Wednesday, December 31, 2008

Tahniah Futsal Piala Presiden.

Akhirnya kejohanan yang tertangguh sejak tahun lepas diteruskan oleh biro kebudayaan dan sukan PERMATA. Dengan hanya 3 hari persediaan, ditambah pula tanpa peruntukan kewangan MSD, semua itu dilihat tidak menggugat kejohanan tersebut.

" Sebenarnya, bukan aku yang menggerakkan biro ini, tapi AMT"

Itulah nada rendah diri ketua BKDS. Cuma saya menyeru kepada ALT lain mencontohi kesungguhan dan hubungan yang baik dibina oleh Ayie dengan ahli PERMATA. Tidak hairanlah kekuatan kejohanan ini disumbangkan oleh ahli PERMATA.

Beralih kepada kejohanan, saya memuji kejohanan kali ini yang bersih daripada asobiyah mantiqah dan kenegerian. Maaf saya cakap, pasukan sarawak kali ini jauh lebih membanggakan berbanding 2 tahun lepas.

Saya Datang Demi Ukhuwah?
Ini juga membanggakan presiden PERMATA dan seluruh AJK perlaksana. Kata-kata yang keluar daripada mulut seorang peserta Mafraq mendekatkan jurang antara kita semua. Bak kata presiden, sebab itulah Mafraq menang.

Begitu juga contoh yang ditunjukkan oleh salah seorang ALT yang tidak pernah terlibat dalam sukan, sewajarnya dicontohi oleh ALT lain agar tidak mementingkan biro masing-masing. Selain itu juga, aksi lucu oleh Tarmizi menghiburkan pemain dan penonton. Seperti celoteh beliau.

" Aku nak bersukan ifwat, tapi tak de orang yang ajak aku"

Road To KARISMA.
Mungkin ini petanda yang baik kepada PERMATA sebagai tuan rumah KARISMA kali ini. Semalam kita telah membuktikan ukhuwah itu boleh diteruskan tanpa kewangan yang besar, kini kita akan meneruskan lagi misi perkampungan sukan terbesar mahasiswa Jordan berkemungkinan akan diadakan pada bulan 5 nanti.

Muhasabah Untuk SBB.
" Kita kalah dalam permainan,namun kita menang dalam penganjuran"

Itulah yang saya tulis dalam status YM sejak berakhirnya kejohanan baru-baru ini. Ada yang mengatakan untuk menyedapkan hati, mungkin juga benar.

Saya dapat merasakan punca-punca kelemahan kami kali ini:-
1. Ketiadaan pengurus untuk mengatur pasukan ini.
2. Ketiadaan barisan senior sebagai penyuntik semangat.
3. Semua pemain SBB merupakan jawatankuasa kejohanan.
4. Tiada latihan sebelum ini.

Namun, adat permainan, kekalahan seharusnya diterima. Kami juga akur pihak lawan kali ini terutama daripada Mafraq dan Irbid semakin meningkat permainan mereka. InsyaALLAH kita akan bertemu kembali KARISMA nanti.

Kepada semua, terima kasih atas kerjasama anda. Tahniah kepada yang menang. Kepada yang kalah, cuba lagi dimasa akan datang.

Wednesday, December 24, 2008

Fiqh Ma alat ( Kesan Daripada Perlaksanaan Sesuatu Hukum )

Perkara menarik dan antara terpenting apabila mengeluarkan sesuatu hukum ataupun berfatwa adalah melihat kepada hasil fatwa tersebut. Kadang-kadang walaupun perkara tersebut harus di sisi islam, namun boleh jadi perlaksanaanya akan membawa kesan yang tidak kita ingini. Maka antara mengeluarkan hukum dan perlaksanaannya memerlukan penelitian yang jelas daripada para da'e, mufti, ustaz atau sesiapa sahaja yang bercakap berkenaan hukum. Inilah dinamakan fiqh ma alat.

Dalam artikel Fiqh Baddil sebelum ini saya telah menceritakan bahawa unsur yang terpenting dalam berfatwa adalah manusia itu sendiri, dan perbicangan Fiqh Ma alat juga lanjutan daripadanya.

Di sini saya bawakan contoh pengamalan Fiqh Ma alat berdasarkan nas Quran
Surah an'am ayat 108 yang bermaksud :

Dan janganlah kamu cerca benda-benda Yang mereka sembah Yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas Dengan ketiadaan pengetahuan.

Ayat tersebut melarang umat islam mencerca ataupun mengutuk Tuhan-tuhan yang disembah oleh kaum Musyrik walaupun perbuatan tersebut adalah tidak salah dalam menyedarkan mereka agar tidak diperbodohkan oleh syaitan dengan menyembah selain daripada yang Esa.

Namun, hasilnya juga telah disebut oleh Allah sendiri iaitu perbuatan tersebut akan mendatangkan kesan yang lebih negetif kepada islam.
Contoh kedua daripada surah al-baqarah ayat 104 pula bermaksud :

Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengatakan: "raaina", (ketika kamu berkata-kata Dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "unzurna", dan dengarlah kamu (segala perintah Dengan sebulat hati menerimanya);

Ayat tersebut melarang sahabat menggunakan kalimah " raaina" walaupun sama maksud dengan perkataan "unzurna" iaitu taat kerana Orang Yahudi menggunakan kalimah tersebut sebagai ejekan kepada Rasul s.a.w.

Begitu juga ketika Nabi s.a.w diminta untuk memjatuhkan hukuman bunuh ke atas Abdullah bin Ubai, ketua munafiq, baginda menolak kerana bimbang kesannya nanti seperti pepercahan umat islam dan gambaran buruk terhadap imej islam

Dr. Abdul Rahman Kailani menambah antara kesan buruknya lagi akan membawa manusia menghukum bunuh seseorang dengan berhujjahkan dia munafiq.

Begitu juga ketika peristiwa pembukaan mekah, dimana Rasul s.a.w berhasrat ingin mengubah bentuk kaabah kepada yang asal, tidak melaksanakan hasrat tersebut kerana bimbang masyarakat arab tidak dapat menerimanya.

Konsep istihsan dan Sad Azzarai.
Berdasarkan pemahaman Fiqh Ma alat, maka lahirlah konsep istihsan dan sad azzarai'. Istihsan merupakan perkara yang tidak dibolehkan pada mulanya namun sekiranya tidak dilaksanakan akan membawa kepada kemudharatan yang lebih besar. Sebagai contoh saksi dalam islam. Saksi pada asalnya tidak sah sekiranya diwakilkan, namun dalam beberapa keadaan kita mengharuskan wakil dalam penyaksian demi memelihara maslahat. Begitu juga dengan akad sewa. Asalnya tidak dibolehkan jual beli perkara yang tidak wujud, namun sewa dibenarkan untuk maslahat manusia.

Manakala saad Azzarai' pula berkonsepkan hukum yang halal pada asalnya, namun sekiranya dilaksanakan akan membawa kemudharatan seperti contoh-contoh yang telah saya sebutkan sebelum ini.

Friday, December 19, 2008

Saya, Artikel dan Persatuan



“ Ifwat, anta kena teruskan menulis” Pesan Ust Judin.
“ Ingatlah bakat ini kurniaan Tuhan” Komen salah seorang pengunjung blog saya.
“ Tulisan anta ilmiah, tapi letakkan sekali sumber” Cadang pengarah MSD.
“ Saya nak dia dihalang daripada menulis!!”
“ Kontroversi!!”

Dulu, apabila saya menulis berkenaan mangsa persatuan, ramai yang memuji sehinggakan salah seorang pimpinan tertinggi PERMATA menyatakan sayalah yang paling memahami persatuan. Artikel tersebut berkisarkan bagaimana individu-individu yang terpilih menerajui persatuan terpaksa berkorban demi ahli lain.

Kemudian apabila artikel-artikel saya mengkritik orang-orang kuat persatuan, maka melentinglah mereka. Saya digambarkan membocor rahsia persatuan, derhaka kepada pemimpin dan tidak memehami konsep pimpinan.

Antara Kontroversi dan Membuka Minda.
Bagi sebahagian besar orang persatuan, saya digambarkan seorang yang menulis apa sahaja yang saya suka tanpa fakta. Bagi orang yang ta’sub kepada persatuan, tahukah anda masih ramai yang tidak berminat langsung untuk menyertai persatuan diluar sana? Jurang antara aktif dan pasif terlalu luas. Anda memperjuangkan kelas-kelas atau level-level tertentu dalam persatuan. Anda mengasingkan level pemimpin dengan ahli. Ahli digambarkan budak-budak yang belum layak mengetahui masalah orang tua. Tindakan anda bukan sahaja menyebabkan mereka makin tidak berminat untuk membantu persatuan, tapi membebankan orang persatuan sendiri.

Chek and Balance.
Persatuan bukanlah satu entiti yang kebal dan suci daripada kelemahan. Disebabkan orang persatuan memekakkan diri daripada kritikan, maka tersebarlah fitnah. Pemimpin dikehendaki oleh mereka seolah-olah mempunyai kekebalan seperti raja melayu. Apa sahaja yang mereka lakukan ditafsirkan betul. Ini persatuan demokrasi, bukannya autorasi.

Saya membantu presiden hingga banyak keputusan dipengaruhi oleh saya, komitmen saya pada dia tidak berbelah bagi. Namun saya hanya menegur dia satu perkara sahaja iaitu berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak membebankan dia sendiri. Anda pula inginkan dia bebas berkata-kata kemudian meninggalkan dia bersendirian membuat kerja?

Misi Relevenkan Persatuan di Mata Ahli.
Semalam ada ALT yang menyatakan tanpa PERMATA mungkin kehidupan pelajar melayu lebih baik. Pelajar akan lebih bermasyarakat dengan arab, masa-masa yang dihabiskan kerja-kerja persatuan boleh digunakan untuk mentelaah pelajaran.
Kalaulah kata-kata itu terpancut daripada mulut saya bergegarlah Mu’tah ni, walaupun saya mendatangkan dengan 1001 hujah. Sebabnya ‘saya kontroversi’.

PERMATA ini milik semua ahli. Masing-masing sepatutnya memikul tanggungjawab ini. Rahsia persatuan, rahsia kita juga. Bebanan persatuan sepatutnya dipikul oleh semua ahli. Berapa ramai orang yang menjadi mangsa kepada persatuan kemudian anda ingin bebankan mereka lagi?

Antara 2 permintaan.
Baru-baru ini ada beberapa individu meminta agar saya berhenti bercakap dan menulis berkenaan persatuan, tapi kekalkan jawatan. Ditambah pula agar saya meninggalkan kelas-kelas akademik yang saya adakan.

Kemudian datang satu lagi permintaan melalui email meminta saya melepaskan jawatan terutamanya dalam PERMATA agar saya menumpukan kepada kelas akademik, tafaquh dan penulisan saya dalam bidang ilmiah. Selain itu saya tidak lagi menyakitkan hati sesetengah orang.

Permintaan pertama agar saya terus menjadi orang kuat persatuan, namun dengan minda yang dikongkong serta suara yang terbatas. Permintaan kedua supaya saya bebaskan diri daripada PERMATA agar saya lebih berfungsi dalam bidang ilmiah.
Terima kasih kepada yang memahami dan maaf kepada yang terluka.

Semoga persatuan ini akan lebih releven di mata ahli.

Friday, December 12, 2008

Fiqh Baddil ( Alternatif )



Sepanjang berada di sini, saya melihat ramai yang memperjuangkan fiqh al-aulawiyat. Kertas-kertas kerja berkaitannya dibincangkan, dalam ucapan pimpinan sentiasa disebut bahkan hampir menjadi silibus dalam TDI ( usrah ) PERMATA. Saya mengakui kepentingan fiqh al-awlawiyat, tanpanya kita tidak akan mampu untuk mengaplikasikan hukum islam pada tempatnya. Itulah syariat islam, pengamalannya tidak hanya bulat-bulat apa yang terkandung dalam Quran dan Sunnah, bahkan memerlukan pemikiran ulama dalam mentafsirkannya agar sesuai dengan semasa.

Unsur-Unsur Fatwa.
Secara umumnya terdapat 3 unsur utama dalam fatwa iaitu mufti, fatwa dan unsur yang terpenting adalah orang meminta fatwa. Saya teringat dalam kelas pengajian maqasid syariah, Imam Ahmad bin Hanbal R.A mensyaratkan bahawa antara keperluan terpenting berfatwa adalah memahami manusia.

Apabila disebutkan berkenaan manusia, makhluk tersebut bukanlah suatu yang objektif. Walaupun fitrah kejadian yang sama, tabiatnya berbeza. Mungkin dipengaruhi oleh suasana atau persekitaran. Kerana inilah sepatutnya seorang mufti ataupun pendakwah tidak boleh mengabaikan faktor manusia.

Dalam perbincangan ini, saya tertarik dengan kata-kata Dr. Yusof Qaradhawi dalam pendahuluan fatwa muasirah beliau, apabila menghuraikan tentang fatwa. Beliau mengkritik para ulama yang memberikan fatwa dengan satu perkataan samada “ wajib, halal, haram, dan batil” tanpa memberikan penerangan, hikmah hukum tersebut dan yang paling penting adalah apa alternatifnya?

Sememangnya era moden ini menyaksikan banyak perkara baru yang menyeleweng dari pengamalan agama yang sebenar. Di tambah pula dengan cubaan menamakan ia dengan nama baru agar nampak halal.

Betullah apa yang disabdakan oleh Nabi s.a.w
“ Akan ada kumpulan dalam ummatku yang menghalalkan arak dengan nama yang baru yang diadakan” ( Musnad Ahmad, sanad yang diterima )

Riba ditukar sebagai faedah, Zina diperjuangkan atas hak individu, konsert atas nama hiburan dan pelbagai lagi.

Maka untuk mengelakkan kemudharatannya, ulama mengharamkannya. Muncul sahaja perkara baru, terus diharamkan. Akhirnya islam muncul sebagai agama yang rigid, semuanya tidak!

Hakikat Fiqh Baddil
Dalam hal ini, semestinya bagi pendakwah ataupun mufti menyediakan jalan keluar apabila mengharamkan sesuatu. Islam agama fitrah semestinya tidak akan mengongkong kehendak manusia. Islam agama yang mengangkat kesusahan pengikutnya sudah tentu tidak akan membebankan meraka.

Apabila kita mengharamkan bank konvesional, maka tunjukkanlah perbankan islam.
Apabila kita mengharamkan zina, permudahkanlah ikatan perkahwinan.
Apabila kita mengharamkan tayangan-tayangan filem barat, usahakanlah tayangan islam.

Moga kita tidak menjauhkan manusia dari islam

Monday, December 8, 2008

KOMIS oh KOMIS ( siri akhir )


pengarah komis 6

Akhirnya 4 resolusi telah terpilih. Walaupun ada yang menyatakan resolusi kali ini merendahkan sedikit taraf KOMIS. Itu bukan isunya, namun..

“ InsyaAllah, PERMATA akan melaksanakan resolusi tersebut”

Begitu bersemangatnya presiden PERMATA. Saya sendiri dapat mengagaknya. Syahid amat sukar utuk menyatakan tidak dalam ucapan beliau. Mungkin sebagai pimpinan beliau sepatutnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak membebankan beliau sendiri.

Namun itu bukan isunya, adakah resolusi itu perkara yang perlu dilaksanakan 100% oleh PERMATA? Sebelum saya pergi lebih jauh, perhatikan dahulu beberapa bebanan dan tanggungjawab PERMATA sesi ini:-



1. Dalam 2 semester ini ( soifi dan awal ) hanya 1sahaja program besar biro, sedangkan masih berbaki 6 biro lagi dan semester 2 menyaksikan program yang sangat padat antara BKAN dan MPPM. Presiden juga menyatakan akan mengadakan pilihanraya sebelum semester 2 berakhir.


2. Ahli Majlis Syura yang dianggotai oleh perwakilan masih belum dapat dilaksanakan walaupun telah dipersetujui oleh ahli mesyuarat. Sistem perwakilan dilihat tidak begitu releven. Saya simpati dengan GMM yang begitu bersemangat dalam perancangan mereka, namun adakah PERMATA mempunyai masa untuk melihat mereka.


3. dasar utama PERMATA sangat kabur. Berkebajikan, Ilmiah dan Perpaduan. Sebenarnya ini bukan dasar namun sekadar mencantikkan apa yang sudah sedia ada.


4.Visi PERMATA matang 2009 makin jauh panggang dari api. Walaupun telah dijelaskan oleh mantan presiden lepas dan mendapat sokongan daripada presiden dan ahli majlis mesyuarat, namun tiada langkah susulan untuk merealisasikannya.


5. Cadangan menyuarat agung AGM PERMATA lepas tidak pernah dibincangkan oleh PERMATA sedangkan itu lebih berhak daripada resolusi KOMIS.

Berbalik kepada KOMIS 6,saya diminta menulis bagaimana hendak melaksanakan resolusi 6. Namun, saya sendiri orang kedua PERMATA, saya tidak berminat untuk membebankan PERMATA sendiri.

KOMIS untuk mahasiswa.
Sebab itu saya melihat KOMIS mempunyai kekuatan dan peranannya tersendiri.
Suara mojoriti mahasiswa sepatutnya menjadi desakan kepada mahasiswa lain. Biarlah mejoriti suara KOMIS berperanan menggerakkan mahasiswa yang masih lagi dibuai mimpi. Contohnya resolusi KOMIS sebelum ini yang mendesak mahasiswa menguasai turath islami, mempertingkat kemahiran bahasa arab, tidak ponteng kelas dan boikot barangan Israel.

Selain itu juga saya melihat suara KOMIS sepatutnya menjadi penyokong kepada PERMATA dalam mendesak pihak yang lebih besar seperti MSD dan MPPM. Contohnya seperti resolusi lepas yang mendesak BKAN dan MPPM memastikan mahasiswa tidak memegang lebih dari 2 jawatan besar. Juga resolusi mendesak MSD dan MPPM mengambil tindakan kepada BKAN dan PZ yang melanggar taqwim.

Mungkin ada yang menyatakan saya ingin mengangkat diri sendiri dengan memuji KOMIS 5. Terpulanglah. KOMIS adalah suara demokrasi. Arah tujunya bergantung kepada peserta. Saya pun antara peserta. Maka saya layak bersuara.

Apa yang penting sekarang, sama-samalah kita gegarkan suara mahasiswa Mu’tah di Persidangan Tahunan Mahasiswa Malaysia Jordan ( PERTAMA ) nanti.

Thursday, December 4, 2008

KOMIS oh KOMIS ( siri 2 )



Akhirnya dewan masrah bergema lagi. Suara mahasiswa Mu’tah kembali hangat. Betapa seriusnya Azmuddin membahaskan usul tahun 1,diteruskan oleh usul tahun 2 begitu mantap dibentangkan oleh bekas debator Universiti Darul Iman, Epoi. Kemudian diselangi perbahasan santai dan melucukan oleh Tarmizi. Akhir sekali suara ustaz Said selaku wakil tahun 4, menandakan kembalinya Ust Said ke medan mahasiswa Mu’tah.

Tarbiyah yang dilupakan?
Apabila tahun 1 membangkitkan perlunya diperkasakan tarbiyah mahasiswa Mu’tah terutamanya exco PERMATA telah mengguriskan beberapa perasaan ALT. Saya tidak tahu apa sebabnya, namun saya merasai tekanan orang tersebut. Sebab itulah saya menegaskan dari dulu sampai sekrang PERMATA dibina atas dasar khidmat. Siapa yang cemerlang dan berkebolehan akan terpilih. Lihatlah biro sukan, sesuai dengan semangat tuannya, lihatlah BPP, sesuai dengan pengalamannya.

Sistem pilihanraya PERMATA yang membuka ruang demokrasi seluas-luasnya mengangkat insan-insan yang belum bersedia bergelar pemimpin dari sudut penampilan namun layak dalam bidang. Seperti komen presiden, bagi pelajar tahun 1 apabila menjejak kaki ke sini mereka mengharapkan segalanya sempurna terutamanya pimpinan. Menurut beliau lagi, mereka perlu berada di sini lebih lama agar memahami waqi’ sebenar Mu’tah.

Walaupun saya lebih cenderung mempertahankan ALT dari sudut kemahiran bukannya penampilan, namun saya tetap menegaskan anda seharusnya berusaha untuk berubah kerana anda adalah contoh.

Meng’Arab’kan PERMATA.
Cadangan yang baik daripada tahun 2, namun bagi mereka yang bekerjasama dengan bangsa ini tahu betapa peritnya. Pertama kali saya bertemu dengan ketua pelajar Universiti Mu’tah, saya begitu terkejut.

“ Kamu nak buat bertukar-tukar apa?”

Kalaulah tidak kerana Murat, ketua pelajar syariah, lupakanlah kerjasama antara mereka.

Pelajar Arab yang dianak tirikan?
Kenyataan yang benar,namun setakat manakah PERMATA mampu memberi kasih sayang yang sama rata?

Unit Tahun akhir
“ kita menyokong tahun 1 kerana usul mereka membela semua, tapi tahun akhir hanya pentingkan diri” ujur seorang perwakilan dengan penuh lantang.

Sebenarnya saya sendiri pun terkejut. Lagi-lagi apabila melihat pelajar tahun akhir asyik membangkang usul tahun lain, akhir memakan diri. Itulah KOMIS, masuk sahaja dewan jangan harap anda selamat dengan title senior. Semuanya adalah sama.

Kesamarataan antara biasiswa pelajar syariah dengan jurusan lain.
Mungkin tahun satu berasa bangga dengan kemenagan usul ini, namun sekiranya berani bawalah usul ini ke persidangan tahunan mahasiswa Jordan ( PERTAMA ), sekiranya KOMIS hanya pelajar syariah, 60% peserta pertama berkemungkinan besar pelajar perubatan yang dibiyai oleh kerajaan. Moga mereka bersimpati dengan anda bukannya mereka merasakan hak mereka dicabar.

Semangat Kekitaan? Perfileman?
Tahniah menang tanpa undi.


Bersambung...

KOMIS oh KOMIS ( siri1)

Presiden terpaksa ‘ponteng’ kelas, timbalan pula terpaksa melukakan hati pensyarah. Pengarah tidak tentu arah dihantui oleh tarikh yang sentiasa diubah-ubah. Penasihat pula letih memikirkan formula, AJK memerah keringat agar mimpi ngeri tidak diterjemahkan ke realiti. Itulah KOMIS, betapa besarnya pengorbanan demi untuk menyajikan yang terbaik untuk semua.

Teori pendaraban yang melucukan?
Apabila saya menyatakan KOMIS terbina atas teori pendaraban, ramai yang memperlekehkannya, hakikatnya hanya pengarah saja yang terpaksa menyelesaikan formula ini agar tidak berakhir dengan “kosong”. Sedikit terlepas pandang bakal mengundang pengalaman pahit. Saya telah mengalaminya, namun suara mahasiswa yang menyelamatkannya bersama semangat rakan-rakan seperjuangan. KOMIS bukan untuk AJK, bukan untuk BA dan bukan juga sekadar pelengkap minit mesyuarat agung. KOMIS ada visinya tersendiri dan ada keunikanya.

Tema Tajdid?
Ada yang menterjemahkanya sebagai modernist, ada yang metafsirkannya sebagai pembaharuan, ada yang mensyarahkannya mahasiswa perlu mempertingkatkan usaha dalam semua bidang. Ada juga yang mengaitkannya dengan wahabi. Semua ini bakal dibahaskan. Walaubagaimanapun, hala tujunya tetap untuk kebangkitan mahasiswa dan kembali kepada islam. Namun,

“ Kenapa guna nama Konvesyen Mahasiswa Islam?”
“ Habis tu?”
“ Kita akan dikaitkan dengan gerakan keganasan. Cubala ganti islam tu dengan perkataan lain”

Itulah perbualan kami dengan wakil pelajar Jordan takala idea ini diluaskan dengan kerjasama dengan mereka. Lupakan tajdid sekiranya islam itu sesuatu yang perlu dijauhkan. Tabadul thaqafi yang diharapkan bertukar fikiran dan idea difahami dengan dengan pameran perkahwinan serta adat istiadat Malaysia dan Jordan. Lagi pelik apabila :

“ kamu ceritalah bagaimana orang Malaysia solat?”

Mungkin belum tiba masanya untuk bertabadul thaqafi dari sudut pemikiran dengan mereka. Namun, sekurang-kurangnya empayar pelajar Malaysia sudah merentasi universiti Mu’tah. Mungkin ini salah satu tajdid. Tahniah.

KOMIS di mata ahli.
“ Ini tak ikut format konvensyen”.

Ada AJK yang mengutarakannya, mungkin terkesan dengan suasana Malaysia dahulu. Walau apa pun format dan bentuk kovensyen, mahasiswa Mu’tah tidak berminat untuk menghafalnya. Apa yang difikirkan suara tanpa batasan dan keahlian dewan tanpa jawatan. Sekiranya dalam mesyuarat agung, barisan pimpinan megah dihadapan, kini semuanya kerdil. Veto hanya pada pengerusi sidang. Dengan KOMIS, ukhuwah bacth bertaut kembali, nostalgia dikenang, kerjasama dipupuk. Dengan KOMIS, suara mahasiswa berharga. Dengan KOMIS, kita berjidal mengutarakan usul dan bersepakat atas nama resolusi. Akhirnya kitalah mujaddid, kitalah modernist, kitala yang membawa pembaharuan. Ayuh semua, Road to KOMIS...

* artikel ini ditulis sebelum sesi perbahasan.