Wednesday, March 18, 2009

PP Kebanggaan Kita...



Dalam cafe idari di suatu sudut ada sebuah meja. Tiada apa yang menarik tentang meja itu dan tiada makanan yang begitu sedap di cafe tersebut. Begitu juga suasana hiruk pikuk menjadikannya bukanlah tempat ideal untuk 'lepak'.

Namun apa yang menarik adalah berkenaan makhluk-makhluk yang menghuni meja tersebut adalah spesis manusia yang berasal dari asia tenggara.

Yang lebih menarik lagi, kumpulan tersebut mencorakkan identiti Mahasiswa Malaysia Mu'tah. Bukannya corak kebudayaan yang menampilkan 3 kaum utama Malaysia ( mungkin ada bangsa dusun,hehe )

Identiti Mahasiswa Malaysia Mu'tah.
2 orang pelajar tajsir KIDR, seorang pelajar KUSZA & KUIS, seorang berkopiah, 2 orang menghisap rokok, seorang anak tokoh PAS, 3 orang pelajar kelantan, Pelajar KELAB pun ada.

Apa yang dibincangkan?

Bukan isu kenegerian, bukan juga isu ikhtilat, jauh sekali isu politik.

Isu persatuan, kebajikan pelajar, PERMATA, KARISMA melobi perbincangan. Walaupun 90% diselangi dengan nada gurauan. Sesiapa sahaja tidak kekok bercakap dengan tentang hal ini. Isu yang sangat relevan bagi semua bentuk lapisan mahasiswa.

PERMATA untuk Semua.
Saya bukanlah pengkagum Mohammad bin Mohsen, bahkan banyak perkara yang kami tidak sehaluan. Saya tidak begitu ta'jub dengan gagasan PERMATA matang 2009, begitu juga dengan lagu PERMATA, apatah lagi dengan visi, misi dan objektif beliau.

Cuma yang menyebabkan saya menganggap beliau tokoh terhebat di sini kerana motto "PERMATA untuk Semua". Satu perkara yang menarik ketika era beliau, apabila PERMATA diwarnai oleh semua kumpulan yang wujud di bumi Mu'tah ini. Jemaah, KELAB, open minded group, thiqah, KIDR, KUSZA, pantai timur, golongan akademik dan pelbagai lagi.

Hasilnya, imej PERMATA ditonjolkan sebagai perwakilan pelajar ( PP ) dan persatuan perpaduan ( PP ).

Saya tidak nafikan presiden sebelum-sebelum ini memainkan peranan dalam merapatkan jurang antara mahasiswa Mu'tah, namun bezanya dengan Mohammad Mohsen, usaha beliau tidak sekadar turun padang, namun sanggup berkongsi tanggungjawab serta saham dalam PERMATA.

Betul, tanggungjawab menggerakkan persatuan adalah di bahu semua orang. PERMATA adalah syarikat semua mahasiswa Mu'tah.

Hasilnya, hingga sekarang perpaduan di Mu'tah bagi saya membanggakan. Bagi mereka yang melalui beberapa era dalam PERMATA pasti menarik nafas lega akan hal ini.

PERMATA di mata Mahasiswa Jordan.
Sukar untuk mengukurnya,namun bagi sesiapa yang bersama MPPM tahu apa yang diperkatakan tentangnya setiap kali mesyuarat peringkat Jordan.

Namun, saya bangga dengan PERMATA atas perpaduannya, juga bangga kerana gerak kerja PERMATA dilaksanakan oleh orang yang selayaknya dari sudut kepimpinan & bakat. Saya juga bangga isu politik bukan agenda kepimpinan walaupun orang yang berkepentingan menyalak-nyalak di luar sana. Sikap pimpinan yang bertolak ansur dalam beberapa isu membawa kepada perubahan secara matang oleh beberapa kumpulan yang dahulunya disisihkan.

Saya anti ikhtilat, namun saya sayangkan mereka yang hanyut dengannya,
Saya ada pendirian politik, namun saya tidak akan mengorbankan persatuan kerananya,
Saya anak pantai timur, namun bukanlah begitu asobiyah untuk berkenalan dengan rakan-rakan lain,

Saya pimpinan mahasiswa, saya juga mahasiswa yang dipimpin.

" Saya menyambut anda dengan ukhuwah"

Road to KARISMA.

0 ulasan: