Sunday, January 25, 2009

Palestin : Dekat di Mata, Jauh Di Hati ( siri 3 )

Akhirnya gencatan senjata diadakan antara kedua-dua pihak secara berasingan selepas jumlah kematian melebihi 1300 orang. Pihak HAMAS mengisytiharkan kemenangan dipihak mereka. Ditambah pula hari ini ( 25 Januari ) merupakan ulang tahun ke 3 kemenangan mereka dalam pilihanraya legislatif Palestin. Antara negara arab yang mengucapkan tahniah hanyalah Syria dan Iran.

Sejarah membuktikan hanya HAMAS, Hizbullah dan Ikhwan Muslimin yang mampu menggerunkan israel. Hizbullah dengan roketnya yang berjaya memalukan israel lewat tahun 2000 dan 2006, HAMAS pula dengan taktik pengeboman berani mati berjaya menghalau israel daripada Gaza pada tahun 2002, manakala Ikhwan Muslimin mempunyai kader-kader yang bersemangat tinggi sewaktu perang 1967 suatu ketika dahulu menghalau Israel dari bumi sinai.

Contohi EU
Negara arab pula sememangnya diketahui umum. Seperti kata-kata bekas ahli parlimen British.
" Jangan risaukan bangsa arab, walaupun mereka adalah singa namun pemimpin mereka seperti keldai."

Dalam keadaan sekarang amat mustahil untuk menyatukan arab dibawah satu khalifah. Siapa yang menetap di negara arab akan memahami sebabnya. Bangsa ini kembali kepada jahiliyah. Keta'suban kabilah amatlah tebal.

Saya berpendapat kalaulah tidak mampu untuk mewujudkan khalifah, sekurang-kurangnya negara islam dapat membetuk satu kesatuan yang kukuh. Lihatlah Kesatuan eropah ( EU ). Mereka mempunyai pakatan tentera yang kuat, jalinan ekonomi yang teguh, sempadan diantara mereka dirobohkan, mata wang diselaraskan. Mereka melantik pemimpin. Untuk sesi ini Republik Czech, sebuah negara yang agak ketinggalan dari sudut ekonomi menjadi ketua EU.

Lihatlah negara arab dan islam. idea penggunaan dinar emas hanyalah tinggal diatas kertas. Sempadan antara negara dikawal ketat semata-mata takutkan terrorist. Ketika Qatar mengadakan sidang khas Palestin, Jordan, Saudi dan Mesir memboikot, bagaimanalah pula ingin membentuk kesatuan.

Nasib Rakyat Israel dan Palestin
Kadang-kadang saya cuba membayangkan saya merupakan warganegara Israel. Tentunya akan dicemuh oleh bangsa lain apabila berada diluar negara. Nama negara saya juga akan tercatat dalam sejarah sebagai bangsa pendatang yang merompak serta melakukan janayah terhadap bangsa peribumi.

Apabila menonton Al-Jazeera dalam temuramah dengan penduduk israel, rata-rata hampir semua bersetuju dengan tindakan tentera rejim tersebut. Alasannya anak-anak ketakutan untuk ke sekolah kerana takutkan roket HAMAS.

Namun,
1. Roket HAMAS semakin jauh melebihi 50 km dan semakin hampir dengan Tel Aviv.
2. HAMAS semakin mendapat sokongan rakyat dan masyarakat antarabangsa.
3. Israel gagal menguasai ataupun menghapuskan HAMAS di Gaza.

Apakah yang berlaku selepas ni. Sesungguhnya janji kemenangan islam itu adalah benar. Allahu Akbar.

0 ulasan: