Friday, April 17, 2009

Kasihan 'Salafi'

“ Apa kata tok guru kamu salafi di Saudi” Gelak Dr. Abdul Hamid Majali.

Setiap kali ada perbezaan pendapat dengan Abdul Ilah pastinya pensyarah akan menyidir beliau dengan salafi Saudi.

Pernah suatu ketika, dalam kelas Dr. Jamal, beliau mengetuk pintu dengan perlahan kemudian ditegur oleh pensyarah. Apabila beliau keluar, Dr Jamal tersenyum sambil berkata.

“ Salafi tidak percaya majazi dalam Quran”

Abdul Ilah, dengan sentiasa berkopiah, seorang yang cemerlang dalam akademik, berjubah singkat terkenal dengan sikap beliau yang agak sukar untuk mengalah apabila bercakap. Hujahnya, mana dalil kamu?

Saya sendiri agak kecewa dengan sikap pelajar syariah sedemikian, bukan isu salafi, khalafi, syafie, hanafi namun ini adalah isu akhlak, adab dan dakwah.

Isu Salafi & Khalafi.
Saya tidak begitu berminat mendalami isu ini. Kadang-kadang bukan menambah ilmu namun perbicangan lebih berkisar menyerang antara satu sama lain.

Ketika di sekolah menengah.
“ Jangan pergi ke UIA, situ pusat wahabi”
“ Wahabi tu apa ustaz?”
“ Wahabi ni yang membidah dan mengkafirkan orang”
“ Diorang ni islam tak?”
“ Err.. Diorang islam tapi sesat”

Itu perbualan dengan seorang ustaz di sekolah, manakala ketika di UIA pula.
“ Hah, apa kata tok guru pondok kamu ifwat”
“ Bila masa pulak saya belajar kat pondok?”
“ Ala samala sekolah kamu itu. Golongan tua yang jumud”

Ketika ingin melanjutkan pengajian ke Jordan.
“ Nanti kalau kamu balik dari Jordan jangan bid’ah kan orang pulak”
“ Sana tempat salafi”
“ Orang Jordan ni bila balik Malaysia tak reti baca kitab, orang suruh ngaja kita arab nak ngaja kitab jawi”

Nak je saya jawab “ikut aku la, aku tak habiskan duit kamu pun”.

Di Universiti Mu’tah, saya dapat melihat sedikit kelainan tenaga pengajar. Ada yang salafi, ada yang asyaierah. Namun, saya melihat manhaj yang sederhana di sini.

Manhaj yang lebih sederhana. Mengiktiraf Ibnu Taimiyah, Albani, Muhammad Bin Abdul Wahab, Imam Abu Hassan Asya’ari, Sheikh Buti dan lain-lain.

Manhaj yang sederhana dengan bermazhab namun tidak terikat dengan sesuatu mazhab. Manhaj yang memperjuangkan tauhid yang mudah seperti yang diperjuangkan oleh salafi, namun tidak menafikan kepentingan ilmu mantiq dalam perbahasan akidah seperti manhaj Asyaierah.

Bermazhab Syafie, namun jika tidak membaca qunut tidak dilebal wahabi.
Berzikir selepas solat, namun tidak dilebal pembuat bid’ah.

Asyaierah ada jasanya dalam menolak hujjah-hujjah golongan falsafah.
Salafiyyah ada jasanya dalam permunian sifat-sifat Tuhan.
Muhammad Abdul Wahab ada jasanya dalam membersihkan amalan khurafat di kota suci islam.

Anda apa pula jasa anda dalam islam?

Ataupun jawapan Dr. Abdul Rahman Kailani lebih sesuai

“ Kamu bertegang urat semata-mata salafi ataupun asyaierah ni, adakah ianya menambahkan iman kamu?”

0 ulasan: