Tuesday, February 17, 2009

Yang Tersirat Pada PERTAMA

Alhamdulillah, Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia se Jordan ini telah pun melabuhkan tirainya. Dengan masa, wang dan tenaga yang dikorbankan, segala kerisauan Presiden MPPM dan Ketua Biro BPMA sudah pun hilang. Tahniah kepada pengarah dan seluruh yang menjayakan program ini. Bagi saya inilah program MPPM yang terbaik sepanjang saya berada di sini.

Yang Tersirat Pada AJK.
Bagi penilaian saya, pihak AJK telah menunjukkan komitmen yang tinggi. Saya suka melihat gerak kerja AJK yang berbentuk kerjasama dan cekap. Begitu juga sikap ramah mesra dalam menerima kunjungan tetamu. Dari sudut makanan, penempatan dan pengurusan masa menunjuk bagaikan ada suatu muhasabah yang baik. Mungkin muhasabah daripada KARISMA sebelum ini. Namun, apa yang terbaik, kebijaksanaan pihak penganjur mencari penyelesaian apabila perjalanan program terganggu oleh pihak berkuasa.

Yang Tersirat Pada Pengisian.
Inilah yang menjadi tulang belakang PERTAMA. Saya melahirkan penghargaan kepada perwakilan mahasiswa luar negara yang menghantar pembentang terbaik dan berpengalaman. Saya tertarik dengan kebanyakkan pembentang tidak merungut dan bersikap professional dengan kesempitan masa. Lebih menarik perhatian saya apabila pembentang bijak menukarkan beberapa istilah yang dianggap bahaya yang mendapat perhatian daripada pihak keselamatan. Tidak lupa juga tahniah kepada Dr. Faezah dan Ustazah Adawiayah kerana sebaris dengan pembentang mahasiswa lain.

Untuk forum, saya tidak menyangka kekalutan saya dalam mengendalikan forum mendapat pujian daripada ramai pihak kerana menganggap tingkah laku tersebut menceriakan dewan.

Berkenaan resolusi, saya tidak nampak kecacatan padanya walaupun tanpa perbahasan. Resolusi sedemikian lebih cantik dan menyeluruh daripada suara peserta. Apa guna berdebat dan berbahas dengan penghasilan resolusi lebih dipengaruhi oleh sikap keta’suban sesuatu ‘kumpulan’.

Mungkin ini dinamakan konsep win-win

Yang Tersirat Pada MPPM.
Berdasarkan pengalaman yang dikongsi oleh perwakilan luar, saya berpendapat MPPM berada dalam zon yang sangat selesa ataupun mungkin boleh dikatakan ‘manja’. Perwakilan Madinah menceritakan bahawa undang-undang yang ketat daripada negara tersebut menyukarkan pembentukan persatuan pelajar. Persatuan dari Syria pula menghadapi masalah visa pelajar daripada pihak berkuasa. Mesir pula dengan hubungan yang tidak begitu erat dengan pihak berwajib Malaysia.

Maka,dapatlah disimpulkan MPPM di Jordan sangat selesa. Kewangan yang hampir 100% bergantung kepada MSD dan kemudahan insfranstruktur daripada kerajaan tempatan.

Yang Tersirat Pada Mahasiswa Jordan.
Saya merasa lega dengan sikap peserta yang hadir tanpa membawa nama mantiqah. Ini satu perkara yang menarik bertepatan dengan misi ukhuwah se Jordan. Betapa mesranya dalam suatu kelompok ada Mafraq, Irbid, Mu’tah bahkan daripada Amman. Selain itu juga, dikalangan kami ada membincangkan untuk meng’MPPM’kan seluruh ahli. Bermakna mungkin MPPM akan menjadi persatuan tunggal di Jordan ini. Namun usaha ini tidak sepatutnya bergerak dengan agrasif.

Tahniah PERTAMA!

Road to KARISMA..

3 ulasan:

pertama '09 said...

Alhamdulilah, sejuk hati kami apabila anda semua berpuas hati dgn PERTAMA kali ini. Terima kasih xterhingga atas kerjasama anda semua.We try our BEST to give u the BEST. Semuanya dr Allah & utk Allah.Harap dpt hebahkan resolusi kat blog pertama kpd semua ahli mantiqah msg2. Jzkk khatira. Jemput ke Irbid lg.

shinja said...

Antara yang manarik dalam PERTAMA ni kan, seluruh mahasiswa dari seluruh Jordan dapat berkumpul bersama. Kita dari pelbagai bidang dapat bertukar-tukar ilmu dan pengalaman. Best kn?

arulz_adnan said...

memang dapat rasa kelainan PERTAMA kali ni...agaknyer bnyk sgt dugaan dr mula, dipertengahan dan akhirnya..mg usaha MPPM dapat memuaskan hati mahasiswa sejordan.sama- kita perbaiki..