Syafiq berubah muka, Ayi menggaru kepala, Pendi tidak berkata-kata. Cukup besar tekanan semalam. Namun, semua itu dipendam antara kami. Bukan tidak ingin dikongsikan, tapi tahap ukhuwah kita semua masih lagi belum dibanggakan.
" Sejak 3 minggu blog KARISMA dilancarkan, saya sendiri tidak nampak 'ukhuwah' itu" MOD mengadu dalam mesyuarat.
Adakah disebabkan perkataan tersebut berasal daripada bahasa arab menyebabkan panas telinga sebahagian kita mendengarnya? samalah dengan perkataan 'thiqah', 'jemaah' dan lain-lain perkataan saduran arab menyebabkan perasaan menyampah dalam hati diterjemahkan kepada indah khabar dari rupa.
Ataupun saya yang tersilap memilih tema tersebut?
Ataupun ianya terlalu umum sehingga begitu ramai yang mentafsirkannya?
Ataupun matlamat sukan terlalu janggal untuk dilebal sedemikian?
" Wat, kita tunjuk kat budak Irbid yang makanan kita lebih baik daripada mereka"
Adakah cadangan oleh pelajar Mu'tah itu resepi pemulihan ukhuwah kita?
" Ada budak Irbid cadangkan biarlah KARISMA ini diadakan di Irbid sahaja kerana mereka ada tenaga, kemudahan dan sukan pun 'grand'"
Adakah saya berfikiran kuno dengan idea sukan di 'pekan kecil' ini dengan hasrat untuk menyatukan ukhuwah?
Bukan soal Irbid, Mu'tah, Mafraq dan Amman tempatnya ataupun orangnya..
Kegagalan MPPM menghimpunkan MHS di suatu pusat memang besar kesannya. Harap KARISMA penawarnya.
Lupakan sementara soal tema itu, kami yang mencadangkan dan tunggulah peserta yang merealisasikan.
Kita Sudah Jauh
Gerak kerja KARISMA sudah lama bergerak, tidak mungkin dengan beberapa masalah teknikal kami akan mengalah. Apabila diisytiharkan ini adalah ' the dream team', sudah tentu perjuangan ini bukan dihidangkan dengan permaidani merah.
Permintaan pihak kedutaan dan MSD kita sahut kalau itulah caranya memupuk 'ukhuwah' antara pegawai dan mahasiswa.
Permintaan mahasiswa Malaysia Jordan kita cuba tunaikan jika itulah ramuannya untuk menghasilkan 'ukhuwah'.
Tekanan itu kami sahut, sebab hasilnya untuk ukhuwah se Jordan. Namun jika anda mensyaratkan agar kami terpaksa mengubah identiti kami, memperlekehkan keputusan team kami, maaflah, kami tidak berminat dengan sumbangan anda.
KARISMA itu milik MPPM..
MPPM itu terjemahan daripada mahasiswa se Jordan.
Maka, KARISMA ini ukhuwah mahasiswa se Jordan.
" Saya Datang Kerana Ukhuwah"
0 ulasan:
Post a Comment