" Ana datang mu'tah tak jumpa pun anta kat MHS, pastu ana cari dekat cafe idari masih tak jumpa anta" gurau Ustaz Sulaiman.
" Dengar cerita anta terbitkan buku cafe idari dengan konsep baru, bagi la ana satu"
" Ala ustaz, ana cuma fotostat tulisan ana je, bosan-bosan"
Petang tu di PUSKMA, selepas berborak beberapa perkara tentang isu-isu kemasukan pelajar dengan ustaz Sulaiman, datang Ustaz Osman. Saya mengambil peluang ini untuk bertanya lebih terperinci tentang pembayaran zakat dengan sms. Apatah lagi isu itu berlaku di Selangor dan Ustaz Osman antara orang berpengalaman dalam Majlis Agama.
" Apa masalahnya" tanya ustaz Osman, persoalan itu juga menarik perhatian ust Sulaiman.
" Yela Ustaz.."
1. Yang pertama adakah celcom akan bayar pada waktu pembayaran zakat fitrah?
2. Adakah celcom itu amil dan dia berhak 1/8 daripada wang zakat?
3. Jika seseorang itu menggunakan bil, dan dia membayar zakat dalam keadaan dia berhutang dengan celcom, sah ke zakat dengan hutang?
Ustaz Osman yang pernah terlibat secara rasmi dalam mesyuarat majlis agama selangor memberikan penjelasan seperti berikut:-
1. Celcom membayar pada waktunya, sebab itulah mereka mensyaratkan pembayaran sebelum 20 hb
2. Celcom bertindak sebagai perkhidmatan percuma sahaja bukannya sebagai amil, untuk memudahkan mereka membayar zakat.
3. Tidak salah membayar zakat dalam keadaan berhutang sedemikian. Samalah seperti anda menyuruh orang membayar zakat anda terlebih dahulu kemudian anda membayar kembali kepada orang tersebut.
Sebelum itu saya telah pendapat beberapa pandangan daripada beberapa pensyarah kuliyyah syariah. Antaranya.
1. Dr. Muhammad Said Hawa berpendapat harus jika syarikat telefon membayar pada waktu yang ditetapkan syara'.
2. Dr Hammad Azzam pula menyatakan hutang bagi pengguna syarikat telefon itu tidak banyak dan hanya sedikit sahaja, maka diharuskan.
3. Dr Syuesh pula lebih terkehadapan, beliau mengetahui perkara ini dan menyatakan tiada masalah dalam hal ini jika syarikat menepati waktu pembayaran.
Kami terus berborak pelbagai isu antaranya
1. Melabur duit zakat.
2. Pemberian zakat kepada persatuan pelajar.
3. Zakat kepada mereka yang ingin kahwin.
Ustaz Osman menyatakan keadaan institusi zakat di Malaysia masih lagi rigid.
" Mereka masih dalam lingkungan kitab kuning" sindir beliau.
Nampaknya ustaz Sulaiman juga bukanlah calang-calang orang. Beliau mempunyai kelebihan bahasa arab dan juga selok belok pengurusan. Kami turut membincangkan zakat MPPM.
Menurut Ustaz Sulaiman, yang menjadi masalah kini adalah autoriti yang diberikan kepada unit zakat dan sedekah MPPM itu wujudkah?
Namun beliau tetap memuji usaha Dzulkarnain.
Waktu menunjukkan jam 7 malam, saya masih belum menukar pakaian kerana masih menemani ustaz Sulaiman.
Selepas pulang terasa berat pula untuk ke majlis raya PERMATA. Sebenarnya 4 kali beraya di Mu'tah, hanya sekali sahaja saya mengikuti program raya PERMATA.
Keesokan harinya
" Ifwat, apasal hang tak p raya PERMATA"
" Hmm.. Aku anti program-program hiburan ni"
Maaf pengarah raya. hehehe
Selamat Hari Raya buat Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah
0 ulasan:
Post a Comment