" Kalaulah kita menghimpunkan pemain terbaik untk memenangi piala duta, kalau kita boleh himpunkan orang yang berkepimpinan untuk menerajui persatuan, kalau kita boleh menghimpunkan mutawwij untuk membentuk bayt muslim...."
" Mengapa kita tidak menghimpun mahasiswa-mahasiswa yang cemerlang untuk membentuk satu kumpulan ilmu dan kajian yang hebat?"
Saya masih ingat kata-kata tersebut ketika pelancaran unit baitul hikmah PERMATA. Bagaikan suatu niat murni, namun untuk mengekalkannya bukanlah sesuatu yang mudah.
Mu'tah dan perkembangan ilmi
Apabila disebut Mu'tah, banyak juga cerita menarik pelajar sini dari sudut ilmu. Kewujudan kumpulan salafi dan khalafi, penubuhan kelab diskusi ilmu, penghasilan monograf
Saya tidak begitu berani untuk menceritakan terlampau jauh memandangkan ini adalah sumber lisan dan barang kali maklumat tersebut boleh melukakan individu tertentu. Apapun suatu yang menarik jika ada persaingan antara kelompok ilmu berbanding dengan suasana mahasiswa yang tidak pedulisme.
Era 2007/2008.
Alhamdulillah, ilmiah bukan lagi sesuatu yang janggal untuk dibincangkan baik di kelas, rumah dan cafe. Saya masih ingat perbicangan Ustaz Mahadi dan Ustaz Baihaqi sentiasa menjadi tumpuan pelajar di cafe.
Begitu juga pengeluaran EF BA banyak mendapat respon daripada pelajar. Isunya lebih menarik dan membuka minda. Kelas tafaquh menerima kehadiran yang mendadak, begitu juga kelas bantuan akademik.
Bagi saya sekiranya kita cuba menonjolkan perbicangan ilmu tanpa dengan sentimen terhadap orang lain, sudah tentunya diterima. Tinggal dulu perbahasan safar mar’ah, iktilat, politik islam. Bukan isu itu tidak penting, namun membina sikap mahasiswa lebih diutamakan agar bersikap terbuka dan matang.
Pelancaran Baitul Hikmah
Akhirnya alangkah baiknya jika dapat membentuk satu kumpulan yang membincangkan ilmu, mengkaji dan melahirkan sesuatu. Tidak lupa juga sebagai akademi dalam menghasilkan para da’ie
Namun, mungkin perkiraan saya silap.
Saya sendiri pernah ditegur dan dilebel penulis kontroversi hingga pernah dicadangkan agar tidak dibenarkan menulis. Ini sedikit sebanyak menjadikan saya serba salah.
Saya mewujudkan kumpulan ahli penal, dengan menolak konsep organisasi agar tidak terbeban dan panel bebas menghasilkan sesuatu. Namun, apabila masing-masing mula dibebani dengan tanggungjawab yang lain, mungkin keutamaan itu pada yang lebih besar.
Masih saya ingat ketika seorang pelajar melontarkan kritikan bahawa kita belum layak dengan kelas tafaquh dan kelas muasirah. Jika mempertikaikan proses input dalam ilmu, bagaimanakah ingin menghasilkan outputnya?
Akhirnya..
Baitul Hikmah makin kabur.
Hari demi saya melihat. Adakah harapan saya berkubur..
Adakah saya akan mengalah?
Sunday, April 26, 2009
Saturday, April 25, 2009
ke 101: Hingga Saat Ini
Alhamdulillah, sudah masuk artikel ke 101 yang saya karang. Dalam tempoh 8 bulan,Bayu Timur sudah menerima seramai 2400 tetamu.
Ada yang meminta untuk menjadikan artikel saya sebagai rujukan dan ada yang mencadangkan artikel saya diupgratekan dengan cara meletak sumber, namun bagi saya, artikel hanyalah pencetus minda untuk menilai sesuatu secara berfikir. Jika ada fakta ataupun sumber yang tidak betul saya mengalu-alukan teguran anda.
Tidak kira apa sahaja isunya, fiqh, persatuan, catatan semuanya ke arah membuka minda agar penilaian dan tindakan kita berasaskan rasional
Disiplin Ilmu dan cabaran
Dalam menulis ada disiplin dan adabnya. Begitu juga dengan kritikan. Memang manusia cukup mudah mengkritik, apatah lagi apabila melempar tuduhan tanpa sumber dan bertopengkan nama samaran.
Bukan salah artikel atau fikrah, namun mengenepikan adab ikhtilaf menjadikan keadaan sedemikian. Lihatlah laman-laman lain yang lebih besar seperti al-ahkam.net, trengganukini dan lain-lain lagi. Adakah sunyi daripada kekecohan?
Mengapa di www.muhammadshahrulifwat.blogspot.com?
Tidak dinafikan inilah alternatif saya menulis. Saya dapat menulis dengan selesa dengan fikrah namun masih dalam skop tanggungjawab dan disiplin. Sebelum ini saya menulis di portal PERMATA dengan mencetus isu-isu untuk dibahaskan, namun mungkin mahasiswa Mu’tah masih belum matang dalam membincangkannya. Banyak komen-komen liar yang muncul
Akhirnya saya dinasihati oleh beberapa individu agar tidak menulis di situ atas alasan kontroversi. Namun lihatlah portal PERMATA sekarang. Walau apapun tahniah buat saudara Lutfi kerana mengasaskannya.
Dunia bencikan perubahan, namun perubahanlah yang menjadikannya lebih baik.
Saya tidak berminat untuk mencetuskan lagi.
Terbaik dan Memberi Manfaat
Saya bukanlah pemimpin tertinggi dalam persatuan, saya juga bukan pelajar yang paling cemerlang. Bukan pemain yang handal, bukan seorang yang ramah.
Namun, Alhamdulillah, saya dapat menyumbang tenaga dan fikrah saya dalam persatuan samada PERMATA ataupun MPPM. Saya juga antara pembimbing kelas akademik PERMATA. Saya mampu untuk berjuang dalam bidang sukan dan saya juga masih releven untuk turun kepada mahasiswa walaupun berlainan fikrah.
Sekiranya tidak menjadi yang terbaik jadilah yang memberi manfaat kepada orang lain walaupun pemberian itu tidak seberapa di sisi dunia ini.
Hari ini, esok ,lusa dan selagi berkemampuan, dakwah di alam siber akan tetap diteruskan. Ilmu akan terus disuburkan dan ukhuwah akan tetap diperjuangkan.

Monday, April 20, 2009
Pemabuk Yang Dimaafkan?
Semalam di cafe idari, saya, Dol, Ayi, Jeme, Fatin dan Mat Din sempat membincangkan sesuatu masalah.
“ Wat, Chef Wan kata, kita tidak akan terlepas daripada makanan yang dicampurkan arak di hotel hatta walaupun spegeti sekali pun” nyata Fatin adik kepada Farhana.
“ Mana boleh, kawe tanya doh dr. Hamid Majali” bersemangat Ayi membantahnya.
“ Tapi sebenarnya, arak itu sudah hilang sifat mabuknya apabila diletakkan dalam makanan?”
“ Sebenarnya arak diharamkan sebab nama ataupun sebab sifat?” Saya menimbulkan persoalan.
Minum arak tapi tak mabuk?
Minum selain arak tapi mabuk?
Melihat kepada ta’rif arak di sisi ulama, jumhur menyatakan segala perahan yang memabukkan adalah arak manakala Ulama Hanafi pula berpendapat arak hanyalah perahan daripada anggur sahaja.
Walaubagaimanapun semuanya mengharamkan segala bentuk yang memabukkan.
Ulama juga membahaskan illah ataupun sebab pengharaman arak adalah disebabkan iskar iaitu sifatnya yang memabukkan. Jika ada yang menimbulkan persoalan mampu minum tanpa mabuk, hujjah itu adalah tertolak kerana islam menghukum perkara keseluruhan dan amat sedikit orang yang minum tapi tidak mabuk.
Namun di sini, saya tidak berminat untuk membincangkan berkenaan maksud arak Cuma saya ingin menimbulkan persoalan adakah seorang pemabuk itu mukallaf?
Jumhur ulama menyatakan bahawa orang yang mabuk adalah mukallaf. Maka, jual belinya sah, talaknya jatuh dan sekiranya melakukan jenayah mereka akan dijatuhkan hukuman.
Hal ini berbeza dengan undang-undang manusia yang menganggap orang yang mabuk disebabkan minum arak tidak dihukum jika melakukan kesalahan.
Bagi Islam, walaupun orang yang mabuk sebaris dengan orang gila, tidur dan tersilap disebabkan akal mereka hilang, namun mereka dihukum perbuatan mereka sendiri yang sengaja untuk mabuk.
Bayangkan seorang yang minum arak, kemudian berzina dan membunuh orang adakah terlepas begitu sahaja? Ini juga adalah salah satu kaedah saad azzarai’ dalam islam iaitu pencegahan.
Teringat saya ketika di sekolah dahulu kisah seorang pelajar yang digantung sekolah selama 3 hari. Apabila datang ke sekolah tidak tahu menahu akan kerja rumah yang diberikan. Apabila cikgu ingin mendenda.
“ Cikgu, saya tak siap kerja rumah sebab saya digantung sekolah masa cikgu memberikannya”
Beliau tetap dirotan.

Friday, April 17, 2009
Kasihan 'Salafi'
“ Apa kata tok guru kamu salafi di Saudi” Gelak Dr. Abdul Hamid Majali.
Setiap kali ada perbezaan pendapat dengan Abdul Ilah pastinya pensyarah akan menyidir beliau dengan salafi Saudi.
Pernah suatu ketika, dalam kelas Dr. Jamal, beliau mengetuk pintu dengan perlahan kemudian ditegur oleh pensyarah. Apabila beliau keluar, Dr Jamal tersenyum sambil berkata.
“ Salafi tidak percaya majazi dalam Quran”
Abdul Ilah, dengan sentiasa berkopiah, seorang yang cemerlang dalam akademik, berjubah singkat terkenal dengan sikap beliau yang agak sukar untuk mengalah apabila bercakap. Hujahnya, mana dalil kamu?
Saya sendiri agak kecewa dengan sikap pelajar syariah sedemikian, bukan isu salafi, khalafi, syafie, hanafi namun ini adalah isu akhlak, adab dan dakwah.
Isu Salafi & Khalafi.
Saya tidak begitu berminat mendalami isu ini. Kadang-kadang bukan menambah ilmu namun perbicangan lebih berkisar menyerang antara satu sama lain.
Ketika di sekolah menengah.
“ Jangan pergi ke UIA, situ pusat wahabi”
“ Wahabi tu apa ustaz?”
“ Wahabi ni yang membidah dan mengkafirkan orang”
“ Diorang ni islam tak?”
“ Err.. Diorang islam tapi sesat”
Itu perbualan dengan seorang ustaz di sekolah, manakala ketika di UIA pula.
“ Hah, apa kata tok guru pondok kamu ifwat”
“ Bila masa pulak saya belajar kat pondok?”
“ Ala samala sekolah kamu itu. Golongan tua yang jumud”
Ketika ingin melanjutkan pengajian ke Jordan.
“ Nanti kalau kamu balik dari Jordan jangan bid’ah kan orang pulak”
“ Sana tempat salafi”
“ Orang Jordan ni bila balik Malaysia tak reti baca kitab, orang suruh ngaja kita arab nak ngaja kitab jawi”
Nak je saya jawab “ikut aku la, aku tak habiskan duit kamu pun”.
Di Universiti Mu’tah, saya dapat melihat sedikit kelainan tenaga pengajar. Ada yang salafi, ada yang asyaierah. Namun, saya melihat manhaj yang sederhana di sini.
Manhaj yang lebih sederhana. Mengiktiraf Ibnu Taimiyah, Albani, Muhammad Bin Abdul Wahab, Imam Abu Hassan Asya’ari, Sheikh Buti dan lain-lain.
Manhaj yang sederhana dengan bermazhab namun tidak terikat dengan sesuatu mazhab. Manhaj yang memperjuangkan tauhid yang mudah seperti yang diperjuangkan oleh salafi, namun tidak menafikan kepentingan ilmu mantiq dalam perbahasan akidah seperti manhaj Asyaierah.
Bermazhab Syafie, namun jika tidak membaca qunut tidak dilebal wahabi.
Berzikir selepas solat, namun tidak dilebal pembuat bid’ah.
Asyaierah ada jasanya dalam menolak hujjah-hujjah golongan falsafah.
Salafiyyah ada jasanya dalam permunian sifat-sifat Tuhan.
Muhammad Abdul Wahab ada jasanya dalam membersihkan amalan khurafat di kota suci islam.
Anda apa pula jasa anda dalam islam?
Ataupun jawapan Dr. Abdul Rahman Kailani lebih sesuai
“ Kamu bertegang urat semata-mata salafi ataupun asyaierah ni, adakah ianya menambahkan iman kamu?”

Wednesday, April 15, 2009
Ayuh SBB, Kita Masih Digeruni
Kesibukan dengan pengurusan KARISMA tidak menghalang saya meneruskan latihan bersama SBB. Setakat ini sudah 2 kali saya menulis berkenaan SBB diblog ini.
Sekarang sudah masuk tahun ketiga saya bersama mereka, mungkin antara pemain senior. Sesekali terpandang piala pusingan dato’ duta yang begitu megah telah menjadi milik kami setelah 3 tahun berturut-turut mengungguli kejohanan piala duta.
Kenangan cukup manis bersama team ini. Saya dapat merasai semangat berjuang, kerja berpasukan, patuh kepada ketua dan lain-lain yang mana agak sukar untuk merasai semua ini dalam persatuan.
Abang Fahmi, Papa dan Abang Ije sudah pulang ke Malaysia, namun saya masih merasai semangat mereka. Saya masih ingat betapa marahnya papa takala kami bermain dengan penuh leka menentang pasukan Amman. Begitu juga Abang Fahmi yang memarahi Ayi dan saya sendiri ditegur oleh Abang Ije. Kami tidak pernah terasa dengan kata-kata mereka, bahkan makin bersemangat.
Hari ini, kami masih mempunyai pelapis dan penganti mereka. Hari ini juga kami kehilangan apa yang digelar ‘mesin gol’ SBB. Ramai yang kecewa, namun saya merasakan jodoh ‘dia’ dan team kita sudah berakhir. Hormatilah keputusannya untuk membawa haluan baru.
Mungkin hikmahnya, kita perlu buktikan pasukan kita bukan dibina atas individu tertentu. Kita menghargai akan jasa mereka, namun kita ada kekuatan team kita sendiri. Kita buktikan yang kita masih relevan dan digeruni.
Mungkin juga kita patut memberi peluang kepada mereka yang sering memanaskan bangku simpanan untuk membuktikan bahawa mereka bukan sekadar memenuhi nama di borang pendaftaran.
Kita sedar apabila ruang pemain import dibuka, ramai yang ingin membina the dream team. Teruslah, kami sebagai penganjur mengalu-alukan semangat sukan anda semua.
Memang kami menyambut anda dengan ukhuwah. Bahkan tema itulah yang kami laung-laungkan.
Namun, ada beza antara ukhuwah dan perjuangan.
Untuk menyerahkan title kejuaraan kepada anda, kami telah pun menyediakan jalan yang sangat sukar.
Pertahanan kami masih tidak berubah. Ayi, Pendi dan Syafiq sudah pun membotakkan kepala. Miqdad pula tampak berstamina selepas pulih daripada kecederaan lutut. Kudin membuktikan gol jarak jauhnya. Fatin masih laju untuk mengkucar-kacirkan pertahanan kiri lawan.
Tunggulah nanti kelajuan Rozaimi dan Rabbani, mampukah anda menyekatnya. 2 pemain baru Nayi dan Najmi tampak serasi bersama kami.
Kami menanti anda dengan senyuman ukhuwah, namun dengan semangat perjuangan yang sentiasa menyala-nyala

Tuesday, April 14, 2009
Ta'sub Mazhab : Sesuatu Yang Positif?
Dalam kelas halal wa haram Dr Syuesh Mahamid baru-baru ini, kami membincang tajuk asobiyah yang merupakan sifat tercela dalam islam. Asobiyah di sini merujuk kepada sikap ta’sub kepada kabilah ataupun kaum dan menolong mereka samada dalam perkara yang benar ataupun batil.
Tiba-tiba Rozaimi, salah seorang pelajar tahun 1 bertanya.
“ Dr, bagaimana pula dengan ta’sub mazhab”
“ Suatu perkara yang bagus” Jawab beliau dengan ringkas.
Saya kehairanan. Bagaimana pula boleh dikatakan bagus sedangkan dengan ta’sub mazhab lahirnya hadith-hadith palsu yang menghentam imam-imam lain. Kita juga tidak lupa bagaimana di masjidil haram boleh wujud 4 mimbar berdasarkan mazhab masing-masing. Lagi parah hinggakan lahir fatwa melarang solat dibelakang imam yang berbeza mazhab. Ini semua gara-gara gejala ta’sub yang menebal.
Tiba-tiba beliau menyambung lagi.
“ Itu lebih baik daripada kamu tiada pegangan langsung. Orang yang ta’sub ini dengan syarat tidak memburukkan mazhab lain lebih baik daripada orang yang hanyut”
Kalau itu fikrahnya, memang tepat. Hal ini mengingatkan saya satu perkara.
“ Apalah perbalahan salafi khalafi ini. Aku dah lama tinggal semua perbalahan ini” sinis seorang kawan takala saya berbincang berkenaan isu ini.
“ Jangan cakap besarlah, usul fiqh pun tak ambik lagi. Kamu tau ke khilaf antara mereka?”
Kadang-kadang ramai juga dikalangan kita yang cuba menjadi jaguh dengan tidak melibatkan dengan mana-mana aliran atau mazhab dalam islam. Mereka seolah-olah memperlekahkan ulama-ulama yang masih membincangkan isu ini. Tak kirala samada mazhab akidah ataupun fiqh.
Sedarkah mereka, semua ulama terkenal di dunia ini menyatakan pendirian mereka samada dalam mazhab fiqh ataupun aliran akidah. Sheikh Al-Qaradhawi mengisytiharkan diri beliau sebagai seorang salafi, namun beliau tidak berminat untuk mengkritik khalafi. Sheikh Ramadhan Buti juga menyatakan pendirian beliau dalam asyaeirah. Jadi siapakah anda untuk memperlekehkannya?
Yang jahil dan sombong sebenarnya adalah anda.
Bukan Perbezaan Tapi Kepelbagaian.
Apabila disebut perkataan khilaf ataupun perbezaan ianya tetap memberi gambaran negatif. Mungkin perkataan tersebut lebih baik diganti dengan perkataan kepelbagaian.
Jika dinyatakan khilaf bentuknya agak sempit dan kadang-kadang memberi gambaran kepada kita hanya ada yang benar dan salah sahaja.
Namun, jika menggunakan kepelbagaian, nampak kita mempunyai khazanah yang besar dan memberi peluang dan ruang yang luas untuk orang memilihnya.

Monday, April 13, 2009
Impian KARISMA
Sejak kebelakangan ini saya amat lega dengan perkembangan KARISMA 09. Dari sudut sambutan di blog, penyertaan, persiapan dan sokongan tampak begitu positif. Kadang-kadang terasa terharu melihat AJK-AJK yang bekorban untuk memastikan perjalanan temasya kali ini membuahkan hasil. Sekarang Mu’tah dilanda kesibukan dengan imtihan thani, ma’rad thaqafi dan KARISMA.
Penyertaan telah pun dihantar walaupun beberapa hari sebelum itu suasana agak tegang antara pimpinan. Ini semua berpunca dengan syarat pemain import yang kami wujudkan. Kami sekadar pengajur perlu bertindak adil tanpa mencampuri urusan persatuan zon.
Ukhuwah makin dilaung-laungkan. Ada yang berpantun, ada yang berkias, ada yang menulis, ada yang mengaitkan dengan tuntutan agama. Namun, semua itu sebelum KARISMA. Kita tidak tahu apa yang berlaku pada 1 & 2 Mei. Mampukah semangat ukhuwah ini terus bertahan?
MPPM sudah pun berubah landskap. Kepimpinannya sudah dibuka untuk semua mahasiswa se Jordan. Semua menyaksikan mesyuarat agung MPPM sesi lepas. Namun komposisi mahasiswa di Jordan ini tidak sekata kadang kala boleh mengundang sesuatu yang negetif. Maksud saya, boleh jadi akan berlaku perebutan ataupun monopoli dalam menerajui MPPM nanti.
Bukan salah pimpinan lepas dan juga bukan salah pengundi. Hatta saya sendiri baru-baru ini tidak kenal semua calon akhawat MPPM. Tentunya zalim memangkah kertas undi tanpa mengetahui siapa mereka.
Amat malang sekali apabila Minggu Haluan Siswa ( MHS ) gagal menghimpunkan seluruh mahasiswa tahun 1. Dengan masalah kewangan, bulan puasa dan kehendak MSD dan MPPM sesi lepas sendiri, kami terpaksa akur.
Namun, luka itu cuba diubat dengan PERTAMA 09 di Irbid. Tidak kira apa matlamat penganjur dan pimpinan MPPM waktu itu, saya tetap mengharapkan persidangan tersebut mampu membina perpaduan antara kita. Walaubagaimanapun, semangat untuk ilmi berbeza dengan semangat untuk sukan.
Akhirnya, tibalah masa saya sendiri diberi peluang mengadakan program MPPM apatah lagi sebuah program sukan. Saya tidak ingin menyatakan apa yang berlaku pada KARISMA lepas kerana bukan semua orang boleh menerima perkataan “ muhasabah”. Yang lepas biarlah berlalu. Inilah masanya untuk membina kembali ukhuwah. Cukup sekadar apabila tetamu ini pulang, tuan rumah mempunyai nombor telefon mereka dan tetamu ini pastinya akan menjemput tuan rumah ke zon mereka.
Sekiranya KARISMA berlangsung dengan tautan mahabbah dan ukhuwah tanpa mengenepikan semangat sukan, tentunya AGM MPPM akan menampakkan kejayaan dan Badan ini akan terus relevan di mata mahasiswa.
“Saya Datang Kerana Ukhuwah”

Tuesday, April 7, 2009
Ukhuwah & The Dream Team
Syafiq berubah muka, Ayi menggaru kepala, Pendi tidak berkata-kata. Cukup besar tekanan semalam. Namun, semua itu dipendam antara kami. Bukan tidak ingin dikongsikan, tapi tahap ukhuwah kita semua masih lagi belum dibanggakan.
" Sejak 3 minggu blog KARISMA dilancarkan, saya sendiri tidak nampak 'ukhuwah' itu" MOD mengadu dalam mesyuarat.
Adakah disebabkan perkataan tersebut berasal daripada bahasa arab menyebabkan panas telinga sebahagian kita mendengarnya? samalah dengan perkataan 'thiqah', 'jemaah' dan lain-lain perkataan saduran arab menyebabkan perasaan menyampah dalam hati diterjemahkan kepada indah khabar dari rupa.
Ataupun saya yang tersilap memilih tema tersebut?
Ataupun ianya terlalu umum sehingga begitu ramai yang mentafsirkannya?
Ataupun matlamat sukan terlalu janggal untuk dilebal sedemikian?
" Wat, kita tunjuk kat budak Irbid yang makanan kita lebih baik daripada mereka"
Adakah cadangan oleh pelajar Mu'tah itu resepi pemulihan ukhuwah kita?
" Ada budak Irbid cadangkan biarlah KARISMA ini diadakan di Irbid sahaja kerana mereka ada tenaga, kemudahan dan sukan pun 'grand'"
Adakah saya berfikiran kuno dengan idea sukan di 'pekan kecil' ini dengan hasrat untuk menyatukan ukhuwah?
Bukan soal Irbid, Mu'tah, Mafraq dan Amman tempatnya ataupun orangnya..
Kegagalan MPPM menghimpunkan MHS di suatu pusat memang besar kesannya. Harap KARISMA penawarnya.
Lupakan sementara soal tema itu, kami yang mencadangkan dan tunggulah peserta yang merealisasikan.
Kita Sudah Jauh
Gerak kerja KARISMA sudah lama bergerak, tidak mungkin dengan beberapa masalah teknikal kami akan mengalah. Apabila diisytiharkan ini adalah ' the dream team', sudah tentu perjuangan ini bukan dihidangkan dengan permaidani merah.
Permintaan pihak kedutaan dan MSD kita sahut kalau itulah caranya memupuk 'ukhuwah' antara pegawai dan mahasiswa.
Permintaan mahasiswa Malaysia Jordan kita cuba tunaikan jika itulah ramuannya untuk menghasilkan 'ukhuwah'.
Tekanan itu kami sahut, sebab hasilnya untuk ukhuwah se Jordan. Namun jika anda mensyaratkan agar kami terpaksa mengubah identiti kami, memperlekehkan keputusan team kami, maaflah, kami tidak berminat dengan sumbangan anda.
KARISMA itu milik MPPM..
MPPM itu terjemahan daripada mahasiswa se Jordan.
Maka, KARISMA ini ukhuwah mahasiswa se Jordan.
" Saya Datang Kerana Ukhuwah"

Saturday, April 4, 2009
Ada apa dengan ASEAN?
Semalam, mesyuarat KARISMA diadakan di rumah Dato' Abdul Malek, Duta besar Malaysia ke Amman. Setelah membentangkan gerak kerja dan perancangan, dato juga menceritakan hal ehwal diplomatik dan kedutaan.
Apa yang jelas ikatan Malaysia dan rakan-rakan negara ASEAN cukup rapat. Daripada pelajar hinggala kepada duta. Sehinggakan ada cadangan agar diwujudkan majlis kedutaan ASEAN di Jordan ini. Dari sudut pelajar pula, pelbagai program-program yang dijalankan bersama antara pelajar negara Thailand dan Indonesia. Mungkin kita berkongsi bahasa dan kita dari rumpun bangsa yang sama.
ASEAN ditubuhkan 8 Ogos 1967 setelah beberapa pertubuhan serantau sebelum ini menemui kebuntuan. Ditubuhkan atas prinsip hormat antara satu sama lain dan tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota, pertubuhan ini berpusat di Jakarta, Indonesia. Dengan populasi penduduk seramai 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi, ASEAN masih lagi pertubuhan yang 'kecil'.
Kelainan ASEAN berbanding pertubuhan lain adalah dari sudut ideologi dan agama ahlinya. Jika dilihat EU dianggotai oleh negara-negara barat beragama kristian dan berbangsa eropah. Liga Arab pula dibentuk oleh negara-negara arab. Begitu juga OIC yang terhasil daripada negara-negara islam.
Kita berbangga dengan kepelbagaian dalam ASEAN namun, semua itu kadang-kadang tidak begitu indah. Antaranya:-
1. Negara-negara Islam ASEAN ( Malaysia, Indonesia dan Brunei ) tidak dapat membela masyarakat islam di selatan Thai atas dasar piagam ASEAN tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota.
2. Begitu juga penindasan umat islam di Myammar, Filipina, Laos dan Kemboja. Kita hanya berdiam diri.
3. Dari sudut ekonomi jurang antara ASEAN masih jauh. Singapura, Brunei, Malaysia jauh kehadapan berbanding Indonesia, Laos dan Kemboja. Hingga sekarang negara ASEAN masih belum bersetuju mengeluarkan satu matawang seperti euro di EU.
4. Sentimen antara negara masih wujud. Sebagaimana Malaysia mencurigai Singapura. Myammar memerhatikan Thailand dan yang terbaru pertempuran antara tentera Thailand dengan Kemboja. Filipina juga masih mengimpikan sabah. Beberapa tahun lepas armada perang Indonesia menghampiri Malaysia semata-mata perebutan telaga minyak.
5. Ideologi yang berlainan seperti Myammar sebuah negara ketenteraan turut mengundang rasa tidak senang negara-negara demokrasi lain. Lantas memberi lampu hijau kepada US untuk masuk campur dalam urusan negara tersebut.
Namun begitu, ASEAN masih ada kerjasama ekonomi, visa dan juga sukan.
Sukan SEA masih relevan dan mendapat sambutan oleh semua masyarakat ASEAN
Bagaimana dengan MPPM?
Relevenkah sukan sebagai penyatuan kita?
" Saya Datang Kerana Ukhuwah"
Subscribe to:
Posts (Atom)