Saturday, February 28, 2009

The Dream Team

Manusia secara fitrahnya tidak akan mampu bersendirian dalam menjalani kehidupannya. Manusia perlukan kawan samada sedikit ataupun ramai. Saya memilih untuk sentiasa bersama sesuatu kumpulan berbanding berkawan dengan seorang kawan baik.


Yang paling menggembirakan apabila membentuk ataupun menyertai sesebuah pasukan. Kita tidak bersendirian, kita tidak berdua, namun kita mempunyai satu pasukan yang melengkapi antara satu sama lain. Berkongsi impian, bergerak seiringan dan bergembira bersama. Inilah yang dinamakan pasukan impian ( The Dream Team ).

Pasukan ini mempunyai tujuan tertentu dalam menggapai sesuatu impian. Sama ada impian itu besar ataupun kecil, dengan the dream team, kita akan sentiasa bersikap positif kerana tidak menghadapinya bersendirian.

Masing-masing mempunyai kelebihan semula jadi yang berperanan dalam menggerakkan pasukan ini. Mereka mengetahui dimanakah peranan mereka, kekuatan mereka. Mereka bukanlah berperanan tertentu apabila dilantik.

Pasukan impian juga cukup sekadar mempunyai seorang ketua yang mampu mengatur ahli pasukannya dengan baik. Ketua juga berperanan sebagai simbolik penyatuan manakala kekuatan dilihat pada seluruh pasukan.

Apabila berjaya dalam misinya, semua akan merasai kegembiraan tersebut, namun apabila tewas, mereka akan berkata” kita telah berusaha”.

Saya melaluinya dan akan terus mengimpikannya…

Hidup lebih bermakna..

Road to KARISMA…

Tuesday, February 24, 2009

Satu Catatan

Semalam merupakan pengalaman cukup manis yang pertama kali saya alami setelah berada di bumi Jordan ini. Kapten Tolal, menjemput saya bersama beliau hadir ke majlis sambutan Hari Lahir Raja Abdullah peringkat Karak.

Dia meminta saya bercakap mewakili kelabnya sebagai promosi. Saya hanya mengikut sahaja walaupun terpaksa ponteng kelas, namun ini pengalaman yang mungkin kali pertama dan terakhir di Jordan ini.

Kabilah Lebih Kuat Daripada Pihak Berkuasa?
Dalam perjalanan, van kami ditahan oleh pihak polis, saya begitu risau memandangkan pelajar Malaysia Jordan kini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan.

" Aku tidak akan bagi kad pengenalan aku. Kalau aku nampak kamu di kampung aku, matilah kamu. Aku daripada Kabilah Qarallah."

" Kami hanya menjalankan tugas. Kamu terlebih muatan ni. Kamu nak ke mana?"

" Kami ingin mengadakan persembahan sempena hari keputeraan Raja"

" Apa keputeraan raja?!"

" Dengar semua, polis ini menghina raja kita!!"

Saya begitu risau, perkataan kurang enak mula keluar. Akhirnya polis yang terpaksa akur. Memang tidak dinafikan keadaan di karak ini, keta'suban kabilah sangat kuat. Baru-baru ini 3 buah kereta perisai di Mu'tah gara-gara perang kabilah.

Raja oh Raja.
Majlis disertai oleh ahli parlimen, ketua-ketua kabilah, pihak universiti, ketua askar dan ketua polis. 5 minit sebelum program bermula berlaku pergaduhan betul-betul di hadapan tetamu kehormat, namun berjaya dileraikan oleh pihak polis.

Ketika sesi Ahli Parlimen berucap suasana sangat bising. Para tetamu langsung tidak mengendahkan. Mereka tidak sabar-sabar untuk melihat persembahan.

Persembahan semuanya berbentuk nyanyian. Penonton masuk ke pentas menari. Bangsa arab ni pakaian dah nampak moden, namun lagu masih tradisional. Kemudian tibalah giliran saya untuk mewakili kelab. Saya hanya diminta bercakap dengan skrip yang sudah ada.

Namun, apa yang memeranjatkan saya, tetamu-tetamu kehormat ini berdiri. Antara ucapan saya.

" Saya muhammad Shahrul Ifwat, pelajar tahun 2 di universiti Mu'tah. Saya sangat kagum dengan masyarakat Jordan. Saya juga sukakan Raja Abdullah. Saya mewakili Kapten Tolal dan anak buahnya yang akan mengadakan satu persembahan. Semoga terhibur"

Seluruh penonton bersorak dan bertepuk tangan apabila saya menyatakan saya sukakan raja mereka.

Jika dibandingkan dengan program malaysia di sini sangat jauh bezanya. Namun ada ada satu perkara yang saya rasa program arab lebih baik iaitu:

Program yang tidak menyediakan makanan berat. Hanya air kosong dan kopi arab sahaja. Berlainan dengan program pelajar malaysia, mesti disediakan makanan.

Hmm..

Semoga Bangsa Arab kembali kepada islam

Sunday, February 22, 2009

Demokrasi Ala Arab

"Anda dikatakan memerintah dengan kuku besi" tanya dengan penuh berani wartawan Al-Jazeera kepada Bashar Asad, Presiden Syria.

" Mana ada, saya menjalankan pungutan suara rakyat dalam memilih saya" Jawab beliau dengan penuh bangga.

Sekiranya soalan tersebut daripada wartawan Syria, pasti akan meringkuk dalam penjara bawah tanah. Sebut sahaja negara arab akan tergambar pemimpin yang mengamalkan kuku besi, menindas rakyat dan berlaku zalim. Rakyat juga disuruh mengagung-agungkan mereka.

Teringat dialog saya bersama Ahmad di Konya, Turki.

"Mengapa kamu telalu ta'sub sangat dengan Atarturk, mana-mana je jumpa patung kepala dia".

"Kamu tidak adil ifwat, Kamu tinggal di negara Arab. Mereka lagi taa'sub dengan raja mereka"

Betul juga pandangan Ahmad. Balik saja ke Syria penuh dengan poster Basyar dan Ayahnya Hafiz Asad. Tiba sahaja di Jordan, penuh dengan Gambar Raja Abdullah, seolah-olah orang Jordan menganggap raja mereka adalah raja sedunia. Apabila ke Arab Saudi kita akan mendapati poster Raja Abdullah. Begitu juga Mesir penuh dengan poster Mubarak.

Hanya poster dan tugu pemimpin negara sahaja yang dibenarkan. Bahkan tokoh-tokoh lalu yang bertentangan dengan pemimpin sekarang akan dihapus kesannya di mata rakyat.

Saya cuba bayangkan jika Malaysia hanya ada poster Pak Lah sahaja. Bagaimanakah reaksi pembangkang? Walaupun Malaysia dikritik dengan pilihanraya yang tidak bersih dan penggunaan jentera kerajaan, namun masih bernasib baik jika dibanding dengan negara Arab.

Berbalik kepada cerita Presiden Basyar, sebenarnya yang melucukan saya pengutan suara menunujukkan hampir 97% menyokong beliau. Dengan pemerintahan yang sebegitu logikkah keputusan pungutan suara tersebut?

Chavez yang dianggap hero Venuzuala pun mendapat 54% daripada pungutan suara. BN yang sentiasa mengungguli pilihanraya umum di Malaysia tidak pernah melepasi 60% undi populor.

Saya sendiri tidak pasti mengapa saya menulis artikel ini. Mungkin kerana rindukan tanah air.

Cabaran KARISMA

" Ok, kita putuskan KARISMA diadakan waktu cuti dan ifwat sebagai mas'ul." kata Presiden MMPM.

KARISMA ataupun nama panjangnya Karnival Sukan, Akademik dan Budaya merupakan acara tahunan MPPM selain PERTAMA. Karnival kali pertama dianjurkan di Bandar Irbid tahun lepas. Untuk kali ini pihak MT MPPM bersepakat untuk memilih Mu'tah sebagai tuan rumah.

Mampu ke Mu'tah?
Berdasarkan rekod yang terdekat, Mu'tah tidak pernah mengadakan program yang menampung lebih daripada 300 orang peserta.

Mu'tah juga mempunyai venue sukan yang berselerak dan jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini pasti akan mengambil masa program dan meningkatkan jumlah kewangan perhubungan. Venue juga belum pasti semuanya akan dapat digunakan.

Cabaran yang terbesar juga adalah kewangan. Kejohanan ini menurut jawatankuasa kira-kira yang diketuai oleh Faiz memerlukan sekurang-kurangnya JD 8000. Namun, sehingga kini, MSD menyatakan jumlah tersebut terlalu tinggi.

Selain itu juga saya turut risaukan keadaan cuaca yang mungkin tidak menentu di Mu'tah ini. Sehingga kini salji masih belum turun dan menandakan musim sejuk agak lambat berakhir. Sekiranya jatuh pada musim bunga kemungkinan angin yang kuat akan mengganggu beberapa acara penting seperti bola sepak.

Pernah juga terbit dalam hati saya
" Bagi kat mantiqah lain la"

Namun,apabila mendengar kata-kata mereka.

" Jangan jadikan masalah kewangan sebagai halangan mengadakan program" kata pengarah MSD.

" Wat, kita buktikan Mu'tah mampu lakukan" sahut Pendi sehinggakan semua orang tergelak.

" Ni untuk pulihkan imej Mu'tah yang selalu tercalar" kata Ayi.

" Seronok sebenarnya wat program macam ni" gelak Amzari.

" kak Wa nak contact jurulatih kat Malaysia" YM k.wa kepada saya.

Apabila melihat ramai AJK yang komitmen, Semangat yang berterusan,tidak seharusnya saya lemah semangat.

2 bulan lepas kami selesai mengadakan kajian. Sudah 3 kali perjumpaan diadakan. Kertas kerja telah pun dibincangkan dengan pengarah MSD. Gerak kerja terus berjalan. Hari-hari saya melangkah. Bukan saya tapi kami. Saya tidak bersendirian. Mereka bersama saya.

Maka, Mengapakah harus mengalah dan merasa dikalahkan?

Road to KARISMA..

Saturday, February 21, 2009

Terima Kasih Kawan-kawan

Sebenarnya mungkin tulisan ini lapuk kerana hari lahir saya telah pun 5 hari berlalu. Ust Afendi telah mencoretkannya dalam blog beliau. Sangat menarik tulisan beliau.

Cuma, apa yang saya ingin ceritakan bagaimana manisnya ukhuwah dan persahabatan. Lagi-lagi kita jauh daripada keluarga tersayang di Malaysia. Sejak umur saya 22 tahun, tidak pernah merasai sambutan hari lahir sedemikian. Ahli rumah yang bertungkus lumus menyiapkan hidangan. Hayyei yang menjadikan keadaan riuh, Pendi, Mizi dan ramai lagi. Kehadiran tetamu sekitar 30 orang. Penuh dengan gelak ketawa.

Walaupun begitu ada sedikit suara sumbang dari belakang. Ada yang menyatakan saya akan membawa budaya menyambut hari jadi yang melampau-lampau di Mutah. Ada juga yang menyindir mengapa membesarkan bulan 'orang putih' daripada bulan islam.

Maafla, saya tiada komen. Semua yang datang meraikan saya dan ahli rumah. Dalam 3tahun hanya sekali rumah saya mengadakan jamuan. Bukankah majlis itu didahului dengan solat hajat dan doa selamat? ke itu semua bidaah? No komen.

Karana saya sangat menghargai kawan-kawan seperjuangan saya. Saya gembira apabila bersama teman-teman. Kerja berpersatuan di sini memerlukan sokongan kawan agar kita tidak tumbang berkhidmat untuk orang. Meraikan mereka sangat penting, suatu hari nanti mereka akan meraikan kita. Bukan itu yang dicitakan,namun itu jawapan kepada ukhuwah.

Sememangnya misi saya kali ini samada diri sendiri ataupun persatuan khasnya MPPM adalah ukhuwah se Jordan. Saya gembira setiap kali ke Irbid dan Mafraq. Kita diraikan kerana kita bekorban untuk ukhuwah. Masa, tenaga dan wang tiada nilai dengan ukhuwah.

Untuk KARISMA kali ini yang berlangsung di Mutah temanya " Saya datang kerana ukhuwah "

Ayuh kawang-kawan

Tuesday, February 17, 2009

Yang Tersirat Pada PERTAMA

Alhamdulillah, Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia se Jordan ini telah pun melabuhkan tirainya. Dengan masa, wang dan tenaga yang dikorbankan, segala kerisauan Presiden MPPM dan Ketua Biro BPMA sudah pun hilang. Tahniah kepada pengarah dan seluruh yang menjayakan program ini. Bagi saya inilah program MPPM yang terbaik sepanjang saya berada di sini.

Yang Tersirat Pada AJK.
Bagi penilaian saya, pihak AJK telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Saya suka melihat gerak kerja AJK yang berbentuk kerjasama dan cekap. Begitu juga sikap ramah mesra dalam menerima kunjungan tetamu. Dari sudut makanan, penempatan dan pengurusan masa menunjuk bagaikan ada suatu muhasabah yang baik. Mungkin muhasabah daripada KARISMA sebelum ini. Namun, apa yang terbaik, kebijaksanaan pihak penganjur mencari penyelesaian apabila perjalanan program terganggu oleh pihak berkuasa.

Yang Tersirat Pada Pengisian.
Inilah yang menjadi tulang belakang PERTAMA. Saya melahirkan penghargaan kepada perwakilan mahasiswa luar negara yang menghantar pembentang terbaik dan berpengalaman. Saya tertarik dengan kebanyakkan pembentang tidak merungut dan bersikap professional dengan kesempitan masa. Lebih menarik perhatian saya apabila pembentang bijak menukarkan beberapa istilah yang dianggap bahaya yang mendapat perhatian daripada pihak keselamatan. Tidak lupa juga tahniah kepada Dr. Faezah dan Ustazah Adawiayah kerana sebaris dengan pembentang mahasiswa lain.

Untuk forum, saya tidak menyangka kekalutan saya dalam mengendalikan forum mendapat pujian daripada ramai pihak kerana menganggap tingkah laku tersebut menceriakan dewan.

Berkenaan resolusi, saya tidak nampak kecacatan padanya walaupun tanpa perbahasan. Resolusi sedemikian lebih cantik dan menyeluruh daripada suara peserta. Apa guna berdebat dan berbahas dengan penghasilan resolusi lebih dipengaruhi oleh sikap keta’suban sesuatu ‘kumpulan’.

Mungkin ini dinamakan konsep win-win

Yang Tersirat Pada MPPM.
Berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh perwakilan luar, saya berpendapat MPPM berada dalam zon yang sangat selesa ataupun mungkin boleh dikatakan ‘manja’. Perwakilan Madinah menceritakan bahawa undang-undang yang ketat daripada negara tersebut menyukarkan pembentukan persatuan pelajar. Persatuan dari Syria pula menghadapi masalah visa pelajar daripada pihak berkuasa. Mesir pula dengan hubungan yang tidak begitu erat dengan pihak berwajib Malaysia.

Maka,dapatlah disimpulkan MPPM di Jordan sangat selesa. Kewangan yang hampir 100% bergantung kepada MSD dan kemudahan insfranstruktur daripada kerajaan tempatan.

Yang Tersirat Pada Mahasiswa Jordan.
Saya merasa lega dengan sikap peserta yang hadir tanpa membawa nama mantiqah. Ini satu perkara yang menarik bertepatan dengan misi ukhuwah se Jordan. Betapa mesranya dalam suatu kelompok ada Mafraq, Irbid, Mu’tah bahkan daripada Amman. Selain itu juga, dikalangan kami ada membincangkan untuk meng’MPPM’kan seluruh ahli. Bermakna mungkin MPPM akan menjadi persatuan tunggal di Jordan ini. Namun usaha ini tidak sepatutnya bergerak dengan agrasif.

Tahniah PERTAMA!

Road to KARISMA..

Monday, February 9, 2009

Lakukan Ibadat Tanpa Banyak Soal?


Antara kaedah utama dalam konsep ibadat adalah " Asal Bagi Ibadat Adalah Tawaquf ( Tidak melaksanakan ) melainkan jika bersandarkan dalil". Hal ini kerana:-

1. Amalan ibadat tidak dapat difikirkan dengan akal akan sebabnya, maka perlaksanaannya berdasarkan taabudiah iaitu tanpa banyak soal. Contohnya bilangan rakaat dalam solat yang berbeza-beza tanpa diketahui sebabnya. Selain itu juga dapat dilihat perbuatan solat, bulan ramadhan sebagai bulan wajib berpuasa, perlaksanaan ibadat haji, dan kadar-kadar tertentu dalam bahagian zakat menguatkan lagi kaedah ini.

2. Sekiranya ibadat tidak bersandarkan dalil, maka ibadat tersebut akan diluaskan berdasarkan logik manusia. Sebagai contoh sekiranya seseorang berpendapat bahawa bilangan rakaat menunjukkan tanda keimanan, maka orang akan menambah bilangan tersebut untuk membuktikan dia lebih beriman. Maka, muncullah ibadat-ibadat baru.

3. Kaedah ini juga membezakan antara ibadat dan adat. Adat di sini bermaksud kebiasaan perbuatan manusia. Ibadat hanya dilakukan apabila mendapat perintah daripada Allah menunjukkan di sana ada konsep ketaatan dan inilah tiada pada adat. Contohnya perbezaan antara puasa bulan ramadhan dan puasa kerana diet.

Daripada konsep ini dapatlah kita fahami bahawa:
1. Perlaksanaan ibadat hanyalah jika terdapat dalil.

2. Perlaksanaan ibadat juga mestilah 100% mengikut dalil tersebut tanpa kurang dan tambah.

3. Unsur-unsur akal mestilah dijauhkan daripada konsep ibadat. Perlaksanaannya mestilah tanpa banyak soal.

Namun demikian adakah konsep ini 100% tepat?

Ada beberapa masalah ibadat turut difikirkan sebabnya seperti:-
1. Jumhur ulama mewajibkan zakat bagi kanak-kanak dan orang gila sekiranya harta tersebut mencukupi nisob. Ini kerana mereka melihat maksud tersirat pada perlaksanaan zakat adalah kerana harta bukannya individu muslim walaupun mereka bukan mukallaf.

2. Sebahagian ulama turut mewajibkan mandi bagi jenazah syuhada. Mereka berpandangan peristiwa Rasul s.a.w tidak memandikan jenazah syuhada Uhud adalah disebabkan kesukaran mencari air.

3. Sahabat Muaz bin Jabal ketika menjadi gabenor di Yaman menerima pakaian orang Yaman sebagai ganti kepada bijirin dalam pembayaran zakat sebagaiman yang dinyatakan nas. Beliau berpendapat keadaan orang Yaman yang lebih mudah menyerahkan pakaian berbanding bijirin dan keadaan orang Madinah yang lebih memerlukan pakaian.

Jadi apa pendapat anda?

Sunday, February 8, 2009

Kalaulah Itu Jawapannya.

Seperti kata ust Hazimin, ilmu mempelajari manusia adalah ilmu yang paling sukar. Hari ini mungkin dia sahabat kita, esok siapakah yang boleh menjamin sedemikian? Semalam dia mengharapkan kita, siapa sangka hari ini dia sudah berubah watak ego.

Apabila ditegur jawapannya
" Aku memang pentingkan diri"

Apa lagi yang boleh dibuat sekiranya jawapan sedemikian. Lagi-lagi seorang yang bijak dan turut memikul amanah. Mungkin faktor usia. Saya sangat kecewa, namun sudah tidak mampu untuk melayan kerenah orang yang sedemikian. Saya sedih apabila mendengar cerita, ramai yang malu dan berputus asa atas tindakan dia.

Moga Allah membukakan hatinya agar lebih bertanggungjawab dan menghormati insan lain.

p/s : tiada kaitan dengan isu Perak, hanya luahan hati.