Seorang yang baru meninggalkan dunia hiburan dan terjun ke cahaya agama mengisytiharkan azam untuk bergelar 'beriman'. Dengan mempelajari agama, beliau tekad dalam bidang dakwah terutamanya di dunia hiburan, namun ditengah jalan beliau diuji dengan ujian yang berat. Dikaitkan dengan artis sehingga retak rumah tangga.
Ini bukan kehendak beliau..
Seorang yang bergelar ustaz berjuang melalui gerakan politik islam. Semangat yang tinggi, namun di tengah jalan, beliau dikaitkan dengan kesahihan perkahwinannya dengan isteri kedua. Berlaku pergolakan antara keluarga. Media bersorak dan membesar-besarkan kisahnya.
Ini bukan kehendak beliau..
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan, 'Kami telah beriman,' sedang mereka tidak diuji lagi? ( al-ankabut ayat :2 )
Jika tiada kesabaran, terus meninggalkan jalan yang benar, namun ambillah iktibar terlebih dahulu daripada ayat selepas itu.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Para Nabi dan Rasul dituduh pendusta, orang gila dan pemecah belah masyarakat.
Tidak cukup sekadar itu, nyawa terancam bahkan ada yang gugur.
Lihatlah sirah junjungan, dalam tempoh 23 tahun, berapa tahunkah diuji dengan kesusahan berbanding kesenangan?
Setelah kewafatan baginda, sahabat diuji dengan fitnah yang dasyat.
Imam Malek, Imam Syafie, Imam Ahmad semuanya disiksa takala tidak memenuhi nafsu pemerintah.
Imam Bukhari difitnah dengan fitnah akidah.
Ibnu taimiyah meringkuk dalam penjara hingga wafat.
Hassan Al-banna dan Syed Qutub menggadai nyawanya demi kebenaran.
Bersabarlah dan terus berazam. Kemenangan dan kemanisan akan tiba jua.
Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(al-Baqarah: 155)
Selamat Tahun Baru
0 ulasan:
Post a Comment