Thursday, March 12, 2009

Ideologi Mahasiswa: Perlukah Sedemikian?



" Tengok MPPM dah tunduk dengan kehendak MSD yang inginkan persatuan ini ada biro. dah tak jadi perwakilan dah "

" Apa pulak kaitan dengan MSD? Ahli yang ubah sendiri dalam AGM".

Walaupun perubahan MPPM bukan berlaku pada sesi ini,namun kami sebagai Majlis Tertinggi mempertahankannya disebabkan perubahan tersebut adalah kehendak Ahli Majlis Mesyuarat sendiri. Dalam PERTAMA sesi lepas pun sudah dijadikan resolusi agar MPPM dibuka ahlinya kepada semua mahasiswa.

Namun, bukan ini yang saya ingin bawakan, cuma ada beberapa individu lebih suka melihat gerakan mahasiswa perlu menentang arus, sekiranya sependapat dengan pihak MSD terus dikatakan tiada pendirian mahasiswa. Apa yang penting, terus bangkang MSD agar nampak hebat dimata ahli.

Realiti Mahasiswa Jordan.
Sekiranya diperhatikan, sememangnya gerakan mahasiswa Malaysia di Jordan ini agak kurang agresif dalam membincangkan arus perdana di tanah air. Imej idealogi politik juga tidak kelihatan pada persatuan. Hubungan yang baik dibina antara persatuan dan pihak MSD kerana masing-masing mengetahui kepentingan sedemikian.

Jika dilihat bebenan yang dihadapi oleh mahasiswa Jordan cukup besar. Sara hidup yang tinggi menyebabkan mahasiswa tidak mengimpikan untuk tinggal lama di sini. Jadual peperiksaan padat serta kehadiran wajib ke kuliyah menyebabkan fokus mahasiswa bertumpu kepada Universiti.

Oleh yang demikian, pihak persatuan ada matlamatnya. Program yang diadakan mestilah tidak mengeluarkan wang yang banyak daripada pelajar, maka kerana ini persatuan memerlukan MSD. Bagi pihak MSD pula, dengan kakitangan hanya beberapa orang, mereka amat memerlukan persatuan untuk membantu mereka dari sudut kebajikan pelajar dan kadang-kadang urusan dengan pihak Universiti.

Namun,entiti persatuan masih lagi bebas daripada mana-mana pengaruh. Sudah beberapa kali cadangan MSD ditolak membuktikan kami yang membuat keputusan. Pernolakan itu disebabkan suara ahli bukannya sentimen kami kepada MSD.

KELAB & jemaah?
" Anta tak masuk Kelab ke?"
" Siapa pemimpin jemaah sekarang?"

Zaman sudah berubah, mahasiswa juga mengalami perubahan dan kematangan. Isu yang merugikan itu bukan lagi agenda kami. Masing-masing menunjukkan sikap berlapang dada. Walaupun pernah saya nyatakan dalam Minggu Haluan Siswa bahawa MPPM bukan badan politik dan tidak akan berkerjasama dengan badan politik, itu hanyalah dalam perlembagaan serta hubungan rasmi.

Bahkan saya sendiri memuji sikap beberapa ahli Kelab yang bekerja secara profesional dalam persatuan. Hakikatnya ramai dikalangan mereka bersama persatuan.

Sebagai menghormati mahasiswa yang terdiri daripada pelbagai ideologi, MPPM dan persatuan gabungannya tetap mempertahankan idealism persatuan yang bebas daripada politik. Bagi kami, Bukan semua daripada mahasiswa akan terjun dalam bidang politik apabila pulang ke Malaysia nanti. Ada ingin menjadi ahli akademik, ada yang ingin menjadi ahli ekonomi, tokoh masyarakat, ahli perniagaan, guru dan lain-lain lagi.

Maka, di pihak persatuan, kami menyediakan medium ke arah itu agar semuanya sesuai dengan mahasiswa. Itulah istimewanya persatuan di sini, digerakkan oleh ahli yang pelbagai idealogi politik dan perjuangan, namun semua itu tidak ditegakkan agar kami sentiasa relevan dimata mahasiswa Jordan.

Tulisan ini berkaitan mahasiswa Malaysia Jordan kini.

1 ulasan:

shinja said...

Mahasiswa..terdiri daripada kita, mereka & kamu serta aku. Punya pelbagai ideologi, punya banyak pandangan dan pendirian. Kita bersatu di bawah 1 payung. Kita ada hala tuju yg 1. Selesaikan dulu di peringkat kita sebelum kita menunding jari ke arah org lain.