
Ataupun mungkin ummat islam patut menggulingkan seluruh pemimpin mereka demi memilih pemimpin baru? Namun daripada bangsa mana? Apa syaratnya?
Lupakan dahulu siapa yang akan memimpin. Cuba kita bayangkan bentuk negara islam yang bakal digagaskan.
1. Sebuah negara yang diperintah oleh monarki penuh seperti Arab Saudi dan Jordan.
2. Negara yang mempunyai sistem majlis ulama yang mempunyai kuasa penentu dasar seperti Iran.
3. Sistem presiden dan senat yang mengimbangi antara satu sama lain seperti Amarika Syarikat.
4. Raja berpelembagaan seperti Malaysia dan United Kingdom.
5. Negara persekutuan seperti Amarika Syarikat, Australia, India dan Malaysia.
5. Negara kesatuan seperti Great Britain.
Ataupun ummat islam tidak perlu kepada sebuah negara namun cukup sekadar kesatuan dan pakatan yang besar seperti EU ( kesatuan eropah ) yang mempunyai sistem presiden, parlimen, ketenteraan dan kerjasama yang sangat rapat antara semua negara. Bukan pakatan yang lemah seperti Oh I see ( OIC ).
Majlis Syura.
Perjuangan khalifah kebiasaannya di'pekej'kan sekali dengan majlis syura. Sistem ini dikatakan perlu menggantikan sistem demokrasi. Sebenarnya apa perbezaan demokrasi dan syura? Bukankah demokrasi itu berbentuk musyawwarah dan meraikan maslahat rakyat.
Oleh kerana Nas hanya menyebut syura semata-mata tanpa memperincikannya, marilah kita nilai cadangan majlis syura:-
1. Syura seperti dewan rakyat yang terdiri daripada parti politik yang menang di sesuatu kawasan.
2. Syura yang dipilih daripada khalifah terdiri daripada golongan cerdik pandai dan ulama.
3. Syura yang dianggotai oleh semua ketua negara ummat islam daripada pelbagai bangsa.
Bagaimana pula dengan pentadbiran. Perlukah diselaraskan jemaah menteri ataupun diwujudkan kuasa autonomi di sesuatu kawasan. Sumber kekayaan negara bagaimana? Sanggupkah negara teluk memberi minyak mereka sama rata kepada negara Somalia?
Antara EU dan Amarika Syarikat.
Amarika Syarikat merupakan sebuah negara persekutuan yang terdiri daripada 50 negeri. Negara ini mempunyai kekuatan dalam bidang politik, ekonomi dan ketenteraan. Hingga kini, inilah negara yang mampu mengubah iklim dunia samada politik ataupun ekonomi.
Pentadbiran negara ini diseimbangkan antara kuasa presiden di white house dan dewan senat yang dikatakan dikuasai oleh pelobi Israel. Kerajaan pusat yang berpusat di Washinton memberikan kuasa yang luas kepada kerajaan negeri setiap wilayahnya bahkan kuasa negeri lebih luas daripada kerajaan pusat. Kerana formula ini, negara ini dianggap sebagai persekutuan yang terbaik di dunia.
EU pula muncul kuasa baru mengimbangi Amarika. Walaupun bukan berstatus negara namun ciri-ciri kesatuan ini lebih kuat daripada sistem negara. EU yang bermula dengan pakatan ekonomi memperkenalkan matawangnya yang tersendiri hingga memecah monopoli dolar. Kemudian mereka meluaskan pakatan ketenteraan. Mewujudkan sistem parlimen, satu sempadan dan pilihan raya memilih presiden. Apa yang pasti juga EU mensyaratkan negara yang ingin menganggotainya mengamalkan kebebesan bersuara dan hak asasi rakyat.
Ini yang membezakan kesatuan ini dengan ASEAN.
Saya lebih cenderung agar penyatuan negara islam bermula seperti EU, bahkan mantan presiden Iran pernah mencadangkan IU agar negara ummat islam mempunyai pakatan politik, ekonomi dan ketenteraan.
Cuba bayangkan sumber petroleum di negara ummat islam namun tiada satu pun wakil negara islam dalam G8, gabungan negara ekonomi maju dunia.
Bayangkan ummat islam memegang populasi 1/4 daripada ummat dunia, namun tiada satupun kuasa veto yang diperuntukan dalam PBB untuk ummat islam.
Khalifah islam....
Masih ada harapan kah?..