Thursday, February 4, 2010

Semangat Abang Peng



Setiap kali mereka pulang ke tanah air, saya pasti menulis tentang mereka agar dapat dijadikan coretan kenangan buat semua. Mereka yang telah selesai berjuang di sini sewajarnya menjadi semangat kepada semua.

Hari ini hari kenangan beliau di sini, selepas ini mungkin kita.

Ustaz Afendi Mohd Zin

“ Bukan Afendi Yusof” gelak beliau ketika saya cuba memperkenalkan nama itu kepada Abang Wan.

Sebelum ini saya ada meminta daripada persatuan agar mengadakan program khas untuk Ustaz Afendi ataupun digelar abang peng dan ayoh peng. Namun beliau pulang tergesa-gesa hari ini disebabkan ibu beliau koma di hospital akibat serangan strok. Semoga ibu beliau disembuhkan agar dapat berkongsi kegembiraan bersama anak kesayangan.

Cerita Abang Pend panjang. Beliau datang ke Mu’tah pada tahun 1999, tahun PERMATA diasaskan. Namun, saya jarang menaqalkan apa-apa cerita tentang Mu’tah daripada beliau berbanding Ust Judin, Ust Said, Ust Jimien dan Ust Mahdi.

Setiap sesi batch baru semua tidak merasa terasing dengan beliau. Belajar bersama, bermain futsal dan berborak. Semua tidak menyedari bahawa beliau seorang ‘super senior’

Ketika KARISMA 09, saya memberi ruang kepada beliau untuk berucap dihadapan barisan AJK dan pelajar Mu’tah. Beliau menceritakan bagaimana sukan sebelum ini hanya dijalankan di mantiqah masing-masing. Kesannya mahasiswa tidak mengenali antara satu sama lain.

“ Sebeb itulah saya sangat bersetuju dengan tema ‘saya datang kerana ukhuwwah’” ucapan akhir beliau mendapat tepukan yang gemuruh.

Ust Afendi juga ada sejarah jatuh bangun beliau. Beliau datang pada tahun 1999,selepas beberapa tahun beliau jatuh sakit. Kaki beliau bengkak terpaksa dibedah. Beliau menolak dan pulang ke Malaysia untuk rawatan yang lebih meyakinkan.

Kemudian pada tahun 2005 beliau datang ke sini, namun nama beliau sudah ditendang keluar daripada Universiti Mu’tah gara-gara tidak membuat urusan penangguhan semester. Saya diberitahu, beliau sudah mengamanahkan kepada seorang teman, namun tidak dilaksanakannnya.

Walaubagaimanapun, Ust Afendi tidak berputus asa. Beliau terus mendaftar sebagai pelajar baru. Belajar daripada awal hingga tahun 4.

Walaupun dirudum dengan masalah peribadi, beliau tetap cekal. Ketika semester lepas beliau pulang tanpa berita. Ketika itu saya bertanggungjawab melaporkan kepada pendaftar keadaan pelajar Malaysia. Ada dikalangan sahabat memaklumkan kepada saya bahawa beliau tidak ingin lagi meneruskan pengajian. Namun, kami tetap berhati-hati dalam mengekalkan nama beliau agar tidak berlaku seperti sebelum ini.

Akhirnya, Selang beberapa hari, beliau datang kembali ke Jordan. Serentak dengan kedatangan Ust Tarmizi.

Suasana yang cukup menggembirakan.

Ustaz Afendi sering bersama saya dalam pelajaran, beliau sangat rendah diri dalam ilmu. Di padang, beliau bertindak selaku kapten pasukan yang cukup bersemangat. Beliau juga tidak lekok jika diajak berbincang isu agama dan semasa. Hubungan beliau dengan pensyarah juga amat baik.

Apa yang paling mengkagumkan saya sikap rendah diri beliau.

Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya dalam banyak isu di sini.

Dalam menuntut ilmu terutamanya di bumi Mu’tah, perjuangan di sini bukan sebarangan. Ujian sentiasa datang sebagaimana ujian tentera islam menghadapi musuh kristian di medan Mu’tah ini. Mereka yang cekal dan tabah terus berjuang, mereka yang gugur juga tidak kurang ramainya.

Belajarlah semangat mereka. Semoga kita lebih bermotivasi.

Kami belajar bersama, bekerja bersama dan menamatkan pengajian bersama.

Terima kasih sahabat-sahabat

Kenangan kita bersama

2 ulasan:

awe-donde said...

XDOP DAH LAH ABE PENG..

::alifdalmim:: said...

pertama kali dgr dia berucap dlu buat mulut aku menganga mcm terpaku..ucapan bernas!..ye lah siapa sangka..

tahniah kpd mereka yg da khirij..