Kesibukan dengan pengurusan KARISMA tidak menghalang saya meneruskan latihan bersama SBB. Setakat ini sudah 2 kali saya menulis berkenaan SBB diblog ini.
Sekarang sudah masuk tahun ketiga saya bersama mereka, mungkin antara pemain senior. Sesekali terpandang piala pusingan dato’ duta yang begitu megah telah menjadi milik kami setelah 3 tahun berturut-turut mengungguli kejohanan piala duta.
Kenangan cukup manis bersama team ini. Saya dapat merasai semangat berjuang, kerja berpasukan, patuh kepada ketua dan lain-lain yang mana agak sukar untuk merasai semua ini dalam persatuan.
Abang Fahmi, Papa dan Abang Ije sudah pulang ke Malaysia, namun saya masih merasai semangat mereka. Saya masih ingat betapa marahnya papa takala kami bermain dengan penuh leka menentang pasukan Amman. Begitu juga Abang Fahmi yang memarahi Ayi dan saya sendiri ditegur oleh Abang Ije. Kami tidak pernah terasa dengan kata-kata mereka, bahkan makin bersemangat.
Hari ini, kami masih mempunyai pelapis dan penganti mereka. Hari ini juga kami kehilangan apa yang digelar ‘mesin gol’ SBB. Ramai yang kecewa, namun saya merasakan jodoh ‘dia’ dan team kita sudah berakhir. Hormatilah keputusannya untuk membawa haluan baru.
Mungkin hikmahnya, kita perlu buktikan pasukan kita bukan dibina atas individu tertentu. Kita menghargai akan jasa mereka, namun kita ada kekuatan team kita sendiri. Kita buktikan yang kita masih relevan dan digeruni.
Mungkin juga kita patut memberi peluang kepada mereka yang sering memanaskan bangku simpanan untuk membuktikan bahawa mereka bukan sekadar memenuhi nama di borang pendaftaran.
Kita sedar apabila ruang pemain import dibuka, ramai yang ingin membina the dream team. Teruslah, kami sebagai penganjur mengalu-alukan semangat sukan anda semua.
Memang kami menyambut anda dengan ukhuwah. Bahkan tema itulah yang kami laung-laungkan.
Namun, ada beza antara ukhuwah dan perjuangan.
Untuk menyerahkan title kejuaraan kepada anda, kami telah pun menyediakan jalan yang sangat sukar.
Pertahanan kami masih tidak berubah. Ayi, Pendi dan Syafiq sudah pun membotakkan kepala. Miqdad pula tampak berstamina selepas pulih daripada kecederaan lutut. Kudin membuktikan gol jarak jauhnya. Fatin masih laju untuk mengkucar-kacirkan pertahanan kiri lawan.
Tunggulah nanti kelajuan Rozaimi dan Rabbani, mampukah anda menyekatnya. 2 pemain baru Nayi dan Najmi tampak serasi bersama kami.
Kami menanti anda dengan senyuman ukhuwah, namun dengan semangat perjuangan yang sentiasa menyala-nyala
0 ulasan:
Post a Comment