Saturday, April 4, 2009

Ada apa dengan ASEAN?


Semalam, mesyuarat KARISMA diadakan di rumah Dato' Abdul Malek, Duta besar Malaysia ke Amman. Setelah membentangkan gerak kerja dan perancangan, dato juga menceritakan hal ehwal diplomatik dan kedutaan.

Apa yang jelas ikatan Malaysia dan rakan-rakan negara ASEAN cukup rapat. Daripada pelajar hinggala kepada duta. Sehinggakan ada cadangan agar diwujudkan majlis kedutaan ASEAN di Jordan ini. Dari sudut pelajar pula, pelbagai program-program yang dijalankan bersama antara pelajar negara Thailand dan Indonesia. Mungkin kita berkongsi bahasa dan kita dari rumpun bangsa yang sama.

ASEAN ditubuhkan 8 Ogos 1967 setelah beberapa pertubuhan serantau sebelum ini menemui kebuntuan. Ditubuhkan atas prinsip hormat antara satu sama lain dan tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota, pertubuhan ini berpusat di Jakarta, Indonesia. Dengan populasi penduduk seramai 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi, ASEAN masih lagi pertubuhan yang 'kecil'.

Kelainan ASEAN berbanding pertubuhan lain adalah dari sudut ideologi dan agama ahlinya. Jika dilihat EU dianggotai oleh negara-negara barat beragama kristian dan berbangsa eropah. Liga Arab pula dibentuk oleh negara-negara arab. Begitu juga OIC yang terhasil daripada negara-negara islam.

Kita berbangga dengan kepelbagaian dalam ASEAN namun, semua itu kadang-kadang tidak begitu indah. Antaranya:-

1. Negara-negara Islam ASEAN ( Malaysia, Indonesia dan Brunei ) tidak dapat membela masyarakat islam di selatan Thai atas dasar piagam ASEAN tidak mencampuri urusan dalaman negara anggota.

2. Begitu juga penindasan umat islam di Myammar, Filipina, Laos dan Kemboja. Kita hanya berdiam diri.

3. Dari sudut ekonomi jurang antara ASEAN masih jauh. Singapura, Brunei, Malaysia jauh kehadapan berbanding Indonesia, Laos dan Kemboja. Hingga sekarang negara ASEAN masih belum bersetuju mengeluarkan satu matawang seperti euro di EU.

4. Sentimen antara negara masih wujud. Sebagaimana Malaysia mencurigai Singapura. Myammar memerhatikan Thailand dan yang terbaru pertempuran antara tentera Thailand dengan Kemboja. Filipina juga masih mengimpikan sabah. Beberapa tahun lepas armada perang Indonesia menghampiri Malaysia semata-mata perebutan telaga minyak.

5. Ideologi yang berlainan seperti Myammar sebuah negara ketenteraan turut mengundang rasa tidak senang negara-negara demokrasi lain. Lantas memberi lampu hijau kepada US untuk masuk campur dalam urusan negara tersebut.

Namun begitu, ASEAN masih ada kerjasama ekonomi, visa dan juga sukan.

Sukan SEA masih relevan dan mendapat sambutan oleh semua masyarakat ASEAN

Bagaimana dengan MPPM?

Relevenkah sukan sebagai penyatuan kita?

" Saya Datang Kerana Ukhuwah"

0 ulasan: