" Ok, kita putuskan KARISMA diadakan waktu cuti dan ifwat sebagai mas'ul." kata Presiden MMPM.
KARISMA ataupun nama panjangnya Karnival Sukan, Akademik dan Budaya merupakan acara tahunan MPPM selain PERTAMA. Karnival kali pertama dianjurkan di Bandar Irbid tahun lepas. Untuk kali ini pihak MT MPPM bersepakat untuk memilih Mu'tah sebagai tuan rumah.
Mampu ke Mu'tah?
Berdasarkan rekod yang terdekat, Mu'tah tidak pernah mengadakan program yang menampung lebih daripada 300 orang peserta.
Mu'tah juga mempunyai venue sukan yang berselerak dan jarak yang jauh antara satu sama lain dan ini pasti akan mengambil masa program dan meningkatkan jumlah kewangan perhubungan. Venue juga belum pasti semuanya akan dapat digunakan.
Cabaran yang terbesar juga adalah kewangan. Kejohanan ini menurut jawatankuasa kira-kira yang diketuai oleh Faiz memerlukan sekurang-kurangnya JD 8000. Namun, sehingga kini, MSD menyatakan jumlah tersebut terlalu tinggi.
Selain itu juga saya turut risaukan keadaan cuaca yang mungkin tidak menentu di Mu'tah ini. Sehingga kini salji masih belum turun dan menandakan musim sejuk agak lambat berakhir. Sekiranya jatuh pada musim bunga kemungkinan angin yang kuat akan mengganggu beberapa acara penting seperti bola sepak.
Pernah juga terbit dalam hati saya
" Bagi kat mantiqah lain la"
Namun,apabila mendengar kata-kata mereka.
" Jangan jadikan masalah kewangan sebagai halangan mengadakan program" kata pengarah MSD.
" Wat, kita buktikan Mu'tah mampu lakukan" sahut Pendi sehinggakan semua orang tergelak.
" Ni untuk pulihkan imej Mu'tah yang selalu tercalar" kata Ayi.
" Seronok sebenarnya wat program macam ni" gelak Amzari.
" kak Wa nak contact jurulatih kat Malaysia" YM k.wa kepada saya.
Apabila melihat ramai AJK yang komitmen, Semangat yang berterusan,tidak seharusnya saya lemah semangat.
2 bulan lepas kami selesai mengadakan kajian. Sudah 3 kali perjumpaan diadakan. Kertas kerja telah pun dibincangkan dengan pengarah MSD. Gerak kerja terus berjalan. Hari-hari saya melangkah. Bukan saya tapi kami. Saya tidak bersendirian. Mereka bersama saya.
Maka, Mengapakah harus mengalah dan merasa dikalahkan?
Road to KARISMA..
2 ulasan:
KARISMA kali ni diharap akan memuaskan hati semua org..
bukan mudah tp jika kita byk berusaha dan bekerjasam dlm satu team, insya'allah berjaya...
moga Allah memudahkan kerja2 demo watt...
Satu program yang hebat bagi MPPMJ bagi sesi ini. Satu hati, fikir teliti, jadikan realiti..
“Kamu memilih mata lalat atau mata lebah?” antara mata lalat dengan mata lebah, pilihlah mata lebah..Kerana, mata lalat hanya mencari sesuatu yang buruk (najis, bau busuk dan lain-lain yang busuk dan buruk semata). Jika seekor lalat melalui sebuah taman yang dipenuhi dengan bunga-bunga yang wangi, lalat tidak akan peduli. Lalat hanya mahu mencari yang buruk-buruk dan busuk-busuk sahaja.
Berbeza dengan mata lebah yang memandang kecantikan, keindahan, wangi dan sebagainya. Di mata sang lebah hanya kecantikan. Jadi, lebah tidak akan memandang kebusukan dan keburukan.
Post a Comment