Ketika tiba di Mu’tah, perkara yang mengkagumkan saya terhadap pelajar-pelajar senior adalah koleksi kitab mereka. Setiap bilik bagaikan perpustakaan. Jika pelajar fiqh, anda akan melihat kitab-kitab usul fiqh, fiqh setiap mazhab, kitab fatawa, begitu juga pelajar usuludin yang mengumpul koleksi kitab hadith dan tafsir.
Kini sudah berubah.Tidak banyak pelajar yang memiliki koleksi kitab. Antara alasan mereka:-
1.Tidak mengetahui kitab apa yang harus dibeli.
2.Tidak membacanya jika membeli.
3.Bahasa tidak mantap, masih belum layak membeli kitab.
4.Tiada duit untuk membeli kitab.
5.Sudah wujud CD yang menghimpunkan beratus-ratus kitab.
Ada alasan yang relevan. Antaranya tiada duit. Masih banyak lagi perkara utama yang perlu didahulukan seperti membayar rusum, duit rumah, dan makanan.
Namun alasan yang lain bagaikan sangat tidak sesuai.
1.Kita mempunyai pensyarah untuk rujukan kitab yang perlu dibeli. Begitu juga nasihat daripada pelajar senior. Bahkan setiap kali mempelajari sesuatu subjek pensyarah akan mengemukankan beberapa kitab untuk rujukan tambahan.
2.Jika tidak membeli maka sudah pasti tidak baca langsung. Memang kitab yang berjilid-jilid mustahil untuk membacanya semua. Namun, untuk merujuk beberapa bab sangat penting. Samada untuk pelajaran ataupun masalah fiqh seharian.
3.Untuk menguatkan bahasa, penawarnya adalah praktikal dan praktikal bukan hanya bercakap dengan orang arab. Membaca juga adalah praktikal. Cumanya yang penting jangan lupakan kamus.
Alasan sudah ada CD boleh diterima, namun membaca dalam laptop tidaklah begitu efisen. Teringat saya kata-kata Ust Nik Zaim.
“ Ni tanda-tanda ilmu ditarik pada akhir zaman, mula-mula ilmu ditarik daripada kitab”
Walaubagaimanapun ia masih lagi satu alternatif.
Untuk hari-hari terakhir saya di sini, mungkin saya akan kongsikan panduan kitab yang seharusnya ada untuk pelajar terutamanya pelajar tahun satu.
Kitab Asas Ilmu Syariah
1.Al-Wajiz Fi Usul Fiqh : Dr. Wahbah Zuhaili ataupun Dr. Abdul Karim Zaidan.
2.Kitab-kitab Ulum Hadith seperti Taisir Ulum Hadith.
3.Kitab-kitab Ulum Quran seperti Muhadharah fi Ulum Quran.
Kitab-kitab asas ataupun usul ini seharusnya dihadamkan oleh mahasiswa sepanjang waktu agar dapat mempelajari ilmu syariah dengan lebih mudah dan faham.
Di samping itu, pastikan kita mempunyai beberapa kitab asas lain dalam bidang yang pelbagai. Antaranya:-
1.Tafsir Jalalain. Tafsir ini sangat ringkas dalam menerangkan mufradat ( kalimat )Al-Quran dan turut disertakan asbab nuzul
2.Rawai’ Bayan. Kitab ini merupakan tafsir ayat ahkam yang ringkas sebelum pelajar pergi kepada tafsir ayat ahkam yang lebih besar seperti Tafsir Qurtubi.
3.Fiqh Islami Wa Adillah. Kitab sebanyak 11 jilid ini merupakan antara fiqh perbandingan mazhab yang terlengkap. Merangkumi masalah fiqh lama dan juga moden. Bahasanya juga tidaklah begitu sukar jika pelajar merujuknya dengan kamus.
4.Fatawa Muasiarah Dr Yusof Al-Qaradhawi. Kitab ini sangat masyhur dengan methodologi penulisnya yang menekankan fiqh dan dakwah. Banyak menyentuh isu-isu utama umat islam.
5.Bid’ah Fi Mafhum Islami Daqiq Dr Abdul Malik Sa’di. Kitab ini memberi gambaran asas berkaitan dengan masalah khilafiyah dan kefahaman umum bid’ah dan sunnah.
Kitab yang dicadangkan ini sangat sesuai untuk semua pelajar di Mu’tah ini samada pelajar fiqh, usuludin ataupun pelajar adab. Juga sesuai untuk pelajar tahun satu, dua ataupun tiga. Harga semua kitab ini tidak lebih daripada JD 100.
Budayakan membaca, mengkaji dan merujuk daripada sekarang.
Merangkak, bertatih, berjalan dan berlari.
Itulah bahasa dan ilmu ini.
1 ulasan:
beli..jgn tak beli...rugi nnti.
Post a Comment