Wednesday, March 25, 2009

Siapa Pengganti Beliau?...

" Ifwat,anta rasa siapa yang akan menggantikan syaheed?"
" Ntah"

Sebenarnya isu ini bukanlah terlalu awal lagi untuk diwar-warkan. Tahun lepas pilihanraya PERMATA diadakan pada bulan Mei. Walaupun tahun ini, presiden membuat keputusan untuk menganjaknya ke tempoh yang agak jauh, namun bahang pengganti beliau makin dirasai.

Saya tidak berminat untuk menyebutnya secara individu. Itu semua akan mengganggu calon tersebut lagi-lagi jika mereka sebahagian daripada ALT. Sekiranya disebut pasti akan menimbulkan fitnah.

Bagi saya sebelum berkempen siapa yang menjadi pemimpin, adalah lebih penting memperjuangkan Persatuan Perpaduan ( PP ). Sekiranya perpaduan terbentuk, mudahlah kerja presiden. Ataupun berkempen untuk bakal-bakal team ALT yang akan naik nanti kerana merekalah yang bakal membentuk PP.

Cuma jika ditanya ciri-ciri presiden, saya akan melihat daripada beberapa sudut:-

1. Mempunyai akhlak yang baik, namun tidak semestinya berkopiah dan bercakap ana anta. Cukup sekadar tergolong dalam orang boleh dipercayai dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah diri.

2. Kebolehan bercakap arab. Ini sangat penting kerana Presiden akan menjadi wakil pelajar Melayu di Universiti dan juga apabila ada kes-kes yang melibatkan pihak berkuasa, beliau pasti akan hadir sama.

3. Hubungan yang baik dengan ahli. Dalam hal ini saya berpendapat presiden mesti ada rekod hadir ke program sukan. Bahkan sangat penting agar golongan yang 'bermain' tidak hanyut daripada PERMATA.

4. Bijak berinteraksi dengan pihak luar. Maksud saya mestila bijak membawa nama PERMATA di MPPM dan MSD. Ada perkara yang kita perlu lantang mempertahankannya dan ada perkara memerlukan tolak ansur dan saling memahami.

4. Imej akademik. Saya tidak mensyaratkan mesti mumtaz ataupun best student, namun sekurang-kurangnya orang tidak akan bercakap " presiden pun tak lulus?"

Ciri-ciri diatas lebih dipengaruhi oleh suasana mahasiswa Malaysia Mu'tah dan PERMATA itu sendiri. Adapun, ciri-ciri yang lebih utama seperti berkepimpinan, bijak, amanah dan bertanggungjawab juga tidak dinafikan pentingnya.

Cuma,janganlah amanah, thiqah, tanggungjawab kita yang tafsirkan pada individu tertentu dan menafikan ada pada individu lain. Bukan semua ciri-ciri yang ada pada seseorang itu kita ketahui ataupun bukan semua ciri yang dianggap betul pada pandangan kita.

Kesimpulannya jangan mudah menghukum orang, hatta dalam agama pun kita hanya disuruh menyatakan hukum bukannya menghukum.

Semoga kepimpinan PERMATA akan terus diwarisi kepada yang selayaknya.

0 ulasan: