Sehingga kini, apabila saya memperkenalkan “ Saya Datang Kerana Ukhuwah” sebagai tema rasmi KARISMA, banyak respon yang diterima. Ada yang positif dan tak kurang juga yang memperlekehkannya..
Bagi yang negetif hanya melihat sebagai penyedap kata apatah lagi diperkenalkan dalam kejohanan sukan. Namun, masih ramai yang menganggapnya positif dan ada yang mentafsirkannya dengan realiti MPPM dan masyarakat Jordan sekarang.
Mungkin ini sebabnya:-
1. Pengalaman KARISMA lepas yang menyaksikan tahap asobiyah yang menebal dikalangan mantiqah.
2. Minggu Haluan Siswa yang diadakan mengikut zon menyebabkan mahasiswa tahun1 tidak begitu mesra antara satu sama lain.
3. Kesedaran dan tautan ukhuwah yang lemah dikalangan mahasiswa Malaysia Jordan. Dengan universiti yang berbeza, mantiqah yang berselerak, masa yang padat menyebabkan agak sukar untuk berhimpun bersama.
Terima kepada yang memahami. Maaf kepada yang tersalah faham. Moga yang positif akan menjadi kenyataan.
Semalam diadakan mesyuarat KARISMA kali ke 5. Pelbagai perkara yang dibincangkan dari sudut teknikal dan persiapan. Di akhir mesyuarat saya menjemput beberapa pelajar untuk memberikan ucapan. Yang terakhir adalah Mohd Afendi Bin Mat Zin.
Berikut adalah ucapan beliau.
“ Saya sebenarnya bercakap sebab meraikan permintaan pengarah walaupun saya sendiri yang ingin bercakap”
“ Saya belajar di sini sejak tahun 2000, ketika itu belum ada lagi sukan berpusat seperti KARISMA ini, semua sukan mengikut mantiqah. Misalan Irbid pada bulan 2 dan Mu’tah pada bulan 4”
“ Cuma pada tahun 2002 ada suara-suara mendesak agar diadakan sukan berpusat, maka lahirlah piala duta”
“ Sebelum piala duta, saya hanya kenal beberapa orang sahaja pelajar Irbid dan Mafraq, selepas itu barulah saya kenal ramai”
“ Memang sukan antara wasilah ukhuwah dan saya menyokong benar tema kali ini, Saya Datang Kerana Ukhuwah”
Terima kasih Ust Afendi, saya di pihak MPPM dan KARISMA akan cuba sedaya upaya untuk menyerapkan semangat ukhuwah dikalangan kita semua. Terima kasih yang tak terhingga juga buat Dr. Faezah, Timbalan Presiden 2 MPPM atas artikel ukhuwah yang disumbangkan untuk KARISMA.
“ Saya Datang Kerana Ukhuwah”.


