Menjumpai perkataan Syukur dan Sabar dalam Al-Quran bukanlah perkara yang sukar. Terlalu banyak perkataan itu disebut. Antara 2 perkataan yang tidak begitu jauh sebutannya, tidak begitu sukar untuk memahami takala membicarakannya, yang pastinya sukar untuk menghayatinya apabila perlu.
Sabar dan syukur adalah 2 perkara yang dijanjikan Allah kejayaan samada di dunia dan akhirat.
Falsafah yang cukup mudah untuk dihuraikan, jika dalam kesusahan perlunya kepada sabar dan jika dalam kesenangan perlunya kepada syukur.
Jika diuji dengan fitnah itu adalah proses selayaknya untuk berkata " Aku dikalangan orang beriman"
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” ( Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )
Jika tidak kita hanya layak memegang status islam.
Bersyukur pula digambarkan satu perasaan merendah diri walaupun pada asal anda patut berbangga diri.
Kesannya, jika anda bersyukur, nikmat itu akan ditambahkan lagi.
“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)
Nampak macam memberi keuntungan dan mudah tapi hakikatnya:-
Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur ( Assaba': 13 )
Samada syukur lebih sukar daripada sabar ataupun sebaliknya, kedua-dua perkara ini adalah motivasi kejayaan ummat islam.
Samada di dunia..
Ataupun akhirat yang kekal abadi..
" Ya Allah, jadikanlah hamba mu ini dari kalangan yang bersyukur dan bersabar"..
0 ulasan:
Post a Comment