Dalam pengajian Fiqh Uqubat yang membincangkan undang-undang kanun jenayah dalam islam, kita akan dapati pendapat-pendapat setiap mazhab melambangkan aliran pemikiran mereka dalam mengeluarkan hukum. Namun perbezaan tersebut boleh dikategorikan perbezaan perlaksanaan dan dalam masalah yang kecil. Adapun hukum jenayah islam secara umum iaitu hudud dan qisas ulama bersepakat akan kewajipan.
Sebelum ini saya ada menulis artikel berkenaan mazhab Maliki terbina atas adab dan akhlak menjadikan mazhab ini agak tegas terutamanya dalam bab jinayah hudud dan qisas.
Dalam perbahasan berkenaan hukuman zina, mazhab lain tidak menjatuhkan hukuman hudud bagi sesiapa yang berzina dengan mayat,namun mazhab Maliki menghukumkan dengan bahkan lebih wajar kerana dosa zina dan dosa menghina kemuliaan mayat.
Dalam masalah hukuman buang negeri kepada penzina, mazhab lain menjatuhkan hukuman sebat dan buang negeri selama 1 tahun kepada penzina yang belum berkahwin samada lelaki ataupun perempuan, namun bagi mazhab Maliki hukuman tersebut hanya kepada lelaki kerana jika dibuang negeri bagi seorang penzina perempuan,maka fitnah akan lebih besar.
Dalam jenayah minum arak, mazhab ini juga turut menjatuhkan hudud kepada bukan islam yang sengaja minum dikhalayak ramai kerana tidak menghormati umat islam.
Dalam masalah Qisas iaitu hukuman bunuh dibalas bunuh, mazhab lain membahagikan pembunahan kepada 3 iaitu sengaja, seakan-akan sengaja dan pembunuhan yang silap. contoh yang jelas daripada pembahagian ini, apabila seseorang yang membunuh dengan menggunakan alat yang tidak menjadi kebiasaan dalam membunuh maka tidak dijatuhkan qisas. Hanya membayar diat.
Namun bagi mazhab Maliki, mereka hanya membahagikan pembunuhan kepada 2 iaitu sengaja ataupun tidak sengaja. Semua pembunuhan yang mempunyai niat akan dikenakan qisas walaupun menggunakan batu kecil. Begitu tegasnya mazhab ini.
Baru-baru ini tersebar berita di Mu'tah mazhab maliki mengharuskan makan daging anjing. Saya cukup terkejut. Bersama ust Said, kami merujuk kitab-kitab mazhab dan dengan bantuan ust Mahadi juga, beliau menyatakan adalah tidak wajar menyatakan itu adalah pendapat mazhab Maliki apatah lagi jika dinisbahkan kepada Imam Malik.
Kepada semua, hati-hatilah dalam menaqalkan kata-kata imam-imam mazhab.
0 ulasan:
Post a Comment