Sunday, April 26, 2009

Dilema Baitul Hikmah ( siri 1 )

" Kalaulah kita menghimpunkan pemain terbaik untk memenangi piala duta, kalau kita boleh himpunkan orang yang berkepimpinan untuk menerajui persatuan, kalau kita boleh menghimpunkan mutawwij untuk membentuk bayt muslim...."

" Mengapa kita tidak menghimpun mahasiswa-mahasiswa yang cemerlang untuk membentuk satu kumpulan ilmu dan kajian yang hebat?"

Saya masih ingat kata-kata tersebut ketika pelancaran unit baitul hikmah PERMATA. Bagaikan suatu niat murni, namun untuk mengekalkannya bukanlah sesuatu yang mudah.

Mu'tah dan perkembangan ilmi
Apabila disebut Mu'tah, banyak juga cerita menarik pelajar sini dari sudut ilmu. Kewujudan kumpulan salafi dan khalafi, penubuhan kelab diskusi ilmu, penghasilan monograf

Saya tidak begitu berani untuk menceritakan terlampau jauh memandangkan ini adalah sumber lisan dan barang kali maklumat tersebut boleh melukakan individu tertentu. Apapun suatu yang menarik jika ada persaingan antara kelompok ilmu berbanding dengan suasana mahasiswa yang tidak pedulisme.

Era 2007/2008.

Alhamdulillah, ilmiah bukan lagi sesuatu yang janggal untuk dibincangkan baik di kelas, rumah dan cafe. Saya masih ingat perbicangan Ustaz Mahadi dan Ustaz Baihaqi sentiasa menjadi tumpuan pelajar di cafe.

Begitu juga pengeluaran EF BA banyak mendapat respon daripada pelajar. Isunya lebih menarik dan membuka minda. Kelas tafaquh menerima kehadiran yang mendadak, begitu juga kelas bantuan akademik.

Bagi saya sekiranya kita cuba menonjolkan perbicangan ilmu tanpa dengan sentimen terhadap orang lain, sudah tentunya diterima. Tinggal dulu perbahasan safar mar’ah, iktilat, politik islam. Bukan isu itu tidak penting, namun membina sikap mahasiswa lebih diutamakan agar bersikap terbuka dan matang.

Pelancaran Baitul Hikmah
Akhirnya alangkah baiknya jika dapat membentuk satu kumpulan yang membincangkan ilmu, mengkaji dan melahirkan sesuatu. Tidak lupa juga sebagai akademi dalam menghasilkan para da’ie

Namun, mungkin perkiraan saya silap.

Saya sendiri pernah ditegur dan dilebel penulis kontroversi hingga pernah dicadangkan agar tidak dibenarkan menulis. Ini sedikit sebanyak menjadikan saya serba salah.

Saya mewujudkan kumpulan ahli penal, dengan menolak konsep organisasi agar tidak terbeban dan panel bebas menghasilkan sesuatu. Namun, apabila masing-masing mula dibebani dengan tanggungjawab yang lain, mungkin keutamaan itu pada yang lebih besar.

Masih saya ingat ketika seorang pelajar melontarkan kritikan bahawa kita belum layak dengan kelas tafaquh dan kelas muasirah. Jika mempertikaikan proses input dalam ilmu, bagaimanakah ingin menghasilkan outputnya?

Akhirnya..

Baitul Hikmah makin kabur.

Hari demi saya melihat. Adakah harapan saya berkubur..

Adakah saya akan mengalah?