Assalamualaikum...
Ana berpandangan apa yang abang Ifwat sebutkan dalam artikel kali ini tidak didasari oleh pengkajian yang mendalam.
Saya menulis artikel ini berdasarkan subjek pengajian ahadith ahkam dengan pensyarah Dr Muhammad Said Hawa. Antaranya perbahasan jamak ketika hujan. Kemudian apa yang beliau sebut saya merujuk kembali kitab-kitab hadith utama ( kutub sittah ).
Banyak juga kenyataan yang abang Ifwat nyatakan sebenarnya bercanggah dengan apa yang dinukilkan oleh para ulama.
Saya menyokong syarat-syarat ketat yang disyaratkan oleh ulama bukannya menjamak solat dengan hanya hujan renyai-renyai.
Ana minta abang Ifwat merujuk semula kitab-kitab muktabar seperti al-Majmu' fi Syarh al-Muhazhzhab, al-Iqna', al-Mughni fi Syarh al-Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, al-Mudawwanah, Bidayah al-Mujtahid,al-Inshaf, al-Kafi, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, dan Fiqh al-Sunnah dan mengkaji kembali 'fatwa' yang abang Ifwat kemukakan di sini.
Apa fatwa saya? Saya hanya meminta mereka agar mengikuti syarat-syarat yang dinyatakan oleh ulama-ulama mazhab ( Maliki, Syafie, Hanbali ) tak pun mengikut mazhab Hanafi yang menafikan terus jamak ini.
Ana takut orang awam mengambil sikap terlalu mudah dengan berpada-pada dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh abang Ifwat sehingga terus menghukum orang-orang yang mengamalkan rukhshah ini sebagai tidak betul dan seumpamanya.
Saya lebih bimbang orang mempermudahkan solat dengan menjamak tanpa sebarang musyaqqah ( kesempitan ). Solat itu perkara pertama yang bakal dihisab. Saya sendiri pun tidak menyatakan mereka yang melakukan jamak tidak mengikut syarat itu bid’ah. Terpulang..
Saya sangat risau mereka yang mendakwa syarat mazhab itu tidak berdasarkan sunnah. Dan mendakwa mereka adalah pengamal sunnah yang sebenarnya iaitu menjamakkan solat dalam keadaan hujan renyai-renyai.
Sebagai radd terhadap kenyataan abang Ifwat yang berbunyi: Hujan yang turun sangat lebat sehingga pakaian basah kuyup (iaitu antara syarat kalau ingin jamak), ana nukilkan daripada kitab al-Mudawwanah al-Kubra (sumbernya daripada laman web http://www.boukhary.net/fatawa/jame3matar.htm#_ftn9) yang bermaksud: dan dijamakkan antara maghrib dengan isyak walaupun tidak ada hujan, (iaitu) ketika/kalau ada selut (lumpur) dan gelap...
Lihat, ulama besar mazhab Maliki mengatakan meskipun tidak hujan! Kata-kata Imam Malik sendiri pun ada disebutkan dalam laman web tadi dengan nada yang sama. Kalau tidak hujan; hanya selut (mungkin maksudnya selut akibat hujan) pun tidak mengapa, apatah lagi kalau hujan, pada syita' pula.
Saya tidak menyebut itu syarat mazhab Maliki, saya menggabungkan syarat-syarat antara mazhab dan itu adalah pendapat mazhab syafie ( lihat mughni muhtaj, kifayatul akhyar, anwar masalik ).
Apa yang penting syarat itu menunjukkan musyaqqah ( kesempitan ).
Bukannya jamak ketika hujan renyai-renyai.
Dalil-dalil seperti kata-kata sahabat dan tabi'ien abang Ifwat tolak mentah-mentah kerana bagi abang Ifwat, semuanya bukan hujah sedangkan Imam Malik (dan imam-imam lain) mendalilkannya. Di sana ada banyak lagi dalil-dalil lain yang abang Ifwat belum temui lagi.
Mentah-mentah? Dalam berhujjah dengan perbuatan sahabat dan kata-kata tabien, jika tidak bertentangan dengan riwayat yang lebih sahih tidak mengapa. Namun, masalahnya ia bertentangan dengan Quran ( solat pada waktunya ) dan riwayat hadith sendiri ( umum hadith bercakap tentang solat pada waktunya ).
Apa bukti Imam Malek mendalilkan perbuatan Ibnu Umar itu diharuskan jamak ketika hujan secara mutlak? Bahkan yang jelas mereka ( imam-imam ) meletakkan syarat.
Ana ketemui dalil dalam kitab Minhaj al-Muslim oleh Syaikh Abu Bakr al-Jaza'iri, ada hadis yang dinyatakan pengarang: Rasulullah SAW menjamak (solat) antara maghrib dan isyak pada malam yg hujan(lailah mathierah) [dinyatakan pada nota kaki: diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, dan al-Muwaththa'...] Ini perbuatan Rasulullah (selawat dan salam Allah ke atas baginda) sendiri. Apa pula takwilnya?
Boleh nyatakan no hadith yanga terdapat dalam sahih bukhari, muslim dan muwatho? Saya sudah mengemukakan hadith-hadith yang terdapat dalam Bukhari, Muslim dan Muwatho.
Kitab Muwatho dalam bab jama’ antara 2 solat pada hadhir dan safar, terdapat 7 hadith, tiada satu pun yang menyebut lafaz yang sedemikian.
Kitab Sahih Muslim dalam bab jama’ antara 2 solat pada hadhir, terdapat 10 hadith tidak disebut lafaz yang sedemikian.
Kitab Sahih Bukhari dalam kitab taqsir tiada satupun lafaz yang sedemikian.
Saya terfikir beberapa kali untuk menjawab komen risalah. Saya jelaskan kepada semua terdapat 2 pilihan:-
1. Berhati-hati dengan tidak mengamalkan jamak ketika hujan jika tiada kesempitan.
2. Mengikut syarat yang ditetapkan oleh ulama.
Saya tidak meminta :-
1. Menyatakan orang yang jamak ketika hujan tanpa mengikut syarat ulama mazhab itu bid'ah dan solat mereka tidak sah.
Di sini lebih baik kita berihtiyat ( berhati-hati )
Kita tidak menolak rukhsoh jika didatangkan dengan dalil yang kuat dan juga benar-benar dalam keadaan kesempitan ( jama safar, berbuka puasa ketika safar dll )
Apa pun saya sangat gembira dengan Risalah kerana :-
1. Bahasa tegurannya berhemah. Terima kasih kerana memanggil saya ' abang'.
2. Teguran yang bersumberkan dalil.
Jika mampu bertemu saya sebelum saya pulang adalah lebih baik kita berdiskusi dengan penuh persaudaraan. Mungkin ruang di blog ini kurang sesuai.
Yang pasti, saya tidak mengamalkan jamak ketika hujan kerana bagi saya tiada kesimpitan dan tiada dalil yang kuat.
Wallahua'lam
13 ulasan:
Waalaikumussalam, abang Ifwat semoga dirahmati-Nya.
"Apa yang aku larang kalian daripadanya maka jauhilah. Dan apa yang aku suruh kalian daripadanya maka lakukanlah semampumu (atau selagi kamu mampu); kerana sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah banyaknya soalan-soalan (masa'ilihim), dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka." [Mafhum hadis al-Bukhari (7288) dan Muslim (1337)]
Terlebih dahulu ana mengingatkan diri ana sendiri yang masih terlalu muda dalam perjalanan mencari ilmu jika dibandingkan dengan abang Ifwat, serta abang Ifwat sendiri agar sentiasa memegang satu kata-kata al-Imam al-Ghazali RHM dalam kitab beliau, 'Bidayah al-Hidayah': maka ketahuilah wahai yang bersungguh-sungguh (dalam menuntut ilmu), yang benar-benar dalam usahanya mencedok ilmu, yang nampak jelas pada dirinya benarnya keinginannya padanya (ilmu), dan terlampau dahaganya kepadanya (ilmu), bahawa jika engkau bermaksud dengan menuntut ilmu itu supaya dapat bersaing, al-mubahah (tak tahu maksud- risalah), terkedepan daripada al-aqran (tak tahu maksud- risalah), memalingkan (mencondongkan) muka-muka orang kepada engkau, dan menghimpun kesenangan dunia, maka (sebenarnya) engkau berusaha untuk menghancurkan agamamu, memusnahkan dirimu, membeli dunia dengan akhirat...
Ana takut kalau-kalau perbahasan antara kita ini menyebabkan sesuatu yang tidak baik sama ada pada diri ana ataupun kepada orang lain. Namun, pada masa yang sama ana berasa bertanggungjawab dalam meleraikan permasalahan yang dibangkitkan oleh abang Ifwat dalam artikel abang. Semangat ana tiba-tiba naik kerana artikel tentang jamak hujan itu lahirnya dari insan bernama Shahrul Ifwat, seorang tokoh dalam kalangan pelajar Malaysia di Mu'tah ini. Ana tahu di sana ramai yang kurang dalam pengkajiannya terhadap ilmu lantas bermudah-mudah dengan berpegang dengan satu dua sumber sahaja. Itulah yang ana bimbangkan. Kalau semua pelajar di Mu'tah ini seperti abang Ifwat, suka menyelongkar khazanah ulama terdahulu dan tidak hanya bertaqlid buta sahaja kepada mana-mana ulama, ana akan tinggalkan artikel abang tanpa komen. Semoga abang faham mengapa ana memberi komentar kepada artikel abang yang sebelum ini.
Ana juga sebenarnya memang berhasrat untuk mengkaji subjek ini tetapi kerana kesuntukan masa, kekurangan ilmu, dan tidak mempunyai kitab-kitab hadis dan fiqh yang besar-besar di rumah, ana tangguhkan dahulu. Pada satu hari, ada sahabat ana menimbulkan isu jamak hujan dan tidak mahu menerima keharusannya dan menganggapnya tidak wujud sama sekali meskipun dalam mazhab Syafie sedangkan ana sudah menemui dalil sahih tentang ini pada tahun lepas. Jadi, memang ana berhasrat untuk menerangkan masalah ini dalam satu makalah yang panjang akan tetapi, maklumlah ana budak baru belajar, tidak bersedia untuk melakukan usaha besar itu. Tiba-tiba, ana terbaca artikel abang Ifwat tentang masalah ini. Setahu ana, abang Ifwat adalah antara yang terbaik dalam membincangkan fiqh Islam. Dalam hati ana terdetik perasaan ingin tahu apa pandangan seorang mahasiswa cemerlang dalam masalah ini dan menyangkannya akan merungkai masalah ini dengan sebaik-baiknya sehingga ana boleh lepas tangan jika ada orang yang ingin membangkitkan isu ini. Namun, tidak. Ada sesuatu yang tidak kena sedangkan dalam dunia Islam ini ada huru-hara sesama umat (ana tidak memaksudkan abang; ada tuduh-menuduh, caci-mencaci, keji-mengeji, kata-mangata, dan sebagainya. Ana takut masyarakat akan bingung apabila mendapati ada umat Islam di tanah Arab ini yang menjamakkan solat ketika hujan lantas menganggap mereka sebagai sesat! (Sekali lagi ana mengingatkan, ana tidak memaksudkan abang tetapi orang lain)Ana takut...
Bimbang...
Berbalik kepada perbahasan kita (ana hanya mampu menulis, tidak mampu bercakap, ini kelemahan ana,
Berkenaan dakwaan ana bahawa ada hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, dan al-Muwaththa' tentang jamaknya Rasulullah -selawat serta salam Allah ke atas baginda dan ahli bait-, ana membelek semula kitab Minhaj al-Muslim, dan tercatat nombor 2/36. Ana cuba mencarinya dalam Sahih Bukhari namun tidak jumpa. Ana sebenarnya tidak faham apa itu 2 dan apa itu 36 lebih-lebih lagi ana gunakan nuskhah yang sejilid terbitan Dar Ibn al-Haitsam. Ana pun cari lagi, akhirnya berjaya menemui sebuah hadis bernombor 543. Bunyinya: ... daripada Ibn 'Abbas bahawa Rasulullah SAW solat di Madinah tujuh dan lapan (rakaat); zohor, asar, maghrib, dan isyak; dan berkatalah Ayyub: mungkin ketika malam yang hujan. Katanya (ana tidak pasti siapa yang menjawabnya): (عسى) mudah-mudahan/mungkin/boleh jadi. [Sahih Bukhari, Bab Menta'khirkan Zohor ke dalam Asar. hadis nombor 543.]
Dakwaan ana bahawa hadis tersebut ada dalam kitab Sahih Muslim, ana rasa silap. Namun begitu, awal-awal lagi ana sebut, ana rujuk kitab Minhaj al-Muslim tanpa kitab Sahih Muslim sendiri. Dalam nota kaki diberikan nombor 49 sedangkan lafaz hadis nombor 49 bukan demikian. Maaf ana ucapkan di sini. Akan tetapi, lafaznya mafhumnya berbunyi: Rasulullah SAW solat zuhur dan asar secara jamak; maghrib dan isyak secara jamak; dalam keadaan tidak hujan dan tidak pula safar. Sebenarnya hadis ini telah dinyatakan oleh abang Ifwat.
Ana tidak mempunyai kitab al-Muwathta', namun ana mempunyai perisian ala-ala Maktabah Syamila yang mempunyai kitab itu. Ada disebutkan hadis sama dengan lafaz hadis Muslim di atas,tetapi dengan tambahan kata-kata Imam Malik: aku rasa itu (jamak solat) berlaku ketika hujan. [Hadis nombor 330]
Ibnu Umar pun diriwayatkan menunaikan solat secara jamak ini. Lafaznya: 'Abdullah bin 'Umar apabila para amir menjamak solat maghrib dan isyak ketika hujan, beliau solat bersama mereka. [Hadis no. 331]
Ana sambung lagi...
Insya-Allah.
Dalam al-Mushannaf oleh 'Abd al-Razzaq pula dinyatakan: 'Umar bin al-Khaththan menjamak zuhur dengan asar pada hari hujan.
Ada juga riwayat: sesungguhnya penduduk Madinah menjamak maghrib dengan isyak pada malam yang hujan dan beliau tidak mencela mereka (perbuatan mereka itu).
Ini cuma syahid, sebab ana kurang yakin dengan 'Abd al-Razzaq seperti Maulana Asri dalam kitabnya: Pengaruh Syiah dalam Tasauf dan Tarekat. Ana juga tidak mempunyai kitab tersebut, cuma merujuk sebuah laman web.
Berkenaan perbuatan sahabat itu, abang Ifwat tolak kerana menurut abang, bukan hujah. Sebelum abang Ifwat menolak hujah itu, seharusnya abang Ifwat fikir, bagaimana seorang sahabat besar seperti Ibnu 'Umar boleh turut sama menjamak solatnya ketika hujan? Bahkan bukan sahaja Ibnu 'Umar, Amir al-Mu'minin pun sama-sama menjamakkan solat seperti riwayat 'Abd al-Razzaq. Adakah ini semuanya rekaan para sahabat? (Maaf kalau terkasar bahasa, maklumlah, medan perbahasan) Bahkan, kalau kita lihat dalam riwayat yang mengatakan bahawa Ibnu 'Umar turut menyertai solat jamak hujan oleh para umara', kita dapati sebenarnya, bukan Ibn 'Umar sahaja yang mengamalkannya bahkan para tabi'en. Tiada bukti bahawa Ibnu 'Umar mengajarkan jamak itu kepada mereka. Sudah tentu ada sahabat lain yang menurunkan ilmu jamak itu kepada mereka.
Terima kasih, rasanya penjelasan saya sudah jelas. Jamak ketika hujan yang diharuskan apabila dalam keadaan kesempitan ( hujan lebat, jemaah yang tinggal jauh dari masjid, kesukaran untuk pulang ke rumah dll ).
Perbuatan Ibnu Umar terlalu umum tidak diceritakan keadaannya bagaimana. Sebab itulah jumhur ulama menerima jamak ketika hujan namun dengan bersyarat.
Jemput datang rumah untuk membincangkan lagi.
Alangkah bagus kalau pelajar Mutah mempunyai semangat ilmi seperti anta semua
Dalam riwayat 'Abd al-Razzaq pula dinyatakan bahawa ahli Madinah pun mengamalkannya; atau cukup lah kita berpegang dengan kenyataan bahawa para umara' mengamalkannya. Maka, maknanya, benda ini makruf dalam kalangan tabi'en dan kemungkinan besar juga dalam kalangan para sahabat.
Tidak ada pula para sahabat yang masih hidup yang mencela perbuatan itu.
Saya tidak mempunyai kitab mazhab sekarang ini. Namun, kalau tidak boleh semua, jangan tinggal semua. Jadi, ana datangkan kitab Fiqh al-Sunnah: (Bab) Jamak ketika Hujan. Al-Atsram dalam sunannya daripada Abi Salamah bin 'Abd al-Rahman bahawa dia berkata: termasuk perkara sunnah apabila hari hujan, dijamakkan maghrib dengan isyak. Dan al-Imam al-Bukhari meriwayatkan bahawa Nabi SAW menjamakkan maghrib dan isyak pada malam yang hujan. (Wallahua'lam, mungkin dakwaan ini tidak benar- risalah).
Dan ringkasnya, ulama-ulama mazhab Syafie mengharuskan orang yang muqim (tidak musafir) untuk jamak zuhur dan asar; maghrib dan isyak; dalam keadaan jamak taqdim sahaja dengan syarat adalnya hujan ketika al-ihram pertama (mungkin maksudnya takbiratul ihram)pada yang pertama (mungkin maksudnya solat yang pertama, dan ketika ruang antara dua solat itu, dan iftitah (pembukaan) yang kedua (mungkin maksudnya awal solat yang kedua...
Dan di sisi ulama-ulama mazhab Hanbali, diharuskan jamak maghrib dengan isyak sahaja dengan cara taqdim atau ta'khir dengan sebab salji, ais, lumpur, dan sejuk yang terlampau, hujan yang membasahkan (mungkin basah kuyup) pakaian, dan ini adalah kekhususan bagi yang solat di masjid secara berjemaah yang jauh sehingga hujan itu menyukarkannya dalam perjalanannya (ke masjid). [Jilid Satu ms 177 da 178]
Menurut Syed Sabiq dalam kitabnya itu, rukhsah ini dikecualikan bagi yang memang berada dalam masjid, atau solat di rumahnya walaupun berjemaah, atau mempunyai peneduh dalam perjalanan ke masjid, atau masjid di depan pintu rumahnya. Pengecualian ini dinyatakan beliau selepas ayat yang ana kutip tadi.
Namun, ada juga ulama yang tidak menerima pengecualian itu. Tapi, ana tidak bermaksud memutlakkan keharusan jamak ini kepada sesiapun, akan tetapi insya-Allah ana akan usulkan kaedah apabila menghadapi situasi ini pada akhir perbincangan ini nanti.
Dalilnya, Nabi SAW sendiri menjamakkan solat sedangkan rumah baginda (isteri-isteri baginda RA) berdekatan dengan masjid. Ini sebagaimana kata Ibn Qudamah dan al-Syairazi. (Ana meujuk sebuah laman web). Rujuk ( ابن قدامة – المغني 2/276 , الشيرازي – منال السبيل 1/138 ) Tapi, sebahagian ulama mengatakan dalil di atas tidak boleh dijadikan dalil bahawa keharusan jamak itu menjadi umum iaitu untuk yang tinggal jauh dan dekat tetapi dalil bahawa imam solat boleh menjamakkan solat walaupun rumah imam dekat dengan masjid.
Ana menambah, bukankah rumah Rasullah SAW hujrah Aisyah berada sangat-sangat hampir dengan masjid? Mungkin ada yang akan mengatakan, mungkin pada masa itu, bukan giliran Aisyah. Untuk menjawab itu, ana tidak mampu. Namun, seperti kata Ibnu Qudamah dan al-Syairazi (sebagaimana yang terdapat dalam laman web)http://www.fatawah.com/Fatawah/126.aspx) bahawa hujrah-hujrah para ummahatul mukminin adalah dekat. Wallahua'lam.
Ana tidak ingin memanjangkan kalam berkenaan pengecualian yang disebut oleh Syed Sabiq itu. Ana ingin beralih kepada persoalan-persoalan lain.
Abang Ifwat menyebut: Imam Muslim sendiri tidak meletakkan tajuk “ bab jamak ketika hujan” sebaliknye meletakkan tajuk yang sangat umum “ bab jamak ketika hadhir ( tidak musafir ). Secara umumnya tajuk 'bab' dalam kitab Imam Muslim menunjukkan fiqh dan pendapat beliau.
Sedangkan, sepertimana tercatat dalam http://www.darulkautsar.net/article.php?page=3&ArticleID=535; Perlu diberi perhatian, Imam Muslim tidak sempat menulis tajuk-tajuk sahihnya. Walaupun begitu, hadis-hadis yang disusun oleh Muslim itu, berada di satu tempat mengikut kandungannya yang teratur iaitu berdasarkan kepada tertib tajuk fiqh selepas didahului dengan tajuk tentang keimanan. Apa yang tertulis dalam Sahih Muslim sebagai tajuk bab itu adalah dari pihak para pengulas hadis, yang paling terkenal ialah tajuk-tajuk yang dibuat oleh Imam al-Nawawi. Mengikut para pensyarah Sahih Muslim selepas al-Nawawi seperti ‘Allamah Syabbir Ahmad dan Syaikh Safiy al-Rahman al-Mubarakfuri, tajuk-tajuk al-Nawawi itu belum dapat menjelaskan maksud sebenar Imam Muslim... Wallahua'lam.
Abang Ifwat kerap mengulangi bahawa kita harus menurut dalil yang lebih jelas iaitu: “Sesungguhnya solat adalah fardhu yang telah ditetapkan waktunya”. surah al-Nisaa : ayat 103.
Namun, bukankah kalau kita menerima dalil tersebut secara umum sahaja, bererti kita menafikan jamak safar juga kerana jamak safar tidak pada waktunya?
Jika abang Ifwat katakan yang ini dalilnya kuat. Kalau begitu, bagaimana mazhab Hanafi boleh menolak kewujudan jamak safar? Ini bermakna, ayat di atas ditakhsiskan dengan hadis-hadis jamak hujan. Jadi, tidak wujud pertentangan antara hadis jamak hujan dengan ayat dan hadis-hadis lain.
Abang Ifwat ada mengatakan hadis jamak hujan bertentangan dengan hadis seruan solat di rumah masing-masing kalau hujan iaitu: Nafi' berkata bahwa Ibnu Umar pernah azan ketika shalat di waktu malam yang dingin dan berangin. Kemudian beliau mengatakan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian solat di rumah kalian ). Kemudian beliau mengatakan, "Dulu Rasulullah s.a.w memerintahkan mu'adzin ketika keadaan malam dingin dan hujan, untuk mengucapkan 'Alaa shollu fir rihaal' ( hendaklah kalian shalat di rumah kalian )”
Berkenaan itu, insya-Allah ana akan kaji semula. Tapi, untuk kali ini, ana ingin membuat andaian, mungkin sebelum solat zuhur atau maghrib, tidak ada hujan. Semasa solat barulah hujan turun. Kalau hujan turun sebelum masuk waktu atau sebelum didirikan solat, mungkin hadis yang abang Ifwat nyatakan lebih tepat untuk diletakkan di situ.
Wallahua'lam.
Abang Ifwat juga meletakkan syarat kalau ingin jamak juga iaitu:
1.Hujan yang turun sangat lebat sehingga pakaian basah kuyup.
2.Jamak hanya dilakukan di masjid yang mana bagi mereka yang tinggal jauh dan sukar untuk datang kembali jika pulang.
3.Hujan yang turun hendaklah berterusan hingga selesai solat pertama.
4.Bagi mazhab Hanbali meletakkan syarat hanya pada solat waktu malam ( Magrib dan Isyak ) bukannya waktu siang kerana tiada kesukaran.
Kena faham betul dan biar jelas:-
1. Diharuskan jamak berdasarkan syarat2 yang ketat yang disebut sebab syarat itu membuktikan masyaqqah.
2. Persoalan jamak tidak wujud dalam mazhab hanafi melainkan jamak di Arafah. Ini kerana dalil jamak samada safar ataupun hujan bersifat zonni manakala ayat Quran ( solat pada waktunya ) bersifat qatie. Jamak arafah thabit dengan hadith mutawatir. Perlu faham.
3. Perbuatan dan dalil yang disebut tu dalam keadaan zonni samada dari segi thubut ataupun dalalah ( kefahaman )
Terpulanglah... Jamaklah jika anda rasa itu yang terbaik. Saya tidak kata bid'ah. Cuma dalilnya lemah.
Ini solat...
Lebih baik berhati2..
Apa musyaqqahnya ingin jamakkan solat dalam hujan yang renyai2..
Nak jamak juga terpulanglah..
Ana tinggalkan syarat-syarat ulama yang abang Ifwat kemukakan kerana baru bertemu dengan kata-kata ulama tersebut. Insya-Allah ana akan kaji tentang syarat-syarat tersebut.
Untuk membantu abang Ifwat dalam mempertahankan syarat-syarat ulama yang dikemukakan, sila rujuk laman web http://www.islamfeqh.com/forums.aspx?g=posts&t=229.
Syarat-syarat ulama yang disebutkan itu sudah ana berjumpa dengan jawapannya yang menjadikan syarat-syarat itu lebih longgar. Umpamanya, syarat perlu wujud hujan pada takbiratulihram pertama, semasa berhenti solat pertama, dan sehingga iftitah solat kedua (mungkin takbiratulihram solat kedua). Sebabnya dalam nas disebut في ليلة مطيرة, pada malam yang hujan, المطير hari hujan (Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, DBP). Ini tidak bermakna, hujan mesti wujud pada waktu-waktu seperti dalam syarat itu bahkan cukup sekadar kalau malam itu hujan. Ana tidak memaksudkan walaupun hujan itu seminit dua dan renyai-renyai. Namun, cukup kalau malam itu dikatakan malam hujan.
Bagi ana sendiri, kalau tidak cukup syarat sebagaimana yang digariskan oleh ulama itu, ana akan solat jamak bersama jemaah di masjid dan kemudiaanya balik ke rumah. Apabila masuk waktu, ana solat sekali lagi. Jadi, ana tidak memisahkan diri dari jemaah sedangkan hadis ada menyebut: hendaklah kalian dengan jemaah (atau berjemaah)[disahihkan al-Albani] dan solat kedua ana sah walaupun jamak itu tidak cukup syarat kerana ana mengulangi solat itu sekali lagi.
Di sini ana simpulkan,
1. Jamak ketika hujan memang ada dalam hadis dan tidak bertentangan dengan al-Quran.
2. Jamak ketika hujan bagi kebanyakan ulama hanya boleh dengan syarat-syarat yang ketat.
3. Syarat-syarat itu boleh diperlonggarkan kerana itu pendapat segolongan ulama lain.
4. Tidak boleh menyalahkan orang yang jamak kerana wujud pandangan ulama muktbar tentang hal itu.
5. Seelok-eloknya solat sekali lagi kalau wujud syak tentang kesempurnaan syarat itu.
6. Jika syarat sudah cukup, berpadalah dengan solat yang telah dijamakkan itu.
Maaf kerana jawapan ana kurang kemas, ana masih baru belajar.
Istilah-istilah fiqh dan hadis ana kurang mantap. Jawapan ana pun kurang tersusun. Ana pun tidak menyalahkan abang Ifwat sama sekali atas syarat-syarat ulama yang abang kemukakan itu. Sebab itu memang syarat-syaratnya bagi kebanyakan ulama. Mohon maaf atas sebarang keterlanjuran kata. Sekali lagi ana mohon maaf. Wassalam...
Sekali lagi ana memohon maaf kepada abang Ifwat kalau dirasakan ada kekasaran bahasa sepanjang tulisan ana dalam ulasan blog abang Ifwat.
Ana rasa ana pun sudah bertemu dengan titik noktahnya dan menerima pendapat abang Ifwat dalam masalah jamak ketika hujan iaitu: bagi sesiapa yang hendak jamak, mestilah setelah memenuhi syarat-syarat yang diberikan oleh alim-ulama.
Memang hal solat amat besar.
Ana menerima syarat-syarat itu tetapi jika perlu ana longgarkan syarat itu (masih dalam lingkungan fiqh Islam) supaya ana dapat bersama jemaaah yang jamak dalam masjid dan tidak keluar dari jemaah. Cumanya, ana akan i'adah solat ana itu kalau syarat-syarat ulama seperti kata abang Ifwat tidak dipenuhi. Insya-Allah.
Sekian,
Ana nak minta e-mel dan nombor telefon abang, boleh tak?
Ana ada banyak benda lagi nak bincang dgn abang ni. Banyak juga makalah ana yg ana nak bagi kat abang Ifwat suruh abang Ifwat semak dan ulas. Kalau dah dapat ulasan abang Ifwat, baru makalah ana jadi 'mahal'.
Ana pun nak bincang pasal hukum download benda2 yg ada copy right dari internet. Ana dengar abang kata lain daripada yg ana pegang. Mungkin kita boleh berbincang. Ataupun, abang kaji dulu dan pastu tulis dalam makalah panjang dan bagi kat ana. Lagipun, abang kan dah 'free' sekarang ni.
Macam mana?
E-mel ana: alkutawi_01@yahoo.com.my
Alamat blog: http://alkutawisyah.blogspot.com
Wassalamualaikum warahmatullah...
Fuh, mujur dah habis. Jemputlah datang rumah.
id ym : shahrul_ifwat
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇
Post a Comment