Semalam di cafe idari, saya, Dol, Ayi, Jeme, Fatin dan Mat Din sempat membincangkan sesuatu masalah.
“ Wat, Chef Wan kata, kita tidak akan terlepas daripada makanan yang dicampurkan arak di hotel hatta walaupun spegeti sekali pun” nyata Fatin adik kepada Farhana.
“ Mana boleh, kawe tanya doh dr. Hamid Majali” bersemangat Ayi membantahnya.
“ Tapi sebenarnya, arak itu sudah hilang sifat mabuknya apabila diletakkan dalam makanan?”
“ Sebenarnya arak diharamkan sebab nama ataupun sebab sifat?” Saya menimbulkan persoalan.
Minum arak tapi tak mabuk?
Minum selain arak tapi mabuk?
Melihat kepada ta’rif arak di sisi ulama, jumhur menyatakan segala perahan yang memabukkan adalah arak manakala Ulama Hanafi pula berpendapat arak hanyalah perahan daripada anggur sahaja.
Walaubagaimanapun semuanya mengharamkan segala bentuk yang memabukkan.
Ulama juga membahaskan illah ataupun sebab pengharaman arak adalah disebabkan iskar iaitu sifatnya yang memabukkan. Jika ada yang menimbulkan persoalan mampu minum tanpa mabuk, hujjah itu adalah tertolak kerana islam menghukum perkara keseluruhan dan amat sedikit orang yang minum tapi tidak mabuk.
Namun di sini, saya tidak berminat untuk membincangkan berkenaan maksud arak Cuma saya ingin menimbulkan persoalan adakah seorang pemabuk itu mukallaf?
Jumhur ulama menyatakan bahawa orang yang mabuk adalah mukallaf. Maka, jual belinya sah, talaknya jatuh dan sekiranya melakukan jenayah mereka akan dijatuhkan hukuman.
Hal ini berbeza dengan undang-undang manusia yang menganggap orang yang mabuk disebabkan minum arak tidak dihukum jika melakukan kesalahan.
Bagi Islam, walaupun orang yang mabuk sebaris dengan orang gila, tidur dan tersilap disebabkan akal mereka hilang, namun mereka dihukum perbuatan mereka sendiri yang sengaja untuk mabuk.
Bayangkan seorang yang minum arak, kemudian berzina dan membunuh orang adakah terlepas begitu sahaja? Ini juga adalah salah satu kaedah saad azzarai’ dalam islam iaitu pencegahan.
Teringat saya ketika di sekolah dahulu kisah seorang pelajar yang digantung sekolah selama 3 hari. Apabila datang ke sekolah tidak tahu menahu akan kerja rumah yang diberikan. Apabila cikgu ingin mendenda.
“ Cikgu, saya tak siap kerja rumah sebab saya digantung sekolah masa cikgu memberikannya”
Beliau tetap dirotan.
1 ulasan:
AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,性感影片,正妹,聊天室,
情色論壇
Post a Comment