Seorang yang baru meninggalkan dunia hiburan dan terjun ke cahaya agama mengisytiharkan azam untuk bergelar 'beriman'. Dengan mempelajari agama, beliau tekad dalam bidang dakwah terutamanya di dunia hiburan, namun ditengah jalan beliau diuji dengan ujian yang berat. Dikaitkan dengan artis sehingga retak rumah tangga.
Ini bukan kehendak beliau..
Seorang yang bergelar ustaz berjuang melalui gerakan politik islam. Semangat yang tinggi, namun di tengah jalan, beliau dikaitkan dengan kesahihan perkahwinannya dengan isteri kedua. Berlaku pergolakan antara keluarga. Media bersorak dan membesar-besarkan kisahnya.
Ini bukan kehendak beliau..
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, 'Kami telah beriman,' sedang mereka tidak diuji lagi? ( al-ankabut ayat :2 )
Jika tiada kesabaran, terus meninggalkan jalan yang benar, namun ambillah iktibar terlebih dahulu daripada ayat selepas itu.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Para Nabi dan Rasul dituduh pendusta, orang gila dan pemecah belah masyarakat.
Tidak cukup sekadar itu, nyawa terancam bahkan ada yang gugur.
Lihatlah sirah junjungan, dalam tempoh 23 tahun, berapa tahunkah diuji dengan kesusahan berbanding kesenangan?
Setelah kewafatan baginda, sahabat diuji dengan fitnah yang dasyat.
Imam Malek, Imam Syafie, Imam Ahmad semuanya disiksa takala tidak memenuhi nafsu pemerintah.
Imam Bukhari difitnah dengan fitnah akidah.
Ibnu taimiyah meringkuk dalam penjara hingga wafat.
Hassan Al-banna dan Syed Qutub menggadai nyawanya demi kebenaran.
Bersabarlah dan terus berazam. Kemenangan dan kemanisan akan tiba jua.
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-Baqarah: 155)
Selamat Tahun Baru
Thursday, December 31, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Holocaust Denial Menggugat Zionis?

Apabila disebut kepada anda tentang Holocaust, sifat benci anda kepada Yahudi mungkin akan terhenti seketika. Pembunuhan yang paling dasyat abad ke 21 menyaksikan 6 juta rakyat Yahudi dibunuh. Jika dipaparkan dokumentari, pembunuhan tersebut sangat dasyat. Dengan cara membakar hidup-hidup, diletakkan di sebuah bilik dan dilepaskan gas beracun, ditanam hidup-hidup. Kanak-kanak, wanita dan orang tuanya semuanya tidak terlepas, ketika itu mungkin anda akan simpati dan akan membenarkan mereka tinggal di bumi Palestin.
Dan sebenarnya itulah kehendak mereka. Menjadikan Holocaust sebagai satu-satunya lesan menghalalkan semua perbuatan mereka.
Bagaimanapun, mengapakah anda tidak berfikir, benarkah wujud pembunuhan sebesar angka itu di Jerman. Mampukah Nazi melakukan sedemikian dalam tempoh yang singkat takala mereka juga berhadapan dengan pakatan Berikat dalam perang dunia kedua? Wujudkah bukti-bukti bertulis, gambar-gambar peristiwa dan yang paling penting perkuburan sebesar itu?
Itulah yang diperjuangkan oleh satu golongan yang dikenali sebagai Holocaust Denial ataupun digelar sebagai revisionism.
Pada tahun 1979, Willis Carto pengasas Liberty lobby, sebuah organisasi anti Yahudi terbesar di Amarika telah menubuhkan Institute for Historical Review ( IHR ). Kemudian IHR disertai oleh tokoh-tokoh akademik seperti Revile P. Oliver ( Universiti Illinois, Robert Faurisson ( Universiti Lyon ), Arthur Butz ( Nortwesten Universiti ) dan penulis-penulis akademik lain seperti David Irving, Henri Roques,Bradley Smith, Mark Weber, Ernst Zundel, David McCalden dan ramai lagi menjadikannya cukup kuat untuk membuktikan kajian mereka.
Antara dakwaan golongan ini:-
Holocaust tidak berlaku kerana tiada dokumen perancangan untuk penghapusan orang Yahudi.Sehingga kini masih belum terdapat bukti bahawa wujud perancangan khas untuk menghapuskan golongan Yahudi di Eropah. Apa yang didakwa bahawa rancangan ‘Hitler's Final Solution’ tidak pernah wujud.
Begitu juga apa yang didakwa perlepasan gas bercun untuk pembunuhan di Auschwitz dan kem-kem lain. Tak ada bukti yang kuat tentang kebenaran pembantaian enam juta warga Yahudi oleh Nazi ini. Direktur Adelaide Institute di Australia, Dr. Fredrick Toben mengatakan, Nazi pernah menggunakan gas Zyklon B di kamp tahanannya namun hal itu untuk mencegah meluasnya wabak yang saat itu menjangkiti para tahanan, dan bukan untuk pembantaian.
Bahkan antara tahun 1941 hingga 1945 tidak direkodkan kehilangan bangsa Yahudi dengan jumlah sebesar 6 juta.
Baru-baru ini, presiden Iran, apabila Ahmadenejad berpidato bahawa peristiwa Holocaust sebenarnya tidak berlaku bukanlah perkara baru. Televisyen Iran pula baru-baru ini menyiarkan dokumentari berkenaan pembohongan Holocaust dengan menjemput beberapa tokoh Holocaust Denial, antaranya Robert Faurisson. Antara kesimpulan yang menarik daripada ahli penal.
“ Barat, sekiranya mereka tidak dapat menjumpai bukti, mereka akan mengadakan filem.”
Benar, Zionis yang menguasai industri filem telah menerbitkan beberapa filem dan beratus-ratus dokumentari berkenaan Holocaust. Bahkan filem seperti Schindler list dan night and fog sengaja tayangkan dalam bentuk hitam putih untuk menjadikan jalan ceritanya reality demi mempengaruhi penonton.
Sebenarnya, gerakan anti Holocaust tidak hanya dipelopori oleh bukan Yahudi, bahkan dikalangan mereka turut menyumbang ke arah penolakan peristiwa itu.
Seperti biasa golongan Naturei Karta, golongan Ultra Ortodok yang menyebut Holocaust tidak lain tidak bukan hanyalah sekadar konspirasi antara Zionis dan Hitler. Pihak Zionis mempunyai kepentingan untuk memaksa orang yahudi terutamanya Yahudi Ortodoks yang enggan behijrah ke Palestin.
Sebenarnya peristiwa yang berlaku pada 27 januari itu yang disambut oleh masyarakat Yahudi mempunyai kepentingan yang sengat besar kepada Zionis.
Bahkan dikebanyakan negara barat, telah digubal undang-undang mengenakan tindakan kepada mereka yang cuba menafikan peristiwa Holocaust.
Antaranya, Gemar Rudolf yang mengungkapkan kebohongan holocaust dalam bukunya The Rudolf Report pun dikenakan hukuman penjara walaupun melalui jalan penyelidikan.
Hatta ada sebahagian pengkaji yang tidak menafikan peristiwa Holocaust, namun tidak bersetuju bahawa jumlah kematian seramai 6 juta turut dikenakan tindakan.
Samada berlaku atau tidak, sedasyat yang didakwa ataupun tidak, Holocaust merupakan aset yang besar kepada Zionis. Peristiwa yang dijadikan propaganda agar dunia sentiasa simpati dengan bangsa Yahudi lantaran tidak menyedari segala tindakan luar batasan mereka.
Wednesday, December 9, 2009
Hadith Seruan Perang?

Dari Ibnu Umar R.A bahwa Rasulullah SAW bersabda,
"Aku dipe-rintahkan agar memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan bahwa Muham-mad adalah utusan Allah, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat. Jika mereka melakukan hal itu, maka terlindung dariku jiwa dan harta mereka, kecuali dengan hak Islam, dan perhitungan mereka diserahkan pada Allah.
Hadith ini merupakan antara hadith yang masyhur oleh kebanyakan ummat islam. Hadith ini turut diriwayat oleh 2 kitab yang dianggap paling sahih selepas Al-Quran iaitu sahih Bukhari dan sahih Muslim. Ada juga ulama yang mengkategorikan hadith ini bertaraf mutawatir. Maka, tidak hairanlah Imam Nawawi memilihnya sebagai salah satu hadith daripada 40 hadith pilihannya.
Dari sudut sejarahnya hadith ini pernah dihujjahkan oleh Saidina Abu Bakar kepada Saidina Umar untuk memerangi golongan yang enggan membayar zakat.
Namun, masalah yang timbul hadith ini seakan-akan bertentangan dengan nas Quran tiada paksaan dalam agama.
Hadith ini juga digunakan oleh sebahagian suara anti islam bahawa agama ini menyeru kepada keganasan dan menafikan kebebasan agama.
Untuk menolak hadith ini amat mustahil dengan tarafnya yang berstatus mutawatir dan diriwayatkan oleh shaikhan ( bukhari dan Muslim ). Maka, hanya ada satu jalan, iaitu melihat yang tersirat daripada hadith ini untuk mentakwilkannya agar selari dengan kaedah islam.
Menurut Ketua Jabatan Usuludin, Kuliyyah Syariah, Dr Muhammad Said Hawa ada beberapa takwilan dan tafsiran kepada hadith ini.
1. Ada sebahagian ulama menafsirkan hadith ini ditujukan kepada musyrikin Mekah, iaitu mereka yang menyembah berhala. Manakala Ahli Kitab bukanlah yang dimaksudkan dengan hadith ini. Maka, mereka hendaklah diperangi sehingga menerima islam ataupun membayar jizyah.
2. Pendapat yang kedua pula, melihat kepada antara asbab wurudnya adalah ketika perang. Maka, dalam suasana perang antara islam dan kafir, jika mereka yang tidak beriman inginkan perlindungan hendaklah mengucap 2 kalimah syahadah.
Kesimpulannya, pendapat kedua lebih tepat berbanding pendapat pertama yang dilihat tidak selari dengan kebebasan memilih agama yang dianjurkan oleh islam. Bahkan pendapat kedua menjadikan islam sebagai pelindung daripada ancaman.
Wallahu a’lam
Monday, December 7, 2009
Debu-debu Tanah Haram ( siri 2 )
Ntah mengapa perjalanan pergi ke tanah haram tidaklah begitu terasa waktunya, bahkan urusan di sempadan tidak terlalu lama berbanding umrah hari itu. Cumanya keadaan dalam bas agak kurang selesa. Maklumlah hanya 4 orang Malaysia dan bakinya adalah arab.
Bukan Arab Jordan, tapi Arab Mesir...
Menurut Arab Mesir, menunaikan haji melalui Jordan lebih mudah daripada Mesir. Harganya murah. Kami dikenakan bayaran sekitar JD 350 ( RM 1750 ) berbading warga Jordan kalau tidak silap mencecah JD 600 ( RM 3000 ).
Saya juga ada terdengar rakan-rakan Malaysia yang belajar di Syria sukar menunaikan haji ataupun umrah kerana masalah visa, begitu juga rakan Mesir yang terpaksa memohon begitu awal. Sedangkan di Jordan, sebulan sebelum tarikh haji, masih sempat untuk membuat keputusan.
Maka, rakan-rakan yang ada kemampuan, jangan lepaskan peluang ini.
Menjelajah bumi kerajaan dinasti Saud ini mengingatkan saya pertembungan antara 2 keturunan iaitu Saud dan Hashimi. Dahulu, 2 tanah haram diperintah oleh Raja Hussin berketuranan Hashimiyah. Baginda pernah mengisytiharkan diri Raja Arab demi membebaskan diri daripada khilafah Uthmaiyyah. Dengan bantuan British, seluruh tanah arab di'bebas'kan dari Turki Uthmaniyyah.
Yang menjadi persoalan saya, mengapa ketika keturunan Saud bersama Syeikh Mohammad Bin Abdul Wahab menghalau dinasti Hashimiyyah ke tanah gersang Jordan, British tidak pula membantu. Kasihan keturunan Hashimiyyah terpaksa menduduki negara arab tanpa minyak.
Saya merasakan tiada negara yang lebih mutlak penguasaan diraja berbanding Arab Saudi. Bayangkan daripada pemerintah hingga kepada menteri kabinet hanya khas untuk keturunan Saud.
Aliran agama dan mazhab pula mestilah yang sealiran dengan Salafiyyah Wahabiyyah.
Tiba di Madinah, terdapat penyebaran buku secara percuma. Buku yang ringkas sangat cantik kulitnya. Apa yang pasti penulisnya adalah Syeikh Bin Baz dan Syeikh Solah Uthaimin dan mereka yang sealiran dengannya.
Ketika membelek satu buku, rakan ada menegur.
" Wat, hati-hati skit,ada agenda buku tu secara percuma"
Saya tersenyum, sejak berada di UIA, fikiran saya dibasuh dengan aliran ini. Di sini pula saya dibasuh dengan aliran bertentangan pula. Kesannya, alhamdulillah, saya dapat menerima mana-mana manhaj yang baik asalkan tidak merugikan antara satu sama lain.
Apa yang mengejutkan saya apabila membaca buku itu, rupa-rupanya ulama Saudi menghentam habis-habisan ulama Jordan kerana tidak menegur pembinaan masjid di Maqam Ashabul Kahfi ( di Jordan ). Yang kedua, tulisan mereka juga mengutuk keturunan Hashimiyyah yang tidak membenarkan keturunan mereka berkahwin dengan keturunan bukan Hashimiyyah.
Untuk pengetahuan, Hashimiyyah adalah nasab keturunan Nabi s.a.w.
Ulama Saudi sangat keras dalam maslah pembinaan masjid di Kubur dan juga binaan atas kubur. Ini dianggap bid'ah dan bertentangan dengan hadith yang melaknat mereka berbuat demikian.
Maka, tidak hairanlah binaan-binaan di kubur baqi' semuanya di rombak. Bukan itu sahaja, apa-apa tempat yang mengundang kepada perbuatan syirik dilenyapkan. Khandak di Madinah dikambus, rumah kelahiran Nabi s.a.w dijadikan perpustakaan.
Walaubagaimanapun, saya tetap melihat suatu yang positif pemeliharaan terhadap 2 tanah haram itu. Biarlah bumi yang suci itu bebas daripada perbuatan syirik. Biarlah ibadat yang diamalkan asli tanpa tokok tambah.
Hakikatnya, walaupun penat pengembaraan ke tanah haram takala menyahut seruan sememangnya suatu yang membahagiakan.

Tuesday, December 1, 2009
Debu-debu Tanah Haram ( siri 1 )
Alhamdulillah, tepat jam 8 pagi, saya tiba di bumi Mu'tah setelah kira-kira 2 minggu di tanah haram. Begitu penat dan letih, namun sangat bahagia. Moga saya mendapat haji yang disebut dalam hadith sebagai haji mabrur.
Sebelum ini, pengetahuan saya berkenaan haji, ataupun fiqh haji agak kabur. Mungkin kerana tidak dibayangkan bentuk perlaksanaannya. Kini, saya dapat menulis beberapa perkara tentang haji.
Sebelum itu, saya mulakan konsep haji dari sudut perbandingan agama. Jika dilihat, hampir semua agama mempunyai tempat suci mereka dan akan disertakan dengan ritual tertentu. Sebagai contoh, masyarakat hindu amat memuliakan sungai Indus di India, Penganut Buddha pula memuliakan pohon bodhi yang dikatakan tempat turunnya 'wahyu' kepada pengasas agama ini. Masyarakat kristian pula menyucikan sungai Jordan sebagai tempat Jesus dibaptiskan. Yahudi pula masih bersemangat meruntuhkan masjid Aqsa untuk mendirikan Haikal Sulaiman mereka.
Islam pula menjadikan 2 tanah bersejarah agama ini sebagai tanah haram yang dikhaskan untuk ummat islam sahaja. Timbul reaksi daripada barat, islam bukan agama yang terbuka apabila tidak membenarkan penganut bukan islam memasuki kedua-dua bumi haram itu. Jawapannya boleh dilihat pada buku Dr Zakir Naik ( 20 most popular question about islam )
Untuk apa datang kalau enggan mengikut syaratnya kelayakkannya. Hanya syahadah sahaja untuk anda memasukinya.
Berbalik kepada haji. Ibadat tahunan ini ada beberapa perkara yang menarik. Berbeza dengan agama lain, islam tidak menyucikan apa-apa bentuk objek samada ka'bah, hajar aswad ataupun air zam-zam. Cuma ummat islam mengikutnya dengan perasaan ta'budi iaitu tunduk kepada suruhan agama.
Jika ka'bah dibom sekali pun hingga hancur, ummat islam masih tetap bertawaf di situ.
Jika air zam-zam kering sekalipun, penganut agama ini tetap akan mengunjungi Mekah.
Jika hajar aswad dicuri, tidak akan menjejaskan ibadat haji.
Ini bezanya ummat islam dengan ummat lain. Kita ada prinsip kita sendiri.Ibadat adalah ketaatan kita kepada Allah dan ikutan apa yang diajar oleh baginda s.a.w.
Yang kedua, apa yang menarik, ibadat haji satu-satunya ibadat yang mampu menghimpunkan ummat islam serata dunia pelbagai bangsa, keturunan. Konsep ibadat dalam islam berusaha untuk menyatukan antara satu sama lain. Jika dilihat ummat islam bersolat waktu yang sama, berpuasa bulan yang sama dan berzikir istilah yang sama.
Namun, semua ibadat tadi kadang kala ada tokok tambah samada usulnya ataupun furu'nya. Samada penambahan atas dasar bid'ah dholalah ataupun khilafiyyah.
Berbeza dengan ibadat haji. Seolah-olah ummat islam yang datang ke Mekah menunaikan ibadat yang satu. Ihram, Tawaf, saie, wuquf.
Sunnah, Syiah, Ibadiyyah, Salafi, Wahabi, Asyaerah masih kiblat yang sama. ( tak taulah kalo syiah taqiyyah )
Sungguh seronok melihat ummat islam.
Ramai sungguh ummat baginda s.a.w.
Namun, bagai buih di lautan..

Subscribe to:
Posts (Atom)