2 hari lepas ketika mengendalikan kelas muamalat maliah, Ustaz Uwais memberikan saya sepucuk surat. Kerana terlalu penat dan terdapat 2 kelas yang terpaksa saya kendalikan, maka saya langsung tidak memperdulikan surat tersebut.
Namun semalam selepas solat isyak di masjid Syuhada, Pudin menyapa saya dan mengingatkan saya tentang liqa' nuqaba'. Saya terkejut. Rupa-rupanya surat semalam adalah jemputan menghadiri perjumpaan tersebut.
Saya pulang ke rumah. Berfikir sejenak, mengapa mereka masih melantik saya sedangkan subjek saya banyak dan ditambah dengan kelas bantuan akademik. Saya cuba menelefon Ust Uwais untuk mendapatkan pengesahan dan beliau sangat mengalu-alukan kehadiran saya sebagai senior di sini.
Saya masih berat dan memujuk diri dengan membaca tulisan beliau tentang usrah. Tiada yang terkesan dengan apa yang saya rasa. Cuma saya gagahkan diri dengan satu prinsip. Menghormati ilmu dan mereka yang berjuang padanya. Saya sangat bersyukur pada Allah kerana sejak mengubah haluan ke bidang agama, pemahaman saya terhadap agama sentiasa bertambah. Ini adalah satu anugerah. Saya risau jika saya tidak bersyukur, Allah mampu menariknya sekelip mata.
Saya sendiri sudah mengagak bahawa pelajar tahun akhir tidak akan menyertainya. Pencen? Itu istilah mereka. Ada juga yang tidak menyertai tanpa sebab ataupun malas. Biarlah mereka.. Ilmu dan pencapaian akademik adalah suatu yang berbeza. Moga Allah jadikan saya sebagai seorang yang sentiasa menghormati ilmu.
Mengapa diri ini begitu berat untuk mengikuti usrah ataupun berkaitan dengannya?
Perjalanan ke PUSKMA selama 15 minit mengingatkan saya tentang apa yang berlaku dahulu.
Ketika di sekolah mungkin saya melangkah dengan kaki kiri menyebabkan saya bukan dikalangan kawan-kawan yang lebih mutadiyyin. Waktu petang banyak saya habiskan bermain bola di padang sekolah. Ketika melalui surau, saya ternampak ada sekelompok pelajar membentuk bulatan, ditangan mereka ada buku apa erti saya menganut islam.
Jauh di hati saya ingin menyertai mereka, namun apa yang boleh dilakukan dengan imej yang berbeza dengan mereka.
Di rumah, saya memerhatikan mak selalu juga keluar. Katanya ingin menyertai usrah. pasti ada bersama beliau buku tersebut.
Ketika di UIA, pelajar diwajibkan menyertai study circle. Saya hanya datang sekali sahaja kerana terlalu penat dengan kelas. Mujurlah Naqib saya sentiasa menanda kehadiran saya penuh.
Akhir sekali saya tiba di Mu'tah. Tahun pertama saya diberi satu borang yang diberi nama TDI. Borang tersebut meminta saya memilih naqeb yang saya berkenan. Namun, daripada waktu itu sampailah ke hujung tahun, tiada pula apa yang dinamakan TDI itu.
Tahun kedua, saya dilantik sebagai ketua BA. Saya dijemput menghadiri liqa nuqaba' bukan sebab saya dilantik sebagai naqib tapi kerana saya adalah ketua BA. Setelah sesi penerangan saya membangkitkan banyak perkara terutama tentang waktu yang padat dan komitmen pelajar.
Akhirnya jawapan daripada pembentang, saya tidak perlu risau kerana bukan saya naqeb. Saya diam.
0 ulasan:
Post a Comment