Wednesday, May 27, 2009

EF : Jadikan Sebagai Alternatif Ilmu.

Semalam saya membuat perjumpaan dengan team fatwa EF, seramai 8 orang yang terpilih. Bagi syabab saya memilih Jeme, Fatah, Azmuddin. 3 orang pelajar baru yang saya nilai agak kehadapan dari sudut akademik. Kemudian ditambah pula dengan Syafiq. Selain itu juga mereka merupakan ahli tetap usrah café muasirah saya.

Bagi akhawat pula saya memilih Ain sesuai dengan kecemerlangan beliau dalam akademik selain merupakan tenaga pengajar kelas PERMATA. Kemudian Basyirah, bekas pelajar cemerlang batch 2006 selaku timbalan presiden 2 PERMATA. Afifah Azzam dan Ida Dayana merupakan 2 orang ahli kelas terjemah saya sebelum ini turut serta. Saya mengharapkan kemahiran dan komitmen mereka. Yang terakhir adalah Akmalina, seorang muka baru yang menunjukkan komitmen.

Berfatwa?
“ Apa fatwa yang dikeluarkan daripada perbincangan kamu?” gurau Tarmizi.

Sebenarnya group kami bukanlah para ulama yang berijtihad mengeluarkan fatwa apatah lagi kami hanyalah pelajar biasa.

Cumanya, tugasan kami adalah untuk menterjemahkan fatwa-fatwa terkini. Percubaan pertama adalah menyumbang bahan kepada E frekuensi Biro Akademik.

Antara fatwa yang menjadi pilihan kami adalah daripada website islamonline.net. Selain itu juga kami akan memilih fatwa-fatwa daripada kitab muasirah ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Qaradhawi, Syeikh Wahbah Zuhaili, Syeikh Zarqa, Ulama Tanah Haram dan Syeikh Ali Syartawi.

Untuk tugasan kedua, kami akan meminta fatwa ataupun pendapat daripada pensyarah-pensyarah kuliyyah Syariah seperti Prof Abdullah Fawwaz, Dr. Syuesh Mahamid, Dr. Hammad Azzam, Dr. Muhammad Said Hawa dan lain-lain lagi.

Cumanya untuk tugasan kedua, masa agak sempit takala musim cuti sudah bermula. Semua ini bergantung kepada kemampuan dan komitmen kami.

Orang tertentu tidak boleh baca?
Baru-baru ini ada yang meminta agar dikurangkan bahagian ilmiah supaya orang-orang yang agak ‘jauh’ daripada kelas tafaquh boleh menerimanya. Alasannya mereka digambarkan tidak begitu berminat dengan ilmi.

Saya sangat kecewa dengan pemikiran seperti ini. Lupakan jenis golongan, mereka semua adalah pelajar syariah dan bahasa arab. Mengapa perlu dilebalkan sedemikian?

Sekiranya bidang ilmiah tidak mampu untuk dipadukan jangan harap untuk penyatuan yang lain. Bahan Ef ini sepatutnya menjadi alternatif kepada semua golongan disebabkan bukan semua program ilmiah yang berbentuk ceramah disertai oleh pelajar.

Jangan terus meracuni sikap pelajar. Berusahalah mencari penawarnya.

Cuma saya merasakan maksud individu tersebut bahan ilmiah yang berat untuk difahami dan dibaca. Sebenarnya, semua ini bergantung kepada sikap dan minat pelajar dalam membaca. Bukan semua orang ke kelas tafaquh dan berimej akademik suka membaca. Begitu juga sebaliknya.

Akhirnya ramuan yang terbaik, kita sediakan dalam bentuk yang lebih sederhana penulisannya.

Kemudian, kita sediakan isu-isu yang boleh membuka minda dan mencetuskan rasa minat ingin mengetahui lebih lanjut. Inilah yang saya bawa dalam EF sebelum ini.

Apa pun semoga berjaya team EF 2008/2009 ini.

Nantikan karya mereka.

1 ulasan:

pedang_agama said...

salam...
ustaz ifwat..
saya hanya memberikan cadangan shj..
sy cadangkan lah...
ustaz masukkan seorang lg ahli dalam team fatwa ustaz itu,dari kalangan pelajar adab yang mantap...
sebab...
saya bukanlah memperkecilkan kemampuan ustaz2,ustazah2 sekelian..
tetapi..
sebagai langkah2 berjaga2..
kot2 ade tersalah i'rob ke...
kalau dah tersalah i'rob,maka larilah maksud asal kalimah arab tersebut..
justeru itu...
saya mencadangkan ustaz memjemput seorang wakil pelajar adab dr syabab dan dr akhwat...
selain memantapkan bhs korang,dan juga menandakan yg pelajar adab juga boleh turut sama dalam membantu menterjemahkan fatwa2 terkini,malah membantu dalam penyebaran ilmiah kepada rakan2 kite di Mu'tah ini,khasnya...
moga2 ustaz terima cadangan ana ini...
insyaAllah...