Semalam merupakan pengalaman cukup manis yang pertama kali saya alami setelah berada di bumi Jordan ini. Kapten Tolal, menjemput saya bersama beliau hadir ke majlis sambutan Hari Lahir Raja Abdullah peringkat Karak.
Dia meminta saya bercakap mewakili kelabnya sebagai promosi. Saya hanya mengikut sahaja walaupun terpaksa ponteng kelas, namun ini pengalaman yang mungkin kali pertama dan terakhir di Jordan ini.
Kabilah Lebih Kuat Daripada Pihak Berkuasa?
Dalam perjalanan, van kami ditahan oleh pihak polis, saya begitu risau memandangkan pelajar Malaysia Jordan kini mendapat perhatian daripada pihak berkuasa tempatan.
" Aku tidak akan bagi kad pengenalan aku. Kalau aku nampak kamu di kampung aku, matilah kamu. Aku daripada Kabilah Qarallah."
" Kami hanya menjalankan tugas. Kamu terlebih muatan ni. Kamu nak ke mana?"
" Kami ingin mengadakan persembahan sempena hari keputeraan Raja"
" Apa keputeraan raja?!"
" Dengar semua, polis ini menghina raja kita!!"
Saya begitu risau, perkataan kurang enak mula keluar. Akhirnya polis yang terpaksa akur. Memang tidak dinafikan keadaan di karak ini, keta'suban kabilah sangat kuat. Baru-baru ini 3 buah kereta perisai di Mu'tah gara-gara perang kabilah.
Raja oh Raja.
Majlis disertai oleh ahli parlimen, ketua-ketua kabilah, pihak universiti, ketua askar dan ketua polis. 5 minit sebelum program bermula berlaku pergaduhan betul-betul di hadapan tetamu kehormat, namun berjaya dileraikan oleh pihak polis.
Ketika sesi Ahli Parlimen berucap suasana sangat bising. Para tetamu langsung tidak mengendahkan. Mereka tidak sabar-sabar untuk melihat persembahan.
Persembahan semuanya berbentuk nyanyian. Penonton masuk ke pentas menari. Bangsa arab ni pakaian dah nampak moden, namun lagu masih tradisional. Kemudian tibalah giliran saya untuk mewakili kelab. Saya hanya diminta bercakap dengan skrip yang sudah ada.
Namun, apa yang memeranjatkan saya, tetamu-tetamu kehormat ini berdiri. Antara ucapan saya.
" Saya muhammad Shahrul Ifwat, pelajar tahun 2 di universiti Mu'tah. Saya sangat kagum dengan masyarakat Jordan. Saya juga sukakan Raja Abdullah. Saya mewakili Kapten Tolal dan anak buahnya yang akan mengadakan satu persembahan. Semoga terhibur"
Seluruh penonton bersorak dan bertepuk tangan apabila saya menyatakan saya sukakan raja mereka.
Jika dibandingkan dengan program malaysia di sini sangat jauh bezanya. Namun ada ada satu perkara yang saya rasa program arab lebih baik iaitu:
Program yang tidak menyediakan makanan berat. Hanya air kosong dan kopi arab sahaja. Berlainan dengan program pelajar malaysia, mesti disediakan makanan.
Hmm..
Semoga Bangsa Arab kembali kepada islam
0 ulasan:
Post a Comment