Monday, February 22, 2010

Pluralism dan Masa Depan Saya

Setiap hari saya menghabiskan masa di perpustakaan awam Kuala Terengganu pada sebelah pagi untuk mengisi masa lapang. Suasana di sini sangat aman dan tenang.

Sebenarnya saya dalam proses menambahbaikkan buku kembara mencari tuhan. Saya diminta untuk menambah satu tajuk berkenaan dengan pluralsim dan hubungan islam dengan bukan islam.

Pluralism bukanlah isu baru bagi mereka yang berada dalam agama, namun ianya menjadi perangkap kepada mereka yang ingin mengkaji agama dengan cara mudah. Dalam mengkaji idea ini, saya merujuk sendiri karangan tokoh-tokohnya dan antara yang paling masyhur pada masa zaman kini adalah John Hick. Saya cuba mengkhatamkan tulisan dan ideanya berkenaan isu pluralism di samping membaca tulisan-tulisan sarjana kita dalam menjawab idea songsang ini.

Antara persoalan yang dibangkitkan oleh beliau ialah:-

1. Semua agama menyeru kepada kebaikan dan nilai-nilai moral, maka apakah beza antaranya? Bahkan dengan perbezaan agama menyebabkan manusia berperang, berbunuhan dan bersengketa.

2. 98% daripada manusia mewarisi agama daripada keturunan, adalah tidak adil jika mereka dihukum oleh Tuhan hanya disebabkan mereka beragama secara warisan, walaupun mereka adalah penganut yang taat.

3. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak sampai seruan agama ataupun kitab suci. Adalah tidak adil jika mereka juga dihukum.

Beliau juga mendatangkan dengan beberapa ayat Al-Quran, antaranya:-

Sesungguhnya orang-orang mukmin, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari Kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati ( Al-Baqarah : 62 )

Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang Telah kamu perselisihkan itu, ( Al-Maidah : 48 )

Bahasa inggeris yang sudah berkarat perlu diasah kembali. Insyallah, karya kali ini akan lebih baik.

Sejak pulang ke Malaysia..

Apa pendapat tentang perancangan MA saya?

" Ifwat, sambunglah bahagian law, bukankah sudah masuk bidang tu sebelum ni dan sudah belajar undang-undang negara Jordan"

" Anta menguasai bidang hadith dengan baik, ambiklah bahagian hadith pula. Fiqhkan dah ada"

" Bukan senang nak cari orang yang faham fiqh. Teruskan dalam bidang fiqh ini"

" Eh, anta dah lupa sejarah ke? Antakan minat sejarah dan mengkajinya di timur tengah"

" Bidang perbandingan agama sangat bagus, awakkan sudah menulis tentangnya. Teruskan sahaja"

Semuanya bagus. Moga saya sentiasa menjadi orang yang mendalami ilmu.

1 ulasan:

hasanhusaini said...

Assalamualaikum wahai naqib yg disayangi, ana ada terbaca dalam kitab 'thaqafah Al-Da'iah, karangan Al-Qaradhawi : beliau menggariskan enam ilmu wajib yg perlu dikuasai oleh seorang yang ingin menjadi pendakwah [khalifah].

1. Ilmu Diniyyah [syriah]
2. Ilmu Tarikhiyyah [sejarah]
3. Ilmu Bahasa dan Sastera
4. Ilmu Insaniyyah [Psikologi]
5. Ilmu Ilmiah [intelektual dan profesional]
6. Ilmu waqi'iyah [uruf dan adat setempat]


Ana secara peribadi cukup terkesan dgn pemikiran Al-Qaradhawi yang begitu tuntas dalam memperbaiki penyakit umat hari ini...

Moga dapat membantu..