Alhamdulillah, kunjungan ke Irbid semalam berjaya juga menyelesaikan misi saya yang sudah berminggu-minggu bertangguh. Menanti buku sulong dalam hidup ini. Satu langkah yang baru dan optimis.
Sempat juga bermain bola bersama teman-teman Irbid menentang pasukan Thailand. Kali pertama saya menyertai dengan pasukan yang dianggap seteru utama SBB. Cukup serasi dan seronok bersama mereka. Dalam masa yang sama ada beberapa pelajar Thailand menyapa saya dan masih ingat saya lagi. Dahulu piala duta dibenarkan mengimport pemain ASEAN. Mungkin itu sebabnya mereka masih mengenali saya.
Saya doakan Irbid akan berjaya merebut piala duta. Dahla tu SBB. Orang lain pulak nak rasa. hehe..
Sebenarnya selain dari mencetak buku dan bermain bola, misi saya juga untuk membincangkan masalah fiqh dan hadith dengan ustaz Mahadi terutamanya yang berkaitan dengan pengajian Dr Mohammad Hawa. Seperti kata ustaz Mahadi, sebenarnya ada juga dikalangan ulama Jordan hatta adik beliau sendiri kurang setuju dengan beliau terutama dalam masalah mendhaifkan hadith. Memang Dr Mohammad Said Hawa, anak kepada ulama syria yang terkenal, Said Hawa agak keras pegangan beliau dalam menilai kesahihan sesuatu hadith.
Kata Ustaz Mahadi jika ingin mempelajari hadith hukum, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah masuk kelas dengan meletakkan seluruh fikrah fiqh di luar kelas. Masuk kelas sebagai ahli hadith yang memfokuskan perbahasan hadith. Ini sangat penting agar kita dapat membuat penilaian secara adil dan ilmiah.
Menurut Dr Mohammad Said Hawa, ramai yang menganggap ahli hadith mudah sahaja membatalkan seluruh hukum dengan mendhaifkan sesuatu hadith. Bayangkan Hadith yang menyatakan bahawa air laut itu suci dan bangkai di dalamnya halal dimakan adalah bertaraf dhaif. Jika menafikan hadith tersebut akan turut memberi kesan kepada hukum yang terbina atasnya.
Namun, ahli hadith bukan itu kerja mereka. Mereka mendhaifkan hadith bukan mendhaifkan Rasulullah tetapi kepada orang yang meriwayatkan hadith baginda. Ini tanggungjawab yang besar dan penting.
Bahkan usaha mereka turut memudahkan ahli fiqh dalam mengeluarkan hukum. Mereka juga berusaha mencari hadith-hadith sokongan dalam sesuatu masalah fiqh agar ahli fiqh tidak ketandusan dalil.
Kunjungan ke Irbid kali ini juga akhirnya terserempak dengan Naqeb, namun beliau masih lagi sibuk. Saya merasakan tugas presiden PERMAI lagi besar daripada presiden MPPM. Teruskan usaha Naqeb.
Kali ini saya menghabiskan masa dengan sahabat saya Munir, pelajar tahun 5 JUST. Kami begitu rapat. Sebenarnya saya lebih mengenali Munir sebelum beliau mengenali saya. Saya masih ingat KARISMA kali ke 2, beliau menyarung jersey Irbid yang bewarna biru. Ketika itu saya tidak menegur beliau, begitu juga beliau.
Kemudian ketika saya mengikuti jelajah Syria, saya terserempak dengan beliau di sempadan Syria-Jordan. Masa itu pun kami tidak bertegur sapa.
Pada bulan 6, 2008 saya pulang ke Malaysia, kami kebetulan satu penerbangan. Ketika itu barulah kami bertegur sapa. Itu pun sebab Syaheed.
Namun, sejak tahun lepas kami cukup rapat, apatah saya kerap ke Irbid atas urusan MPPM. Sebelum ini saya jarang bertegur sapa, namun saya menghafal nama rakan-rakan. Benih ukhuwah yang saya semai, akhirnya saya mendapat hasil sejak tahun lepas.
Terima kasih Munir kerana belanja saya makan kebab, koktail dan macam-macam lagi. Terima kasih juga kepada Mat dan Hashimi yang memudahkan urusan percetakan buku saya. Tidak lupa kepada Zul, Nuek dan Aizat yang memberikan layanan terbaik.
Sebelum terlupa, harap Farhan Basyir bersama rakan-rakan yang dikenakan 'tahanan rumah' moga cepat sembuh dari H1N1.
Minggu ni Mu'tah, minggu depan teringin menjenguk Azfar, Afiq, Syuk, Tg Nasir dan Mustaqim di Mafraq..
1 ulasan:
enta 3ala rasi ya habibi
bila lagi nak belanja demo wat
demo pun dah nak balik
sa lagi, nanti buku demo tubek
insyaALLAH kawe ore 1st yg akan beli wat
Post a Comment