
5:53 p.m, Isnin, 5 Jan 2009
Akhirnya untuk pertama kali sejak 50 artikel di Blog saya, inilah kali pertama saya menulis berkenaan Palestin. Saya sendiri tidak tahu apa yang ingin ditulis? Fakta? Cerita-cerita yang membakar semangat? Apakah itu sebagai sumbangan?
Semalam diadakan liqa' pimpinan mahasiswa Mu'tah bagi membincangkan isu ini. Ada yang menyatakan tidak perlu perjumpaan sedemikian rupa, yang penting teruskan derma. Tahniah buat Syafiq dan Lutfi yang peka akan isu ini.
Sebelum ini....
Ketika berada di UIA, saya mengikuti perkembangan Palestin dengan penuh kesedaran dan semangat. Masih ingat lagi kisah pelajar UIA palestin yang menceritakan bagaimana awal pagi ketika ke sekolah, ketika itulah gugurnya bom. Masih teringat betapa saya tidak lena tidor selepas mendengar fakta yang cukup mendebarkan berkenaan masjid Al-Aqsa yang bakal runtuh bila-bila masa yang disampaikan oleh Dr.Hafizi, aktivis JIM. Begitu juga kelas Ust Maszlee Malek dan tulisan beliau sentiasa menaikkan semangat saya untuk mengetahui, menganalisis, memberi kesedaran dan seterusnya menyumbang dalam isu ini.
Selain itu, pameran berkenaan dengan Palestin cukup menyedarkan orang yang melihat. Saya masih ingat lagi sekelompok pelajar UIA sanggup meng'import' tokoh dari luar Dr. Azzam Tamimi, seorang pemikir di UK yang juga penduduk Palestin yang dibuang oleh regim Israel. Begitu tingginya kesedaran mahasiswa di UIA berkenaan isu ini. Anjurkan apa sahaja berkenaan Palestin pastinya akan mendapat sokongan.
Sehingga saya sendiri berkobar-kobar bahkan antara sebab saya ingin menyambung pengajian di Jordan agar saya lebih merasai keperitan saudara seagama ini.
Namun...
" Anta nak perjuangkan isu Palestin, tengok arab palestin tu". rungut salah seorang pelajar cemerlang.
" Nak boikot pepsi, buang HP ko dulu"sindir seorang kawan.
" Kita menolak usul kesedaran Palestin oleh pelajar tahun1"ketika perbahasan KOMIS.
Saya masih ingat ketika 19 ogos 2006, ketika saya mengedarkan artikel 'the holy land'. Hanya saya bersendirian menyebarkan artikel tersebut rumah ke rumah. Dengan artikel berbentuk fakta ringkas, saya cuba menyelitkan maklumat-maklumat yang boleh memberikan kesedaran. Namun, ada yang menolak mentah-mentah sehingga saya terpaksa memujuk dan membaca kuat-kuat dihadapan mereka.
Tahun lepas saya diberi kolum palestin dalam majalah As-Soff PERMATA, namun sehingga kolum siri yang ketiga, artikel Palestin saya ditolak gara-gara mereka lebih meminati artikel mangsa persatuan saya. itulah kali terakhir saya menulis dan bercakap mengenai Palestin.
Sehinggalah saudara Lutfi menyebut akan hal ini dia memerlukan bantuan saya. Sehingga juga saya tersedar daripada lamunan apabila us Said memperkenalkan kepada saya buku-buku berkenaan Palestin.
Semalam juga saya mendengar cerita guard di universiti Mu'tah mengoyak poster-poster kesedaran Palestin. Ketika itu juga saya mendapat maklumat program kesedaran Palestin sempena haflah khirrij ditolak mentah-mentah. Lagi menambah geram dan sedih saya sekumpulan pelajar arab Jordan mengadakan tunjuk perasaan main-main untuk menyindir tunjuk perasaan pelajar Palestin.
Inikah saudara satu bangsa??!!
Namun, ini bukan isu bangsa arab.. Ini isu umat saudara seagama kita.. Ini isu tanah suci kita.
bersambung...
setakat ini.
Jumlah Syuhada Palestin : 509
Cedera : 2415
Hari ke 10 serangan
Hari ke 3 serangan darat Israel
0 ulasan:
Post a Comment