Monday, October 12, 2009

Arah Itu Bewarna Warni

Semakin hari semakin seronok mengikuti kelas Ahadith Ahkam Dr. Muhammad Said Hawa. Alhamdulillah, beliau masih mempunyai waktu untuk kelas riyadussolihin kami. Pada mulanya saya risau nasib kelas riyadussolihin seperti kelas kifayatul akhyar yang terpaksa dihentikan kerana Dr. Hammad Azzam memikul tugas ketua jabatan fiqh.

Saya dapat menghidu bahawa Dr Muhammad Said Hawa cenderung kepada aliran Asyaierah. Antaranya yang paling jelas hujjah hadith Ahad dalam bab akidah. Dalam kelas saya terdapat beberapa pelajar yang ultra Salafi, maka berlakulah suasana yang agak 'aktif'.

Perbandingan antara salafi dan Asyaierah dalam bab masalah ini.
1. Salafi lebih ringan dengan menerima hadith bertaraf ahad dalam masalah akidah. namun dalam masalah ibadat mereka sangat tegas dengan hanya menerima hadith sahih semata-mata.

2. Asyaierah pula agak tegas dalam bab akidah, Mereka hanya berhujjahkan dengan hadith yang bertaraf mutawatir. Namun dalam bab ibadat mereka masih menerima hadith yang tidak terlampau dhaif.

Saya agak cenderung kepada aliran Asyaierah dalam beberapa kaedah usul dan akidah. Ada orang cakap, kaedah Asyaerah memeningkan dalam bab akidah. Jawapan saya kaedah Asyaierah hanya untuk orang yang rajin dan berminat untuk mendalami, maka jalannya tentulah ada sedikit rumit dan hasilnya akan meyakinkan.

Arah Itu Bewarna Warni
" Kan sudah jelas Allah cakap kena ikut Jemaah, maka PAS itu jemaah" tegas salah seorang rakan saya.

" Sudah jelas jalan hak dan batil, kan belajar agama mesti tahu jalan yang mana benar dan salah" begitu semangat sekali.

Isunya bukan PAS UMNO, cuma ramai yang terkesan dengan Malaysia terutamanya orang timur, dalam sesuatu isu dan kelompok hanya ada 2 pilihan sahaja. Benar atau salah. Dalam politik hanya ada kerajaan dan pembangkang. Dalam belajar agama hanya ada pondok dan wahabi. Dalam dakwah hanya ada ceramah dan tabligh. Pilih satu jalan dan serang jalan satu lagi.

" Eh, mu tau dok lecture sini ada yang hisap rokok?"
" Macam mana pulak boleh jadi pensyarah syariah. Mana boleh!"

Sangat susah jika manusia hanya nampak hitam dan putih sahaja. Dalam sejarah mazhab islam, golongan yang hanya ada hitam putih hanyalah khawarij.

Dosa dan pahala.
Islam dan kafir.

Kita bukan dari golongan itu. Kita memahami perbezaan pendapat, pegangan, amalan dan cara pemikiran dengan cara yang lebih luas. Pendapat yang benar bukan hanya ada satu. Cahaya bukan hanya bewarna putih.

Menyingkap perbezaan pendapat antara Prof Dr Amin Butush yang memilih manhaj salafi dan Dr Mohammad Said Hawa seorang yang memilih asyaierah.

Mereka yang mengkritik Dr Amin Butush, tahukah anda hayat hidup beliau hanyalah untuk ilmu, mempunyai 4 ijazah, 2 Master dan 2 PHD. Pernah menjadi mufti di satu tempat di Amarika. Mengislamkan lebih daripada 100 orang.

Apakah anda rasa Dr Amin perlu belajar daripada anda?

Mereka yang mengkritik Dr Muhammad Hawa ( melayu tak kot ). Tahukah berapa banyak hadith matan dan sanad yang berada dalam kepala beliau? Berapa banyak kitab yang beliau tulis dan tahqiq dan berapa banyak hadith yang beliau kaji.

Apakah anda rasa beliau tidak tahu hujjah anda?

Dr. Mohammad Ahmad Rawasydah yang sokongannya 100% kepada kerajaan dan mengkritik parti islam. Anda ingin hukumkan beliau sebagai ulama dunia ataupun ulama UMNO versi arab?

Dr Faris yang menghisap rokok tanpa anda ketahui keadaannya,begitu mudah anda ingin hukumkan seorang yang tidak layak bergelar pensyarah?

Dr Ali Zuqaili yang terpaksa merujuk syarah kitab hidayah, lajunya mulut anda mengatakan beliau seorang yang tidak pakar?

Jangan terlalu cepat menghukum. Sebab tugas anda mengutip mutiara ilmu daripada mereka. Ilmu mereka dan kita bagaikan langit dan bumi.

Anda berhak memilih warna apa yang anda suka, cuma janganlah mengatakan warna anda putih dan warna yang anda tidak berkenan itu hitam.

Beradab dan berfikiran terbukalah..

Mungkin suatu hari nanti anda di tempat mereka.

1 ulasan:

mr KA said...

mg sangat kenal ngan pensyarah2 mg.. memang bagus.....teruskan menulis.. aku suke bace pendapat mg.....