid sentiasa menemani saya di asrama. Pilihan saya untuk berada di sini suatu yang menarik untuk belajar tentang kehidupan manusia. Kehidupan guru dan pelajar.

Sebagai seorang guru, situasi anda sangat berbeza. Anda perlu dilihat sempurna oleh pelajar. Bagaikan maksum seperti nabi. Kami perlu dilihat oleh pelajar sebagai seorang yang tidak pernah melakukan kesalahan dan menjadikan seluruh kehidupan kami sebagai contoh kepada mereka.

Sukar bukan.

Had level pelajar hingga tingkatan 3 banyak membantu menjadikan suasana di sini positif. Sekurang-kurangnya pelajar yang baru masuk hanya melihat perangai pelajar tingkatan tiga berbanding tingkatan lima yang lebih advance untuk dijadikan idola oleh mereka.

2 hari lepas saya dikunjungi oleh pimpinan pelajar. Berkongsi masalah sebagai pimpinan berhadapan kerenah rakan-rakannya yang agak degil. Sebenarnya tiada jalan penyelesaian 100% untuk mengubah mereka seperti yang anda inginkan.

Mereka dalam proses menempuh kehidupan baru dengan penuh keseronokan.

Semangat mencuba untuk menjadi hero berkobar-kobar.

Namun, lakukanlah sesuatu. Sekurang-kurangnya untuk diri kamu. Sesuatu yang tidak menyeronokkan menjadi kepimpinan pelajar adalah tidak menikmati makna kepimpinan yang sebenar. Tugas hanyalah melaksanakan arahan guru.

Tapi lakukanlah sesuatu agar peluang yang kamu dapat ini tidak sia-sia. Sekurang-kurangnya kamu mengkaji tabiat pelajar untuk kamu mengubahnya setakat yang mampu.

Yang pasti mereka adalah manusia yang mempunyai hati.

The Dream Team.

Sesuatu yang paling seronok bagi saya apabila berhijrah ke sesuatu tempat,adalah diberi peluang untuk menyertai pasukan bola sepak.

Dalam temuduga di sini.. kamu boleh bermain bola tak?

Team guru MRSM Kuala Klawang cukup aktif dan hebat. Ramai gurunya masih muda. Semalam dapat menyertai pasukan ini dalam persahabatan menentang jabatan perikanan.

Dapat beraksi sebagai pertahanan kanan dengan cemerlang tentu mengejutkan sahabat saya Jordan Abdul Hayyie. Satu posisi yang tidak efektif bagi pemain malas mengejar bola seperti saya ini.

Namun, sebagai pemain baru, anda tidak sepatutnya menuntut tempat, yang penting anda beraksi dengan baik untuk anda memilih tempat impian anda di masa akan datang.

Bola Sepak.. Banyak kenangannya.. Teringat peranan sebagai play maker untuk pasukan SBB Mu'tah.

Menanda Ujian Peperiksaan.
Saya sentiasa menganggap menjadi seorang guru bukanlah suatu tugasan yang sukar dari sudut teknikalnya. Hanya mengajar,'punch' kad, menanda buku rekod dan mendera pelajar dengan kerja rumah.

Namun, saya lupa satu perkara iaitu menanda kertas peperiksaan. Ianya agak sukar untuk memberi jawapan yang betul ataupun salah apatah lagi subjek pengajian islam jawapannya adalah subjektif.

Ustaz Hasif banyak membimbing saya.

" Baru Ko tau keje cikgu ni susah. setengah jam ko cuma tanda satu kertas"

Menanda kertas ujian bagaikan menghukum keupayaan,usaha dan sikap mereka. Tidak mungkin anda terlepas daripada kesilapan. Markah yang anda berikan boleh jadi akan mengubah pelajar.

Apa yang penting yang perlu dilakukan adalah sentiasa memberi sesuatu yang bermotivasi kepada mereka. Antaranya markah peperiksaan.

p/s : Teringat Dr Basam memberikan markah kepada pelajar

1 ulasan:

hasanhusaini said...

Dr. Bassam pulak yang menjadi 'syahidnya'...selamat bergelar sebagai murabbi...