Friday, March 20, 2009

Biah Ilmiah & Perpaduan



Saya akan terus mempromosi dan menyedarkan mahasiswa Mu'tah akan pentingnya perpaduan antara kita . Saya menyedari ramai yang menyalak-nyalak di luar sana, namun sayangnya, mereka tidak ubah seperti pengecut dan saya yakin mahasiswa Malaysia Mu'tah tidak akan mengangkat mereka sebagai peneraju PERMATA.

Inilah perkara biasa yang dihadapi oleh para penulis, bukan takut kepada kritikan artikel, namun serba salah apabila berhadapan dengan komentar yang menggunakan bahasa yang kononnya tinggi pada pemikiran mereka namun itulah membuktikan kebodohan, ditambah pula dengan nama samaran yang mencerminkan betapa pengecutnya mereka.

Apabila kita menjadi tetamu di blog orang, apa salahnya kita beradab. Bukan menyokong 100% kalam penulis, namun jika fikrah itu songsang perbetulkanlah dengan penuh tanggungjawab. Sekiranya ingin menegur peribadi, bukankah lebih baik menasihati dengan penuh hikmah.

Apa pun, ini tidak mematahkan semangat saya.

Hari ini saya akan menggembirakan pejuang-pejuang biah ilmiah. Saya menyokong bahawa biah ilmiah juga merupakan cara terbaik untuk menyatukan mahasiswa Mu'tah.

Kisah Kelas Tafaqquh
" Ust, kenapa tak join ....... ( takut orang yang berkepentingan & jumud tersalah faham )"
" Habis tu siapa yang ingin membentuk masyarakat bawah. Tengok kelas kita, macam-macam orang ada, kita kena jaga benda ni"

Itulah kata-kata ustaz Mahadi. Saya begitu rapat dengan beliau. Satu perkara yang saya sangat kagum pada beliau selain daripada ilmu, sikap yang sederhana dan tidak memihak pada mana-mana kumpulan. Sebab itulah beliau disegani dan dihormati oleh semua mahasiswa.

Kelas tafaqquh ust Mahadi bermula daripada rumah kami, kemudian semakin lama semakin berkembang. Konsep kelas tidak terhad kepada talaqi semata-mata. Di situ kami membincangkan masalah-masalah agama hatta isu mahasiswa pun disentuh.

Kelas sentiasa bergerak rumah ke rumah. Bermula dengan ahli rumah kami, rumah kelantan, kemudian disertai oleh kawan-kawan KIDR dan terus berkembang. Muhaimin dan Murtazam juga menyertainya. Sampai satu tahap kelas kami mencecah 20-30 orang ( khas syabab ).

Penyampaian ustaz Mahadi juga memainkan peranan penting dengan tiada unsur-unsur yang merapuhkan perpaduan seperti isu mahasiswa silam dan politik.

Selepas ketiadaan Ust Mahadi,kelas tafaquh tetap diteruskan oleh Dr.Syuesh dan Dr. Abdullah Fawwaz. Kehadiran pelajar ke kelas tafaqquh sungguh membanggakan jauh jika dibandingkan ketika saya tahun satu dahulu. Tidak lupa juga kelas bantuan akademik yang diadakan turut membantu mendekatkan PERMATA kepada ahli. Berbanding kelas tafaqquh, kelas akademik lebih diperlukan mahasiswa.

Sehingga sekarang, ada 3 buah kelas tafaqquh yang dihadiri oleh orang lama dan orang baru ( ada orang sensitif perkataan senior dan junior ). Nasihat saya bantulah orang-orang yang ketinggalan dalam bidang ilmi. Dari situ kita berkebajikan, kemudian menyuburkan ilmu dan jawapannya akan menghasilkan perpaduan.

Itulah dasar utama PERMATA sesi ini, berkebajikan, ilmiah dan perpaduan.

“ Kami Menyambut Dengan Ukhuwah”.