Sunday, February 21, 2010

Seminggu Berlalu

Seminggu berlalu..

White board di PUSKMA dan wisma, siapakah kini yang selalu menggunakannya..
Cafe Idari, ntah kini masih ditutup, di situlah ukhuwwah pelajar Malaysia. Di situ juga kami membincangkan pelbagai isu..
Bayt Batu Burok, masih diziarahikah untuk mengutip mutiara ilmu..
Tingkat 4 dan 2 kuliah syariah, siapakah kini yang menyampaikannya kepada mahasiswa Malaysia Mu'tah..

Sudah seminggu saya meninggalkan bumi Mu'tah. Kata ustaz Osman, tempat yang menjadikan kita belajar ala mujtahid jika kita tekun meneladaninya. Ini bermakna seminggu saya di tanah air, masih mentah mempelajari kehendak masyarakat di sini.

Seminggu juga saya mencari ruang untuk terus belajar dan ruang mengajar. Semuanya di isi. Nasihat ramai daripada kawan agar keluar daripada kuala terengganu kerana di luar sana lebih ramai yang memerlukan kita. Terima kasih juga kepada team AFM yang berpengkalan di negeri sembilan kerana bersedia memberi ruang kepada saya menyertai mereka.

Teringat suasana di Mu'tah. Jadual seharian penuh dengan mengajar dan memberi.

Saat-saat akhir sebelum pulang ke Malaysia berlangsungnya persidangan tahunan mahasiswa Jordan ( PERTAMA ). Lebih menarik tajuknya adalah dakwah dan realiti mahasiswa timur tengah. Ustaz Maszlee dan Ust Hasrizal, akhirnya menjadi kenyataan kehadiran mereka ke bumi anbiya ini yang begitu diidamkan oleh mahasiswa.

Sudah lama saya mengimpikan ingin berjumpa dengan ust Maszlee Malik, orang yang mengubah pemikiran saya untuk terus belajar agama dengan method baru di UIA sebelum ini. Sungguh bertuah apatah lagi beliau, Ust Heizal dan Ust Mahadi bermalam di rumah saya. Berlakulah pra PERTAMA yang hingga pukul 3 pagi. Pelbagai isu yang kadang-kadang melucukan dan ilmiah santai. Isu bank islam menyokong sistem kapitalis, isu masuk parti DAP, isu PAS, nama Allah dan pelbagai lagi. Semua mengagumi pembacaan ust Maszlee yang sangat luas.

Ustaz hasrizal pula, saya hanya mengenali dan mengikuti beliau di alam siber. Tidak pula saya menyangka beliau tidak se’keras’ tulisan saifulislam.com. Sebenarnya saya tidaklah begitu berharap dapat berjumpa begitu dekat, sekadar mendengar ceramah secara live pun sudah cukup bertuah kerana setiap waktu beliau diserbu.

Namun,rezeki saya, Tarmizi, Pak Long, Izul dan Kudin apabila kami satu penerbangan bersama Ustaz Hasrizal. Di Kuwait kami selama 9 jam sudah cukup untuk berkongsi cerita kehidupan beliau, kesusahan beliau dan perjuangan beliau.

Itu nostalgia mereka era 90’an. Kami pula generasi alaf baru terlalu mentah untuk semua ini.

Seminggu berlalu

0 ulasan: