Friday, March 20, 2009

Cafe Muasirah & Kelas Akademik



" Wat, bile cafe muasirah kita start" mesej jeme.

Oh, saya hampir terlupa akan kelas tersebut ( kelas pemulihan akhlak, hehe ). Kelas yang disertai oleh Hayyee, Mat Din, Fatin, Dol, Abang Lee, Jeme, Azmuddin dan Pok Nik. Mungkin bertaraf TDI ( usrah ). Semalam sudah kelas yang ketiga. Tajuknya berkisarkan asas-asas fiqh zakat kemudian diteruskan dengan fatwa Qaradhawi berkenaan talak seorang suami terhadap isterinya, 3 bulan selepas itu didapati isterinya hamil. Fatwa tersebut berkisarkan hukum talak bid'ie. Kemudian kami sempat juga membaca kitab rawa'i bayan membincangkan hukum zawaj muhalla ( cina buta ).

Setakat ini hampir separuh kitab fatwa muasirah Syeikh Qaradhawi jilid 1 yang kami baca dan terjemahkan. Masing-masing tampak seronok mendengarnya.

Maaf BBR.

Saya juga ingin memohon maaf kepada BBR berkenaan pembatalan kelas fiqh muasirah yang saya kendalikan sebelum ini. Saya merasakan ianya tidak menjejaskan BBR kerana sudah ada kelas yang menggantikannya yang jauh lebih hebat. Sebenarnya kelas itu agak berat juga bagi saya.

Namun, saya akui, kelas tersebut sebelum ini banyak membuka minda pelajar terutamanya berkenaan konsep dan isu-isu fiqh kontemporari.

Untuk semester ini saya hanya mengajar kelas muamalat maliah & fiqh uqubat dan saya hanya mengambil 4 subjek di universiti, berbanding tahun lepas saya terpaksa memenuhi hingga 5 kelas, ditambah pula subjek saya yang begitu berat. Alhamdulillah, mungkin berkat orang-orang yang hadir menjadikan keputusan peperiksaan saya naik.

Namun, untuk kali ini PERMATA mempunyai ramai bakat tutor ataupun pembimbing kelas akademik seperti Syafiq, Arif, Afiq, Ain dan ramai lagi. Teruskan usaha anda. Tanpa praktikal, anda tidak akan dapat mahir dalam penyampaian. bermulalah dari sekarang.

Membimbing golongan kelas kedua.
Sebenarnya bukan semua berpeluang menghadiri kelas tafaqquh BBR, bukan salah BBR, namun mungkin sebahagian pelajar tidak dapat mencapai tahap kefahaman kelas tersebut dan bukan semua orang sabar dalam hal ini. Ada juga dikalangan mereka yang agak keberatan untuk muncul di majlis ilmu disebabkan imej mereka sendiri.

Maka saya memperkenalkan kelas alternatif untuk anda. Kelas yang santai namun membincangkan fatwa-fatwa yang menarik dan saya juga menekankan asas-asas ilmu syariah. Cuma bagi pihak pengurusan, saudara Hayyee, beliau masih keberatan untuk mengiklankan kelas ini secara terbuka kerana takut menjadi bebanan kepada mahasiswa lain. Apa pun, tarikh yang kami pilih adalah setiap khamis malam jumaat.

Ifwat Garang?
Terkejut saya, apabila Dol berterus terang ( hehe ). Saya sendiri tidak menyedarinya, namun kadang-kadang apabila mengajar orang yang datang pada malam sebelum imtihan, terselahlah ke'garang'an itu. Apa pun sekurang-kurang saya masih memuji anda kerana tidak ego dalam bab ilmu. Apa yang boleh saya bantu, saya tidak akan keberatan.

Tilik Soalan.
Setakat ini saya sudah menjadi pembimbing kelas akademik untuk mahasiswa Malaysia Mu'tah semenjak tahun 2 lagi. Bermula dengan thaqafah islamiyah, kemudian diteruskan dengan kelas ayat ahkam, fiqh Qada', Fiqh Muamalat, Qadaya Fiqh Muasirah, Muamalat Maliah dan Maqasid Syariah.

Saya terkejut juga ada yang memilih saya kerana cara pengajaran saya lebih ke arah imtihan ( exam oriented ). Setiap kali habis kelas pasti ada pelajar yang bertanya.

" Macam mana soalan Dr?"
" Agak-agak tajuk apa yang masuk?"

Apa pun bagi pelajar yang mempunyai kemampuan dalam memahami subjek bimbinglah rakan-rakan kita yang agak ketinggalan. Pedulikan orang yang mempertikaikan tahap kita. Jangan terus biarkan orang yang hanyut semakin hanyut.

Berkebajikan, Ilmiah & Perpaduan..

PERMATA Matang 2009

0 ulasan: