
Rasuah merupakan perkara yang sangat dikeji oleh islam dan juga masyarakat sivil. Kesan buruknya cukup jelas. Lihatlah negara-negara yang ekonominya merudum, pasti dikaitkan dengan rasuah.
Dalam menyentuh perbahasan mengenai rasuah dari sudut fiqh islam. Ulama telah bersepakat bahawa rasuah kepada hakim ataupun orang yang menghukum dalam keadaan si pemberi rasuah itu dipihak yang salah adalah haram. Ataupun menyebabkan hak orang lain teranaiya.
Namun bagaimana pula dengan masalah-masalah ini:-
1.Seseorang yang teranaiya mengetahui jika dia tidak merasuah hakim, pasti hakim akan berlaku zalim kepadanya.
2.Seseorang itu hendak mempelajari ilmu agama di Syria, namun pihak imigresen tidak memberikan visa belajar kepadanya melainkan dengan cara rasuah.
3.Seorang pelajar Jordan ingin pulang ke Malaysia dengan syarikat penerbangan Kuwait, namun bagasinya melebihi had muatan, beliau dikenakan denda dengan jumlah wang yang banyak, namun beliau telah memberi sedikit wang kepada pengurusan agar dipermudahkan urusannya.
Bagaimana?
Di sana ada beberapa ulama fiqh yang memperincikan lagi permasalahan rasuah. Antaranya:-
Khatib Syarbini ( mazhab syafie )
Sekiranya hakim yang dilantik itu seorang yang zalim, diharuskan merasuah pemerintah agar melantik hakim yang lebih adil. Begitu juga merasuah pemerintah menggugurkan hakim yang zalim dan tidak amanah jika sudah tiada cara lain lagi.
Sebahagian mazhab Maliki
Memberi rasuah jika takut dizalimi atau hak diambil diharuskan jika benar-benar meyakini dirinya dizalimi.
Secara kesimpulannya, dapatlah difahami dengan pendapat ulama yang memperincikan masalah rasuah dan diharuskannya dengan syarat berikut.
1.Berlakunya kezaliman.
2.Kepentingan umum.
3.Tidak mengurangkan atau menganaiya hak orang lain.
Walaubagaimanapun, pendapat ini sangat ganjil dan ditolak oleh mejoriti ulama kerana kesannya sangat besar.
Bagaimana dengan masalah-masalah yang disebut tadi?
0 ulasan:
Post a Comment