
Selepas tindakan Hugo Chavez, kelantangan Ahmadenejad, dan pendirian Amir Qatar, akhirnya pemimpin warisan negara khilafah islamiyah ini menunjukkan pendirian beliau. Ada sedikit kelainannya.
Jika sebelum ini, Hugo Chavez bukanlah pemimpin negara islam. Ahmadenejad pula masih diragui pendirian negara syiah tersebut terhadap umat islam, manakala Amir Qatar baru-baru ini hanyalah bercakap dalam Liga Arab yang langsung tidak dipedulikan dunia.
Namun, Racep Tayyip Erdogan agak berbeza, beliau berucap dalam forum ekonomi dunia yang besar dengan kehadiran pemimpin-pemimpin elit dan tokoh ekonomi dunia. Bersama beliau setiausaha agung PBB. Forum yang mendapat liputan seluruh dunia. Namun yang paling membanggakan ucapan tersebut ditujukan betul-betul dihadapan hidung Presiden Israel sendiri. Semua menyaksikan detik tersebut.
Sebelum ini beliau telah pun dikritik oleh PM Israel dan juga beberapa pertubuhan zionis yahudi disebabkan kelantangan beliau.
Sejak peristiwa Gaza, saya tertarik dengan usaha keamanan dan kritikan beliau bahawa dunia turut bersekongkol dengan jenayah apabila membisu membiarkan israel mengganas. Bagi saya, ucapan sedemikian sudah cukup dengan keadaan Turki yang sedemikian rupa.
Sebenarnya, Turki mungkin akan menghadapi beberapa masalah berikut selepas tindakan beliau.
1. Usaha Turki untuk menyertai EU mungkin akan terbantut. Ini kerana tindakan Erdogan mungkin dilihat sebagai menyokong HAMAS yang bertentangan dengan dasar EU.
2. Turki juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel. Bahkan kedua-dua negara ini pernah mengadakan latihan ketenteraan bersama. Hubungan tersebut mungkin turut mempengaruhi hubungan dengan negara barat lain.
3. Negara Turki juga dihuni oleh minoriti Yahudi. Ekonomi mereka juga dikaitkan dengan penguasaan golongan tersebut. Ditambah pula dengan kadar inflasi dan hutang-piutang kerajaan Turki yang agak besar.
4. Erdogan juga akan diserang oleh media-media dan pemimpin-pemimpin sekular negara tersebut.
Namun, saya tahu tindakan edorgan ada kepentingannya.
1. Sekurang-kurangnya umat islam berbangga dengan kelantangan seorang pemimpin islam.
2. Sekurang-kurangnya masyarakat dunia mengetahui pendirian pemimpin umat islam.
3. Sekurang-kurang melegakan hati umat islam bermazhab sunnah kerana sebelum ini golongan syiah selalu menggambarkan bahawa pemimpin mereka sahaja yang berani dan hero.
Apa yang berlaku selepas ini, kita doakan semoga Allah memberi ruang kepada beliau untuk mengembalikan zaman khalifah agar umat islam berjaya disatukan.
Amin..

