Alhamdulillah, sempat juga saya memperbaharui artikel dalam blog ni. Walaupun masa yang padat takala sesi mesyuarat agung tahunan semakin hampir dan mata pelajaran saya di semester ini agak sukar.
Harapan Mafraq.
Terima kasih kepada jawatankuasa AGM PRISMA kerana menjemput saya sebagai pemerhati dalam program terakhir anda. Pengalaman yang berharga buat saya.
Harapan PRISMA.. Ustaz Nasir dan rakan-rakan AMT. Bebanan yang bakal dipikul.
Melaksanakan perubahan bukanlah suatu yang mudah. Tidak kira seluas manapun khilaf dan perbezaan pendapat antara ahli anda, namun masing-masing menaruh impian yang satu. Sama ada Hayyu Dubat, Imarah dan Sakan..
Impian Ukhuwah dan Penyatuan.
Sudah berapa ramai yang terasa, yang menangis, yang sedih. Semuanya mengharapkan misi penyatuan. Tanpa penyatuan, tidak layak sesuatu kelompok pelajar digelar persatuan. Hilangnya ‘satu’.
Saya tidak berani untuk mengulas namun sangat menaruh harapan ke arah itu.
Bahasa Dakwah Yang Berwarna Warni.
Sebenarnya berhujjah dengan hukum fiqh tidak akan memberi apa-apa faedah kepada mereka yang tidak berkehendak. Fiqh sekadar ilmu teori yang statik.
Apatah lagi menggunakan fiqh untuk ‘menghukum’
Ada beza menghukum dan menyatakan hukum.
Mereka yang datang ke Jordan mengambil jurusan agama bukan mereka yang baru masuk islam. Mereka yang mendalami bahasa arab bukannya mereka yang tidak memahami langsung perkataan dalam Al-Quran.
Sudah bertahun-tahun. Sekiranya mereka melakukan kesalahan, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.
Mereka ini juga sahabat kita.. Keluarga kita di sini.. Teman seperjuangan di tanah air nanti.
Mereka yang melakukan kesalahan, mungkin menunjukkan reaksi agar diberi perhatian. Bagaikan si anak merajuk. Orang yang tidak faham akan terus memburukkan keadaan.
Gunalah bahasa pujukkan. Bahasa kaunseling bukannya bahasa hukuman.
Bahasa dakwah yang bewarna-warni.. Bahasa hukum yang satu..
Perkongsian Peluang.
Mungkin pengalaman di Mu’tah boleh dikongsi. Sehingga sekarang saya masih mengagumi motto ‘permata untuk semua’ yang digagaskan oleh Mohammad Mohsen.
Bukan sekadar retorik, tapi inilah kunci penyatuan Mu’tah. Tidak kira apa pandangan orang tersebut di mata anda, mereka tetap ahli persatuan. Berhak dalam semua hak seperti anda. Cuma kebolehan dan sokongan yang membataskan sesuatu.
“ Saya nak Bucas jugak yang menjadi pengarah MAFEST” Amad tegas dengan keputusannya walaupun ramai AMT dan saya sendiri yang meragui kemampuan beliau.
Bucas, dengan imej dan pengalaman, sesiapa sahaja akan risau apatah lagi program tersebut satu minggu dan dengan perbelanjaan JD 400. Mampukah dia uruskan program, dewan, kewangan dan sambutan.
“ Saya tidak kisah biarlah program itu hancur, saya nak bagi peluang kat dia jugak”
Hasilnya, walaupun ada sedikit kelemahan, namun tetap berhasil. Hingga kini, tidak kira siapa anda di Mu’tah, peluang sangat terbuka luas sebab penilaian tidak disempitkan.
Bagi mereka yang diberi peluang, gunakanlah dengan sebaiknya. Mereka yang tegas dan digelar ‘syadid’ ada sebabnya. Anda juga harus belajar memahami mereka. Bukan tanpa sebab mereka tidak ber’kenan’ dengan perbuatan anda.
Mereka sepatutnya memberi peluang dan anda sepatutnya menggunakan peluang dengan baik. Memahami demi ukhuwwah.
Masing-masing ada cara yang tersendiri dan saya pasti kepimpinan PRISMA sudah berusaha melakukan yang terbaik. Begitu juga rakan-rakan Hayyu Dubat. Suara mereka demi kebaikan PRISMA.
Yang pasti cara anda melayan sahabat luar mantiqah sungguh ramah. Maaf kepada Azfar, Apek, Faizal dan ramai lagi yang mempelawa kerana tidak dapat bermalam di Mafraq.
Semoga PRISMA terus menjadi wadah perjuangan mahasiswa Malaysia Mafraq.
Jumpa di MEKAR 09..
2 ulasan:
betulkah? atau anta perlu tahu.
Mafrak bknlah spt mutah dan mutah bukanlah spt mafrak duklah di mafraq dan anta akn tahu apa yg sbnarny,bknlh duk jatuhkan hukum fiqh atau dakwah yang bewarna warna yg menjadi masalah spt yg anta rasa,kalau hati penuh dengan hasad dengki sampai bila pun prisma akan tetap macam ni,mafrak bukan dipisahkan krana tempatnya tp sebab manusianya anta pasti akan lihat nanti dan berhentilah dari melihat mafrak dr sdut kcil
anta jgn duk andaikn mfrak begini begitu.nanti lain jdnya , ana risau orang fikir lain ttg mafrak. anta kena byk duk dgn org mfrak,tuk sah duk tnya 4 5 org anta dah buat penilayan ttg mfrak,baru dtg brapa kali mcm dah tahu mfrak mcm mna.
走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,聊天室
Post a Comment