Sunday, February 7, 2010

Bukan Sekadar Ilmu


" Mohd Shahar, apa khabar? Lama tak nampak kamu" Sapa Dr Ahmad Rawasydah yang kini sudah bergelar timbalan dekan hal ehwal pelajar Universiti Mu'tah.

" Oh, masih kenal saya lagi. Saya sudah tamat pengajian. Insyallah akan pulang ke Malaysia 14 haribulan ni"

" Bittaufiq. Kamu ambik kad saya ni. Apa-apa hal, kamu hubungi saya. Harap kamu sambung MA di sini"

Dr. Ahmad Rawasydah merupakan bekas pensyarah kuliah syriah. Beliau yang juga bekas tenaga pengajar di kuliah ketenteraan universiti Mu'tah, kini bergelar timbalan dekan HEP. Tadi ketika membuat urusan keluar Universiti, sempat juga saya berbual dengan beliau. Sungguh terkejut beliau masih mengingati saya walhal kali terakhir subjek bersama beliau pada akhir semester tahun 2.

Sepanjang pengetahuan saya tentang Dr. Rawasydah, beliau digelar pensyarah 'kerajaan'. Seorang yang pakar dalam undang-undang Jordan pernah menegaskan kerajaan Jordan sudah pun mengamalkan undang-undang syariah di sini.

Kepetahan beliau berhujah dan pengalaman dalam undang-undang menyaksikan pelajar yang pro haraki tewas dalam berhujah dengan beliau.

Isu hudud.. sistem syura.. pembahagian mirath tanah..

Tentu ramai yang kurang senang apabila melihat ulama bersekongkol dengan kerajaan yang tidak pro islam. Samalah dengan nasib seperti Ust Uthman El-Muhammadi, Ust Firdaus, Ustazah Mashitah dan ramai lagi di Malaysia.

Namun, dalam disiplin belajar terutamanya pelajar syariah, anda perlu bersabar buat seketika dalam beberapa isu. Bersabar bukan beerti tidak berprinsip, namun agar kita tidak rugi dalam menuntut ilmu daripada mereka yang selayaknya.

Hikmah ilmu itu barang tercicir kepunyaan orang mukmin.

Untuk semesta ini, saya turut kagum dengan seorang lagi pensyarah di kuliyah Syariah. Beliau adalah Dr. Mustofa Abu Zaid.

" Kerajaan di sini sama dengan kerajaan UMNO di Malaysia. Mereka menyekat gerakan islam"

Banyak kali juga saya bersembang politik dengan beliau apatah lagi beliau seorang penggemar politik Malaysia, pengkagum fikrah PAS dan juga Dr. Mahathir. Perkara biasa di dunia arab ini ramai yang mengagumi Tun Mahathir berbanding Anwar Ibrahim.

Fikrah dan matlamat beliau menarik, apatah lagi pandai bergaul dengan semua orang. Dr Basam yang tidak disenangi oleh warga kuliah syariah pun begitu baik dengan beliau. Bilik beliau penuh dengan kunjungan tetamu pelbagai rupa dan ragam.

Apa yang menarik tentang Dr Mustofa adalah thaqafah beliau sangat luas. Mungkin kerana kebolehan beliau dalam bahasa Inggeris dan pernah menuntut di Amarika Syarikat dalam PHD beliau.

Baru-baru ini, saya terdengar suara-suara yang begitu anti dengan beliau daripada pelajar Malaysia sendiri.

Ada yang merungut Dr Mustofa mengajar pada level yang rendah. Contoh dalam kelas manahij muhadithin ( method ulama hadith ) beliau tidak disenangi kerana sering menghabiskan masa dengan ulum hadith yang merupakan subjek asas.

Ada juga yang merungut ketegasan beliau menyoal sesiapa sahaja dalam kelas.

Ada yang memandang serong kepada beliau lantaran sifat anti UMNO nya.

Ada yang tidak berpuas hati disebabkan tidak mendapat markah yang selayaknya.

Kemudian terus melebel yang bukan-bukan kepada beliau. Hingga hilang adab kita sebagai pelajar syariah. Jika tidak mampu bersabar dan berakhlak masih belum layak bergelar mereka yang menyampai ayat rasulullah s.a.w.

Medan Mu'tah menyaksikan mereka yang berjuang di sini pasti diuji. Samada anda sedar ataupun tidak.

Saya mendapat berita, semester ini ramai pelajar bertukar kepada kuliah syariah gara-gara kuliah ini mungkin mudah berbanding kuliah lain.

Nasihat saya kepada mereka yang bertukar apatah lagi mereka yang sudah berada di kuliah syariah...

Belajar bukan sekadar ilmu..

Jangan lupa akhlak dan tanggungjawab..

Hai orang beriman, mengapa engkau ucapkan apa yang tidak engkau lakukan? ... ( As-sof : 2 )

0 ulasan: