
Untuk menjawab soalan Kadir berkenaan sorof ataupun tukaran mata wang, terlebih dahulu saya akan menceritakan pendapat ulama secara ringkas berkenaan hakikat wang kertas sekarang. Adakah ianya mempunyai illah sama seperti matawang emas dan perak ( Dinar dan Dirham ) zaman Rasulullah s.a.w.
Pendapat 1.
Wang kertas hanyalah kertas yang membuktikan seseorang itu memiliki emas dan perak dalam simpanan negara dan negara mengeluarkan wang kertas sebagai tukaran untuk bermuamalat. Hakikatnya, bukanlah wang yang sebenar. Ini adalah pendapat Syeikh Abd Kadir bin Ahmad dan Syeikh Ahmad Husaini
Pendapat 2.
Wang kertas dianggap sebagai mal mutaqawwan iaitu suatu barang yang mempunyai nilai seperti barang-barang lain juga namun bukanlah mempunyai nilai wang sebenar ( emas dan perak ). Ini pendapat Syeikh Abdul Rahman Saa'di dan Syeikh Hassan Ayyub.
Pendapat 3.
Wang kertas tidak mempunyai nilai langsung, hanyalah kertas kosong semata-mata. Ini adalah pendapat Syeikh Abdul Hamid Suraini.
Pendapat 4.
Wang kertas adalah wang yang sebenar sama dengan emas dan perak ( dinar dan dirham ) yang digunakan pada zaman Rasululllah s.a.w. Ini adalah pendapat mejoriti Ulama muasirah seperti D.Yusof Al-Qaradhawi, d. Wahbah Zuhaili dan juga Resolusi Persidangan ulama sedunia pada 1402 hijrah.
Apa perbezaan antara kesemua pendapat?
Walaupun ada 4 pendapat namun, terdapat 2 perbezaan yang ketara iaitu, wang kertas adalah wang sebenar dan bukan wang sebenar.
Bagi yang tidak mengiktirafnya maka:
1. Tidak perlu dikeluarkan zakat.
2. Tidak ada unsur riba nasi'ah
3. Tidak sah dijadikan modal syarikat ataupun jual beli salam ( tangguh )
Pendapat yang rajih adalah pendapat ke 4 kerana :
1. Seluruh dunia mengiktiraf penggunaan wang kertas, mereka tidak lagi bermuamalat dengan emas dan perak ( uruf am ).
2. Sekiranya tidak mengiktiraf sebagai wang sebenar,maka banyak hukum islam akan terbatal seperti tiada riba dan zakat.
3. Tiada nas yang mengatakan wang mestilah daripada emas dan perak, zaman rasullullah menggunakan emas dan perak kerana islam diturunkan ketika masyarakat bermuamalat dengan kedua-dua jenis matawang tersebut dan islam mengiktirafnya bukan mewajibkannya.
Seperti kata Syeikh Yusof Al-Qaradhawi dalam fatwa muasirahnya:
" Wang kertas telah menjadi menjadi wang yang digunakan diseluruh dunia. Bagaimanakah ingin membatalkan hukum riba padanya sedangkan semua manusia bermuamalat dengannya tidak lagi dengan emas dan perak? Sesiapa yang memilikinya dianggap kaya walaupun tidak mempunyai simpanan emas dan perak. Dengan wang ini, lelaki menjadikan mahar, digunakan dalam jual beli, sewa dan membayar diat. Semua muamalat melalui wang kertas sudah mencapai tahap emas dan perak"
Berkenaan dengan hukum tukaran wang kertas yang berlainan negara, nantikan tulisan saya..
1 ulasan:
tak sabar nk tunggu kotak kargo aku smpai umah..rindu nk selak kitab2 lama yg blaja kt jordan dlu....huhuhu
Post a Comment