Monday, July 27, 2009

Hati Ini....

" Ifwat atau afwat?" tanya Dr.Qais apabila tiba giliran saya membaca quran.

Saya tersenyum. Sejak kelas pertama hingga sekarang,pasti itu kata-kata yang keluar apabila saya berkeras nama saya tetap ifwat.

Hampir semua pensyarah kuliah syariah mengenali saya. Cuma sejak semester lepas subjek saya di kuliah syariah sedikit.

Nasihat U.Mahadi ulama ada sebut jika 3 hari tidak berjumpa orang alim, hati akan gelap. Betul, terasa cahaya yang menusuk dikalbu ini takala resah.

Semua persoalan yang saya tanya kepada pensyarah akan saya sebarkan kepada semua mahasiswa. Kalam mereka sungguh beharga

Setiap hari pasti saya akan ke cafe idari. Di situlah peluang untuk bertemu rakan. Setiap kali saya datang pasti ada pelajar yang merujuk masalah mata pelajaran. Hayyee, Jeme, Azmudin. Cuma hari ini.

" Wat, kawe tanya doh dr Azzam persoalan demo semalam"

Tersenyum saya apabila yang berkata itu Mat Zul. Tidak kira siapa identiti kita, ilmu seharusnya tidak terhad kepada orang-orang tertentu. Biarlah semua layak membincangkannya dengan penuh minat.

Semalam kelas riyadi, saya telah diminta oleh pensyarah Dr.Ali Abu Zuma' supaya bertanding melompat dengan seorang pelajar arab.

Saya menang.

" Muhammad, kamu nak berapa markah? Saya bagi 5 markah, 5 lagi semester depan"

Semua pelajar gelak..

Setiap hari juga saya akan ke perpustakaan walaupun beberapa minit. Saya masih ingat nasihat U.Maszlee malik, perpustakaan adalah tempat yang kedua selepas kelas sepatutnya kita habiskan masa.

Ada kelainan belajar di sana.

Hari demi hari, hati ini sentiasa berubah. Berusaha mencari ketenangan takala ada yang kurang senang dengan kita.

Saya mula mengajar kelas akademik sajek tahun 2 hinggalah kini. Pernah suatu ketika saya mengajar 6 kelas dalam tempoh satu minggu menyamai subjek saya di kuliah. Namun, jika itu satu harapan dan permintaan.

Setiap kali selepas imtihan pasti ada pelajar yang menghubungi saya menyatakan kegembiraan dan berterima kasih.

Lagi gembira hati si pemberi..

Dalam persatuan sesi lepas, saya dikurniakan amanah yang begitu besar. Daripada sebesar-besar mesyuarat bersama MT MPPM dan MSD hinggalah ke sekecil-kecil perjumpaan. Kehadiran saya tidak pernah mengecewakan mereka yang menjemputnya.

Selagi mana mampu melaksanankan tugas, memberi idea, nasihat dan semangat selagi itulah yang akan disumbangkan.

Bayangkan takala malam hujung munggu saya menyertai mesyuarat ALT PERMATA sekitar 3 hingga 4 jam. Keesokan harinya mesyuarat MPPM di Amman bermula 9 pagi hingga 4 petang. Malam itu menyertai mesyuarat biro.

Semuanya dihadapi dengan gembira dan tenang..

Yang penting kita sedar kita adalah harapan mereka. Kita memberi sebagaimana kita menerima nikmat yang Maha Esa.

Sehingga 2 hari lepas..

Pertama kali dalam hidup saya. Bukan tidak pernah dikritik, cuma katogeri kritikan kali ini berbeza. Ntah berapa kali saya dikritik disebabkan sikap, perbuatan. Saya menerima dan adakala saya berkeras.

Cuma yang terbaru saya apabila melibatkan persoalan hati dan keikhlasan..

Apa yang boleh anda lakukan? Mengkritik kembali pengkritik tersebut. Tidak perlulah hati ini menangis lagi. Jika anda fikir saya tidak profesional saya mengaku.

Saya menarik balik 2 artikel yang ada melebal artikel pemecah belah, artikel yang bodoh. Saya terima..

Bercakap tentang ukhuwwah.. tanya lah mereka yang bersama saya, apa yang saya lakukan untuk ukhuwah? Tanyalah mantan MPPM, PERMATA dan AJK KARISMA.

Tergamakkah saya untuk menghancurkan usaha yang saya bina.

Maaflah.

Kali ini hati benar-benar terluka apabil manusia sudah sampai tahap menghukum hati.

Dulu saya tutup shoutbox kerana berlaku pergaduhan antara mereka yang menghentam saya dan mereka yang menyokong saya.

Semalam saya memadam balik 2 artikel saya kerana takut akan membawa kepada pergaduhan lagi.

Biarlah bola itu bergolek selagi mana ia masih bulat. Biarlah saya meluahkan di padang bukan di blog..

Sekurang-kurangnya saya tahu ada mereka yang terlampau lama memendam dalam hati apa yang tidak kena pada saya.

Namun,
Kata-kata anda itu juga tidak akan menghalang saya daripada terus menyumbang dalam kelas akademik.

Kata-kata itu juga tidak akan menghalang saya menulis artikel ilmiah

Kata-kata anda juga tidak akan menghalang saya daripada menyumbang apa sahaja untuk ummah.

Blog ini adalah rumah pemikiran saya. Ada baiknya, jika tetamu yang datng memberi salam dan membicarakan dengan sebaik-baik bahasa dengan tuan rumahnya.

Tidak kira apa perkara yang kita berikhtilaf..

Namun dalam soal akhlak, hati, perasaan, kita dituntut memeliharanya.

Salam ukhuwwah

1 ulasan:

sitifatimahrafik said...

Assalammu'alaikum..buat insan..mmg sedih hati ini setelah semua jasa kita dipandang sepi..tetapi se'kuman' silap kita dimasyhuri.Namun, sedarlah..itulah lumrah dunia..kita jika berani mengkritik..mesti lebih berani menerima kritikan yang melampau..mmg, buat diri bukan semua tepat..hanya dusta atau mereka tidak tahu apa itu 'dasar terbuka'.tetapi semua manusia mudah lupa..amal mereka mbuatkan diri sendiri alpa..(bkan alpha).kadang kala,kita tahu apa itu hidup..tetapi benarkah semua 'hidup mcm hidup'-tak semua begitu..mmg tabah telah lama anda terapkan..tetapi tak salah kalau tak dapat nak simpan..lalu letupkan...tetapi,adakah letupan itu dgn m'diam diri?atau sepi buat seketika?-tidak..bkan begitu..letupkan dgn KEMAAFAN..kerana ALLAH shj mampu membalasnya..letupkan juga dengan MUHASABAH highest level..kerana manfaat hanya untuk anda bukan mereka..letupkan lah juga dgn jalan dekat dgn ALLAH-tak bermakna anda tidak rapat dengan DIA..tetapi..DIA syg anda,mahu anda lbih dkat dgn Nya..Ingatlah, bukan pujian dapat menaikkan semangat anda..padahal semuanya milikNya..hanya fikiran anda,hati anda,dan IZIN YG MAHA ESA.mampu buat anda tersenyum.walau hati ini pahit berulam durja..kritikan kita juga ada cara..ada adab susilanya..jagalah ia..dan sentiasa lah mencari 'silap kita'. anda seorg yg amat bagus untuk ummah..teruskan usaha membela ummah..kelak anda dpt ganjaran,islam dapat kemenangan..ambil contoh doktor mahadhir muhd. menjalankan pembaharuan yang baik..walau kesannya dalam tempoh yg panjang.. minda umat islam harus terbuka..menurut syariat..tolak mazmumah.amal mahmudah.berpesan pd k'baikan..menengah kemungkaran. 'terimalah dgn hati terbuka'. selawat untuk BAGINDA sentiasa..salam.