Manusia secara fitrahnya tidak akan mampu bersendirian dalam menjalani kehidupannya. Manusia perlukan kawan samada sedikit ataupun ramai. Saya memilih untuk sentiasa bersama sesuatu kumpulan berbanding berkawan dengan seorang kawan baik.
Yang paling menggembirakan apabila membentuk ataupun menyertai sesebuah pasukan. Kita tidak bersendirian, kita tidak berdua, namun kita mempunyai satu pasukan yang melengkapi antara satu sama lain. Berkongsi impian, bergerak seiringan dan bergembira bersama. Inilah yang dinamakan pasukan impian ( The Dream Team ).
Pasukan ini mempunyai tujuan tertentu dalam menggapai sesuatu impian. Sama ada impian itu besar ataupun kecil, dengan the dream team, kita akan sentiasa bersikap positif kerana tidak menghadapinya bersendirian.
Masing-masing mempunyai kelebihan semula jadi yang berperanan dalam menggerakkan pasukan ini. Mereka mengetahui dimanakah peranan mereka, kekuatan mereka. Mereka bukanlah berperanan tertentu apabila dilantik.
Pasukan impian juga cukup sekadar mempunyai seorang ketua yang mampu mengatur ahli pasukannya dengan baik. Ketua juga berperanan sebagai simbolik penyatuan manakala kekuatan dilihat pada seluruh pasukan.
Apabila berjaya dalam misinya, semua akan merasai kegembiraan tersebut, namun apabila tewas, mereka akan berkata” kita telah berusaha”.
Saya melaluinya dan akan terus mengimpikannya…
Hidup lebih bermakna..
Road to KARISMA…
0 ulasan:
Post a Comment