Monday, March 16, 2009

Suara Menuntut Perubahan?


“ Perkara yang antum rasa samalah dengan apa yang ana rasa sewaktu tiba di Jordan dahulu, kita merasakan semuanya sempurna, namun keadaan adalah sebaliknya. Kita perlu memahami waqi’ sini terlebih dahulu” jawab Presiden PERMATA

Perlukah melantangkan suara, menegakkan isu yang boleh menaikkan sentimen ataupun mendedahkn kelemahan individu dan kepimpinan semata-mata membuktikan suara kita lantang. Ataupun memang benar kita mengambil berat dalam sesuatu isu?

Tidak dinafikan setiap kali PERMATA menerima kehadiran pelajar baru, terdengarlah suara-suara lantang menuntut perubahan. Kebiasaan perkara yang dituntut:

1. Pelajar yang pernah berpengalaman di IPT mendesak perubahan dalam persatuan agar lebih protokol, profesional dan terbuka lantas mempertikaikan bentuk program dan pengurusan persatuan.

2. Pelajar daripada sekolah agama pula melaung-laungkan isu tarbiyah dan akhlak seorang mahasiswa muslim dengan menyentuh hubungan antara lelaki dan perempuan tanpa batasan.

Saluran Persatuan.
Hatta saya sendiri pernah merasai pengalaman di IPT selama setahun bercita-cita ingin mengubah PERMATA sama dengan landskap Malaysia agar nampak lebih matang. Namun, bukanlah dengan cara merendahkan kepimpinan yang ada. Volume perubahan perlu disesuaikan dengan keadaan samada keadaan diri ataupun pimpinan.

Ketua BA.
Akhirnya saya memenangi jawatan Ahli Lembaga Tadbir, walaupun ditawarkan dengan jawatan Ketua Biro Bimbingan dan Rohani, saya berusaha untuk melobi ketua Biro Akademik ( BA ) dan akhirnya menang dengan undian mesyuarat.

Dalam pemerhatian saya, portfolio Biro Akademik yang meliputi bidang pengurusan pelajar dan pembangunan ilmi sangat sesuai untuk agenda perubahan. Kehadiran Pelajar baru melalui BA memberi peluang kepada saya untuk membentuk pemikiran mereka. Walaupun usaha ini kecil namun ada sedikit kesannya.

Perubahan yang terpenting ialah menjadikan sesuatu program ataupun persatuan itu sendiri bukan untuk individu atau kumpulan tertentu, seterusnya menjadikan agar sentiasa relevan dengan mood pelajar.

EF iaitu risalah ilmiah dihidupkan kembali untuk menyemai sikap membaca dikalangan mahasiswa. Isi kandungannya bukan diapi-apikan dengan isu ikhtilat, bahkan diwarnai dengan maklumat-maklumat menarik yang padat dan ringkas.

KOMIS disidangkan kembali. Akhirnya suara mahasiswa daripada pelbagai aliran, ideologi dan tahun bergema di dewan 8, kuliah Syariah. Sudah lama mahasiswa tidak berhimpun seperti ini. Ikatan batch ditautkan kembali, ukhuwah disemai dan ilmiah ditonjolkan. Kemudian diteruskan dengan MAFEST bagi menghargai mahasiswa yang banyak menyumbang kepada ahli.

Apa yang penting semuanya mempunyai agenda perubahan yang positif. Hasilnya program ilmiah bukan lagi program kedua permata dan yang paling utama juga tiada siapa yang rasa tersisih.

Namun, saya masih belum bersuara ketika itu. Perubahan lebih banyak berdasarkan tindakan berbanding kritikan.

Antara 2 Timbalan.
Untuk sesi ini saya diamanahkan dengan 2 jawatan besar, timbalan presiden PERMATA dan dalam masa yang sama sebagai timbalan 1 MPPM. Berbanding sesi lepas jawatan lebih berorientasikan gerak kerja, kali ini lebih ke arah penasihat dan chek and balance bagi persatuan. Maka, suara lebih banyak keluar daripada kerja samada di peringkat PERMATA dan MPPM.

Nasihat Bagi Yang Menuntut Perubahan.
Perkara dalam hati tidak mungkin dapat dilihat, namun ramai yang dapat menilai sesuatu kata-kata samada suara kita suara yang ikhlas ataupun mempunyai agenda yang tersembunyi.

Perlukah lantang membangkitkan sesuatu isu dikhalayak ramai tanpa usul periksa? Kemudian memaksa pimpinan membalas dengan volume yang sama.

Sebelum melakukan perubahan,menangi dahulu hati mahasiswa yang ingin kita ubah. Bukankah ini konsep yang sama seperti dakwah?

Satu perkara yang sangat penting juga, bersediakah pejuang-pejuang perubahan ini dikritik atau menghadapi pelbagai fitnah hatta saya sendiri pernah dituduh meminta jawatan dan seorang pencetus kontroversi.

Apa yang pasti janganlah perubahan itu menghancurkan perpaduan di sini.

Kerana perpaduan itulah menjadikan PERMATA relevan di mata ahli.
Kerana perpaduan itulah kita masih boleh bersuara.
Kerana perpaduan itulah kita dihormati.

Sebelum ‘Saya datang dengan ukhuwah’,

tonjolkan dahulu ‘ Ukhwah prinsip kami’

0 ulasan: