Thursday, March 5, 2009

Suara Kita Ada Nilainya.

" Bagus persoalan yang kamu timbulkan itu" respon Dr. Syuesh Mahamid dalam pengajian halal wa haram yang diadakan di wisma negeri 9.

" Mumtaz.. masalah pembunuhan rahmat memang sesuai dikaitkan dengan tajuk ini". Puji Prof Dr. Abdul Hamid Majali.

Bersuara dalam kelas merupakan perkara yang sangat sukar dilakukan oleh mahasiswa malaysia di Universiti Mu'tah walaupun kadang-kadang kelas tersebut didominasi oleh mereka. Ada beberapa sebab. antaranya:-

1. Penguasaan bahasa arab yang lemah terutama dari sudut pertuturan.

2. Sifat malu yang merupakan sifat semula jadi bangsa kita. Malu di sini mungkin takut pensyarah tidak memahami soalan kita.

3. Kegagalan memahami pengajian. Kalaulah muhadharah pensyarah pun tidak difahami masakan ingin menimbulkan persoalan.

4. Tenggelam dengan suasana kelas yang dikuasai oleh suara pelajar arab.

Hakikatnya kesan daripada kegagalan pelajar Malaysia aktif menyebabkan:-

1. Pelajar Malaysia dipandang sebelah mata oleh pensyarah hingga mempengaruhi keputusan peperiksaan pelajar. Buktinya, ada beberapa pensyarah meletakkan markah secara rambang kepada mereka.

2. Hubungan yang kurang mesra dengan pensyarah. Kebiasaannya pensyarah akan mengenali kita di dalam kelas.

3. Membentuk satu biah ataupun budaya yang akan mewarisi generasi pelajar Malaysia turun temurun.

Saya dan Musyarakah
" Bile kelas kita akan datang?" tanya Dr. Zaghul.
" Saya tiba di Jordan bulan lepas Dr." saya menjawab dengan terketar-ketar. Seluruh pelajar dalam kelas tersebut ketawa.

" Inilah pelajar Malaysia!!". Jawab beliau dengan nada yang marah.

Sejak daripada itu, beliau langsung tidak mengendahkan pelajar Malaysia. Bahkan sumua daripada kami digagalkan kecuali saya, Fudhail dan Syaheed. Itupun markah dibawah 60.

Saya terus membisu. Namun itu cerita dulu.

Masuk tahun 2, saya merasakan sekiranya diteruskan tabiat sedemikian akan menyebabkan dipandang rendah mahasiswa tahun 1 yang baru datang. Lagipun tiada sebab untuk tidak aktif dalam kelas. Saya membayar yuran pengajian, maka saya juga mempunyai hak bertanya. Ditambah pula bahasa arab saya semakin baik. Begitu juga penguasaan ilmu syariah.

Suatu hari dengan terketar-ketar saya mencuba.

" Dr, apa pendapat anda berkenaan dengan pengklonan anggota badan. Ini akan memberi faedah besar kepada manusia dan rasanya mudharatnya tidak sama dengan klon manusia biasa"

" Sebenarnya tajuk ini dibincangkan diperingkat master. Bagus kamu bertanya".

Saya merasakan soalan saya yang paling bodoh rupa-rupanya itu respon Dr.Syuesh dalam kelas qadhaya Fiqhiyah Muasirah.

Bermula daripada itu saya terus bersuara sebab saya tahu suara saya ada nilainya. Samada untuk saya dan untuk ahli kelas. Dr. Hammad Azzam, Dr. Syuesh, Dr. Ali Zuqaili, Dr. Kailani, Dr. Ghuraibah dan banyak lagi pensyarah saya bertanya dan memberikan pandangan. Samada di universiti ataupun kelas pengajian tafaquh yang diadakan di wisma.

Hari ini saya bebas bertanyakan kepada sesiapa sahaja yang saya inginkan. Bahkan dalam satu masalah saya mampu mendapatkan banyak fatwa daripada pensyarah. Yang menggembirakan, ianya mempengaruhi keputusan peperiksaan saya. Jika dibandingkan dengan hafalan saya yang lemah, nampak ada sedikit ehsan daripada pensyarah. Sebagai contoh semua subjek saya dengan Dr. Ali Zuqaili 80 keatas walaupun saya tidak dapat menjawab dengan baik.

Namun apa yang lebih penting, kita bertanya untuk kefahaman kita. Gunakan hak kita.

Ayuh pelajar Malaysia, suara kita ada nilainya.

0 ulasan: